Pages

23 December 2009

Mari ke Sekolah

Salam, maaf sebab lama tak update. Ada masalah teknikal dengan Live Writer. Sejak akhir2 ni sumer benda nak kena block.. benci betul la. Pasukan Keselamatan Kasukabe, adakah anda semua terlibat?? Ok, kembali ke pangkal jalan...


Tinggal hanya lebih kurang 11 hari sebelum Nadhirah mula bersekolah. Isnin lepas aku sempat pergi beli buku sekolah Nadhirah. Senarai buku yang seperti dalam senarai di bawah. Total RM66.30. Eh, terlupa lagi nak claim..hehehe



Jom tengok persekitaran sekolah Nadhirah...


Beginilah keadaan di dalam kelas. Kerusi meja plastik + besi. Zaman aku dulu semua berasaskan kayu. Siap boleh buat ukiran atas meja, pastu kerusi boleh goyang ke depan/belakang sampai tersepit vont*t.. cheh. Kenangan sungguh.

Satu kelas 48 orang murid?? Wow..!


Jalan menuju ke kelas. Tahun 1 di tingkat bawah, Alhamdulillah.


Bangunan yang menempatkan kelas.. Sekolah baru, nampak bersih suci murni jer. Tunggu la 2-3 tahun lagi.. camana rupanya.


Dewan sekolah


Bangunan pentadbiran, terletak di hadapan sekali. Bagus, senangle kalo aku nak jumpe cikgu.


Padang + gelanggang bola keranjang.
Hmm, budak sekolah rendah dah boley main bola keranjang ker? Musykil sekejap..

Bilik termenung.. yang masih lagi suci dalam debu


Sinki, modern concept. Macam kat mall pulak..


Kantin... good news, menantu makcik kantin tu adalah member aku... (K. Ryn)
Yesss.. boleh la mintak diskaun.


Peralatan sekolah Nadhirah dah hampir lengkap. Walaupun ada beberapa benda lagi yang perlu dibeli / dibuat.

Check-List untuk aku:

  1. Potong lengan baju sekolah Nadhirah yang panjang itu
  2. Basuh dulu kesemua baju sekolah
  3. Jahit lencana kat baju. Antar ke tailor…
  4. Balut semua buku..
  5. Tulis nama kat buku. Kalo aku tempah rubber stamp nama Nadhirah aci tak???
  6. Make sure semua peralatan tulis mencukupi.
  7. Beli botol air, bekas makanan.
  8. Tudung untuk sekolah agama
  9. Kain hijau untuk sekolah agama
Kepada En. Suami, sila ingat bersama-sama yer?
Sekian..

No comments: