Pages

01 December 2008

Untukmu Ibu

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu



Emak potong kek sempena Hari Ibu (8 Mei 2005)
Semalam, 30 Nov adalah hari ulangtahun kelahiran Emak.



Emak...
Kita rindu nak cium tangan Emak.
Kita rindu nak cium pipi Emak.
Kita rindu nak dengar hilai tawa Emak.
Kita rindu nak dengar leteran Emak.
Kita rindu nak tengok senyuman Emak.
Kita rindu nak rasa masakan Emak.
Kita rindu sangat-sangat kat Emak.
Tak dapat nak describe macam mana rasa rindu kita pada Emak.

Emak...
Allah lebih sayangkan Emak.
Mak pergi jua tanggal 12 Jun 2007, dikala usia Emak 59 tahun.
3 tahun lebih Emak menanggung sakit.
Kita bersyukur kerana sempat bersama Emak di hari-hari terakhir Emak.
Kita dapat temankan Emak menunggu 'esok' hari.
Kita berpeluang mandikan Emak untuk terakhir kali.
Kita dapat juga hantar emak ke destinasi Emak yang terakhir.
Kita dapat bantu siapkan tempat persemadian Emak.
Kita bersyukur sangat sebab diberi peluang keemasan sebegini.

Emak...
Emak umpama sudah tahu masa untuk pergi.
Emak minta kita masakkan lauk kesukaan mak.
Kita suka tengok mak makan dengan penuh berselera.
Kita dan Kaklong takkan dapat lupa 'detik' itu.
Kita habiskan masa bersama, melayan Emak berceloteh itu dan ini.
Urut dan lap badan Emak bila Emak rasa tak selesa.

Emak...
Sekarang, kita rasa lonely.
Tanpa Emak, hidup kita rasa lain.
Memang kita ada family sendiri.
Tapi, tanpa insan yang bergelar Emak, hidup kita tak complete.
Kalau ada khabar gembira, Emak orang pertama yang kita beritahu.
Kalau hati gundah gulana pada Emak jua kita mengadu.
Bila sakit nak bersalin, kita nak Emak ada disisi selalu.
Kita pasrah dengan takdir Illahi.
Kepada Allah Emak telah kembali.
Semoga bahagia menjadi milik mak yang abadi.

Ya Allah,
Kau ampunilah dosa-dosa Emak yang telah lalu.
Tempatkanlah dia bersama hamba-hambamu yang Engkau kasihi.
Berikanlah dia sahabat yang lebih baik dari sahabatnya di dunia.
Kurniakanlah dia kesihatan yang lebih baik dari kesihatannya di dunia.
Doa kita sentiasa mengiringi Emak.
Berbahagialah Emak di sana.

Kita rindu sangat-sangat kat Emak.


-Sheila-

7 comments:

Anonymous said...

AL-Fatihah untuk Emak... I miss her too.. Her sambal ayam, her nasi lemak, her sambal sotong and sambal kerang... her advise and.... I miss the old memory.... a lot!!!!

Anonymous said...

emm... ada satu ayat kat atas tadi macam musykil jer... hehehehe... danish nak dapat adik lagi ke?

oppsss... ayat gurau jer... tapi kalau betul ape salahnya kan???!!!1

Anonymous said...

buat aku sedih je ko nie...aku ni rina..selalu baca blog ko dari jeddah nie...sunyi takde apa nak buat...bila ada masa nnti kita webcam..

Anonymous said...

korang sedih, aku lagi lah sedih. huhuhu..

hargailah ibu2 korang sementara mereka masih ada.

sekian.

Anonymous said...

oit ???.. pasal ayat yang satu tuh, bukan sekarang ler. akan datang.. tapi tak tahu lagi bila. :)

aku just teringat masa mak visit aku masa nak bersalin anak2 aku yg 3 org tu. pasni takder lagi dah. :(

Anonymous said...

Rina,

Nampak seronok je ko kat sana. Cun pulak tgk ko pakai jubah.. hehe. Kekalkanlah imej tu bila balik mesia nanti yer. :)

Anonymous said...

banyak2la sedekahkan alfatihah..moga sue ceria2 slalu..