Pages

24 December 2009

Melaka - Day 2

Sambung cerita percutian kami di Melaka.

Alhamdulillah, cuaca pagi Ahad sungguh cerah. Dapat le kitorang sambung berjalan di Banda Hilir.

Haruslah isi perut dulu sebelum keluar berjalan.



Abah bersama cucu kesayangan

Di dataran pahlawan...


Kanak-kanak bersama supervisor mereka


Kaklong bersama anak bujang beliau yang baru sahaja berjaya mendapat lesen "L"embu..
Itupun nak kecoh ke? :P


Susah betul nak suruh semua pandang kamera..
Danish nak lariiiiiii aje.


Istana Kesultanan Melaka.. Cantik kan?
Masa nak guide Abg Ngah ke sini, aku tanya le guard kat situ:
"Bang, ni MUZIUM apa ye??"
Sekali guard tu jawab, "NI ISTANA LER" dengan suara yang garau menunjukkan ketidakpuasan hati beliau. Kecik ati ye bang?? hehehe


Nice Pic.. tapi terang sangat pulak


Berposing di dalamnya.
Sebenarnya ada orang yang sangat tertarik dengan kerusi kayu itu.
Siapa la tu??


Bersama Hang Jebat yang sedang mengawal Istana.
Yang kat tengah tu, guard baru rekrut. Sebelah kiri dia pulak, guard yang baru bersara.
heheheh

Congkak utk pameran telah dibelasah oleh kami umpama harta sendiri.
Aku suka main congkak, tapi tak boleh nak beli.
Ditakuti guli bukan berada dalam congkak, tapi di dalam lobang hidung 2 askar aku tu.


Sila fokus pada gambar Nadhirah. Jalan berpegangan tangan dengan Azim..
Dah transfer masuk PC baru perasan.. So Sweet!

Kaklong and her happy family

Kanak-kanak yang jakun melihat anak katak / berudu bukan budu


Danial sedang mengayuh beca yang tak kesampaian..
Habis digeledahnya beca pakcik tu. Maklumla dia ni pantang nampak benda pelik sikit, mula le tangan tu gatal nak mengutil.

Danish: Abang, kenapa tak bergerak pun beca ni??
Danial: Kaki Abang tak sampai la Dik.
Mummy: Tu la, sape suruh tak makan sayur. Kan dah ketot.. (mcm mummy)


Bergambar di atas beca.. Kitorang kena split naik 2 beca.
Aku dengan Nadhirah. Daddy dgn Danial dan Danish.
Kalo semua sumbat 1 beca, aku rasa mau meletop tayar beca tu.

Ni beca yang Daddy naik. Kesian tgk pakcik tu, sepenuh kudrat mengayuh..

Berhenti sebentar di Kota Belanda.
Danial yang tension sebab Daddy tak bagi beli Jam Ben-10.
Maiiiiiiiiiiiinan aje dia tahu!! Hish!


Melaka River Cruise
Dewasa RM10. Kanak2 RM5.


Aku tak paham apa yang Nadhirah belek kat bawah badan lembu tu.
Kalo lembu betul, mau kena sepak nih..


Sekian sahaja laporan percutian di Melaka. Gambar2 lain tidak dapat dipublish dikhuatiri akan menggugat keamanan sejagat. Jaga diri korang baik2 dan selamat bercuti panjang.

1 comment:

Diana Ishak said...

ohh, lama tak pegi melaka. Time skolah dulu setahun empat kali join rombongan pi melaka. ntah apa cikgu aku nak carik kat melaka ntah sampai empat kali setahun. beli stok cencaluk kot.

tetiba rindu udang geragau. kat melaka banyakkan?