Pages

20 October 2008

Thanx for Coming


Salam,

Thanks kepada anda semua yang berjaya menghadiri "Majlis Makan2 Tertutup Khas Sidek & Suhaila".. hehe. Cam poyo je pulak bunyi nyer.

First time buat makan2 utk kawan2. Gemuruh jugak le. Maklumla semuanya buat sendiri. Masak sendiri, hidang sendiri, basuh pinggan sendiri. Maaf lah kalau ada yang tak terlayan. Kalo masakan tak sedap, sori jugak. Semua tu adalah salah internet, sbb aku cilok resepi internet jer.. (cheh, sendiri yg masak tak sedap lagi nak salahkan orang lain ke? :P )

Thanks to Kak Ieja and Family. Budak2 tu nampak seronok dan tak puas main, kejap sangat. Lenkali kena overnight.. baru best!

Thanks juga kepada member2 x-UTMKL: Angah + Boboi + Ehem2, Wan, Zai + Ehem2. Juga kepada Najwa. Walaupun ko datang jauh malam tapi aku tetap hargai. Walau ko tak tolong basuh pinggan pun, aku suker... heheh.

Member2 husband yang dtg: Naza 1, Naza 2 and family, Wan Zawawi and family, Zaidi.

First trial nampaknya Ok. Lepas ni ada rezeki lebih boleh la buat lagi.. insya Allah. Kepada yang tidak dijemput, harap jangan berkecil hati yer. Sowi.. Nanti2 ada la lagi..

Jom layan gambar.

Nadhirah & Danial memang rajin tolong Mummy


Ni instant Pudding + Jelly


'Orang kuat' sedang potong nanas utk dibuat jelatah sambil diperhati oleh Supervisor Danial


"Rendang Daging Sukati Aku" namanya..heheh. Belom masak lagi nih.


Makan time...! Kak Ieja & family


Menung apa tu Aisy?? Teringat Si Dia ke?? Atau sebab aunty masak x cedap?


Sesi menghiburkan hati, jangan risau.. aunty tak marah punyer. Bilik tu kalau kemas memang pelik la.. tak logik.



Aku kah yang gumuk atau kak Ieja yang terlalu kurus...?? Tolong jawab. (Tutup telinga siap2..hehe)

Dari kiri: Ehem2, Zai, Wan, Angah, Ehem2 dan Boboi. Lupe la nama ehem2 korang tu.


Sapedek...!!!



Makaseh ya Pak, karena tolongin aku jagain anak2 sementara aku sibuk banget di dapur.. (sila baca dalam loghat Indonesia)


Sekian..

*Semlm aku g 5 open house, kesannya hari ini aku c***t b***t.. Korang ada sakit perut ke pas mkn kat umah aku??? Err...




3 comments:

Anonymous said...

utk sue sekeluarga..thanx very2 much..sedap sue masak..akak ambik semua gambar2 tu yer..

Anonymous said...

har 16x.. si sidek tu nak potong nenas ke nak sunat diri sendiri.. gaya potong nenas tu.. perghhh.. pecah perut aku gelak.. jgn ko tanam pokok bunga kat luar mcm gitu jugak sudah lah... sadisss... takpa.. yg penting niat menolong tu yer, sgt dihargai isteri...

Anonymous said...

hehehe..

backhand..., harap korang tak de la rasa nak muntah pulak yer lepas tgk gambar sidek tu.. itu adalah aksi bergambar semata2.. :P