Pages

12 October 2008

Panggilan Illahi

Salam,

Mari sama2 kita bertafakkur di atas pemergian Allahyarham Hj. Sadiman (atok husband) pada 10 October 08, jam lebih kurang 5.30 ptg. Al-fatihah.

Sepatutnya pada hari Jumaat tu (10 Oct 08) kami merancang utk bercuti ke Kuala Terengganu. Aku siap amik halfday sbb nak packing barang2. Petang tu bih kurang jam 5.30 petang, dapat call dari kampung berkenaan berita kematian Atok. Kebetulan semua barang2 nak travel dah siap di pack, kami pun terus pulang ke kampung. Semua yang terjadi tu ada hikmahnya. Mudah2 Allahyarham ditempatkan bersama hamba Allah yang dikasihiNya.


Petikan dari Harian Metro

MUAR: “Saya pelik dua hari sebelum kejadian arwah bersungguh-sungguh meminta tolong saya mencarikan orang untuk menggali parit dan mahukan kerja itu disiapkan semalam (kelmarin) sedangkan culvert (pembetung) sudah dibeli lama,” kata Basiron Yusuf, 50, anak saudara kepada seorang bilal yang maut dalam kemalangan di Jalan Muar-Yong Peng di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa, Sadiman Talib, 76, (gambar) dalam perjalanan pulang selepas menunaikan solat Asar berjemaah di Masjid Batu 20, jalan itu, apabila basikal yang ditunggangnya dipercayai dilanggar sebuah van.

Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipercayai parah dan dibawa ke Rumah Mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk dibedah siasat.

Menurut Basiron, beliau baru selesai membantu membina jambatan baru di hadapan rumah bapa saudaranya kira-kira 300 meter dari masjid.

Katanya, sehari sebelum itu, Allahyarham meminta tolong mencarikan kontraktor bagi menggali parit untuk membina jambatan baru di hadapan rumahnya.

“Arwah beberapa kali menyebut mahu jambatan itu disiapkan semalam (kelmarin) juga dan kebetulan saya berjumpa seorang yang membawa jentolak sedia membantu tunaikan hajatnya.

“Selalunya arwah tidak begitu, tetapi beliau umpama pergi selepas selesai menyiapkan kerja yang tertangguh,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Sementara itu, seorang lagi anak saudaranya yang hanya mahu dikenali Siti Aishah berkata, beliau sebak kerana belum sempat meminta maaf dan menjenguk bapa saudaranya selepas 10 hari menyambut Syawal.

2 comments:

Anonymous said...

UISH..SAMPAI MASUK PAPER KER..

Anonymous said...

yeah.. sadis banget!