Pages

06 April 2009

Corat Coret di Litar F1, Sepang.

Entrance


Muka² teruja 1st time dpt tgk F1


Chanteknya baju² tu.. Tapi harga mahal gila. 300-400 selai.

Tau bape harga bendera ferrari tu?? Nanti aku zoom in sket..


RM125/RM150 utk selai bendera?? Hmm.. pikir 10juta kali nak beli.


Ini bukan kereta F1 mainan yg shell jual tu yer..! Ini betul², bukan cobaan..


Ni aku tak tau ape benda.. motor ke? jetski ke? Ice skating ke? hahaha..


Ni bukan mesin air batu campur ye makcik² sekalian...


Fotographer yang masih di peringkat amatur. Baru dapat DSLR sebulan.. berlagak sei... :P
(aku jeles sebenarnya.. nak sambar DSLR jugak nih!!!)

Bapa mertua ku jua peminat sukan ini. Caya la Abah. Tahun depan belanja Sue g tgk F1 yer??


Awek jual rokok.
Ape motif ambil gambar nih?? Dah le aku tak dpt ikut.. hish!!

Pandangan di tempat duduk Grand Stand. Mahal ko tiket dia. Aku dengar rege sampai RM1000.00.. Ohh, boleh buat bayar rumah sebulan..


Tu dia. Bapa mertua ku basah kena tempias hujan. Apakah maknanya tiket mahal kalo kena hujan?? Tak paham.. tak paham...


Ghafar selepas ini boleh berlagak dengan org kampung sbb dapat tgk F1.. Kembang kempis hidungnya ... huhuhu.


Mengikut kata saksi di tempat kejadian, kereta ini telah kehabisan minyak. Maka terpaksalah di angkut begini... percaya??

Persembahan kebudayaan oleh tuan rumah (Malaysia) sebelum perlumbaan bermula.

Cuba teka, apakah jenis kenderaan ini? Nak kata bas, bukan! Lori pun bukan! Pelik ehh? Berdaftar dgn JPJ ke tak nih??


Itulah dia kenderaan yang digunakan utk mengangkut pelumba2 F1 ke trek..


Tetap tersenyum manis walau panas mencengkam.. Sun burn la korang!


6 comments:

mamat said...

Kalau nak tau, ni first time tengok F1 dan juga kat grand stand...

Suasana sungguh meriah, terdapat ramai peminat-peminat luar negara yang membanjiri litar sepang, pelbagai fesyen pakaian, dan gelagat manusia yang rata-rata datang dari golongan pertengahan atasan. Terdapat juga pak polis, pelajar sekolah menengah dan pekerja kerajaan yang mendapat tajaan melihat F1.

Deruan enjin F1 sangat mengagumkan. Bunyinya sangat kuat, tetapi sedap didengar. Kelajuan bak roket menerjah langit. betul, betul, betul. Tak tipu. Rasa kagum dengan pemandu-pemandu F1 yang dapat mengawal kereta dalam kelajuan yang amat tinggi. Korang memang hebat lah...

Tapi ada juga yang tak berapa best kat litar sepang nih. Makanan terlalu mahal, set burger dan air tin = RM25.00. Set satay dan air tin = RM25.00. Air mineral/Tin/100-Plus = RM5.00. Mahal sangat. Rasa sangat tertekan untuk beli makanan dan minumam kat situ. Nasib baiklah kitaorang sorok-sorok bawak masuk air dan makanan sendiri kedalam grand-stand... Kalau tidak, kehausan dan kelaparan lah kami.

Lagi satu, perghhh!!!! punyalah mahal pakaian berjenama mc-laren, ferrari, petronas, bmw, dll.... t-shirt round-neck cikai pun paling murah RM160....

HazlisaNoor said...

sue tak join sekali ker..dengar citer hujan lebat ek..caya la sidek..bawak bapak mertua tu..hehe..

Mami-sue said...

kak ija,

sidek bawa bapa kandung lah. not bapa mertua..heheh.

sue tak dapek join. satu tiket, Rm200. Kalo sue ikut konfem kena bawak anak2.. kira aje la bape yg kena top-up.. huh. tak koser. baik duit tu bagi kat sue, boleh g shopping... kan???? betul..betul..betul!

kojek said...

betul,betul,betul.
Sungguh dasyat dapat tengok F1 race depan mata. Kehebatannya x dapat diungkapkan dengan kata-kata. Kalo nak tau pegilah next year. Ada berani? Tahun depan target nak pegi litar Monacco...hehe sapa nak join?

mamat said...

Kojek, tahun depan kita tengok F1 sekali lagi. Teringin nak tengok kat Bahrin. Kat sana dah tentu 100% panas. Tak perlu risau kena hujan.

Cuba kojek tanya orang Petronas kalau ada tiket promosi/tumpang ke sana?

Note: PA1 (pelekat parking) sampai sekarang tak tanggal lagi. Nak simpan sampai tahun depan... hahaha.

Sue said...

Amboi.. dah bercadang nak tgk F1 di luar negara pulak. Mak ET, diorang dah parah ni!! Kita kena hentikan angan-angan mereka sebelum ianya menjadi kenyataan. Kita jugak yang kene tinggal... uwa...uwa..!!