Pages

23 April 2009

Sungguh pelik...

Sesuatu yang baru aku perasan sejak akhir-akhir nih.. Kalo ada dikalangan ahli keluarga / member2 korang yang perokok, cuba korang pinjam sat kotak rokok diorang... belek telek sket apa yg ada kat kotak tu..

Punyer lah banyak unsur2 nasihat dan peringatan kepada perokok2 tegar supaya berhenti merokok... depan belakang kiri kanan kotak rokok tu ada macam2 gambar dan macam2 fakta berkaitan rokok.

Tapi, aku agak la kan, perokok2 ni sumernya PEJAM MATA bila diorang buka kotak rokok tuh. Atau pun memasing buat2 tak nampak apa yang tertulis dan terpapar disitu.. Ataupun ada yang TAK berasa apa2 jika terlihat mesej2 itu.. pergh, ni dah kita 'keras hati'..kronik sudah. Tak bley hidup tanpa rokok gamaknya...

Jom kita tgk satu per satu.. apa ada disitu.



Ni kat belah depan kotak. Siap ada gambar baby pramatang. Saper yg dah berkeluarga tu takkan tak sedih tgk gambar nih...? yg bujang2 tu no wonder lah!!


Ni belah blakang pulak.. gambarnya lagi besor. Alahai, keciannya baby tu!


Ni plak belah tepi kiri. Jap aku retype balik ayat2 tu, kot korang tak baper nampak..
"PRODUK INI MENGANDUNGI LEBIH 4,000 BAHAN KIMIA TERMASUK TAR, NIKOTINA DAN KARBON MONOKSIDA YANG MEMBAHAYAKAN KESIHATAN"

Bukan ke karbon monoksida tu ada dalam asap2 kenderaan. Kot dah ketagih sangat nak merokok, pegi la tadah hidung korang kat ekzos bas ekspres kat Puduraya nun.. samer je khasiat dia. Bleh la buat lepas gian...hahahaha.


Ni plak belah tepi kanan kotak tu.. "Di Larang Jual Kepada Orang Bawah Umur 18 Tahun". Tapi apesal aku tgk melambak2 budak sekolah isap rokok skrg nih? Kat tepi pagar sekolah pulak tu. Salah yang menjual ker, yg membeli? Yg penting, bukan salah ibu mengandung yer...


Silap2, pasni ramai pulak yang kutuk aku pasal isu sensitip nih.. Sukatila, aku punyer blog, aku punyer suka la nak citer pasal apa.. hahaha. Buat perokok2 PRO di luar sana, kalo takmo pikir diri sendiri, pikirkan la orang2 di sebelah, di kiri kanan depan belakang anda. Juga orang yg bertakhta di hati anda.. ;)

Daa.. penat membebel.


3 comments:

maklong said...

tu lah pasal... isap rokok banyak2 lagi ye mr.husband mami sue.... tak kesian ker anak2 mu kena asma..

kami said...

tak nak masuk kan link aku ke kat blog hang nie
hehehe

Sue said...

kami:

bereh!!! cek la ada ke tak. pasni jgn lupa update selalu.. jgn lupa letak la gambar sekeping dua..