Pages

13 April 2009

Ooo Balik Kampung...!

Sarapan pagi kami, Nasi goreng.. nampak mcm sedap ke, macam tak sedap?? Rupanya bukan setakat untuk sarapan, makan tengahari pun nasi goreng yang sama... heheh.


Ayam goreng rempah, sedap! Resepi dari Raub.


Abah bancuh air sendiri.. hmm, kita nak bancuhkan dia takmo. Isk.



Ni pemandangan laman kat tepi rumah. Banyak betul pokok2 hiasan. Abah saya memang green fingers... skarang ni tgh cuba tanam angggur pulak..


Riang rasa hati tatkala tanaman mengeluarkan hasil.. alhamdulillah!


Silalah terliur. Bayangkan mkn buah ni cicah kicap+gula+cili padi. Wallah!


Tokei dusun di atas pokok. Cucu2 dia kat bawah kecoh suruh turun. Takut atok jatuh..


Budak2 ni sangat teruja dpt petik buah jambu sendiri..


Sebahagian dari hasil yang berjaya diturunkan.. yum..yum.


Belimbing buloh, buat masak lemak cili api + ikan sungai... pergh.


Tgk muka Danial... sampai ternganga mulut dia tgk buah cermai.. jakun yer Danial?? huhuhu


Durian belanda.. apesal belanda yg dapat nama?


Danial dah muka seposen sbb dia terbau sumthing yg busuk.. Arisya kata, "tu bau getah la Danial".. hehe. Arisya oi.., kat sini mana ada pokok getah!! Tu bau tahi ayam la... Sure dia teringat bau getah macam kat kampung dia tu... heheh. Lawak la korang nih.


Danial bersama bunga kantan. Hmm, terus teringin nak mkn laksa. Esok boleh la beli kat pasar malam... Buat sendiri?? Sorila. Tak rajin aku nak buang tulang ikan tuh.. beli lagi senang.


Ni pokok peberet aku. Tiap kalo balik Slyg, g petik cili dulu.. Jimat seh, tak yah beli kat kedai.


2 comments:

ana said...

emmm sedapnya jambu air tu...

Sue said...

kak ana, dah bersalin ke belum?