Hari Sabtu kami dah bertolak balik ke kampung. Jalan ok, kereta banyak jugak tapi trafik ok, lancar.
Sampai kampung, terkejut tgk muka mother in law (MIL) yg kemerah-merahan seperi udang kena bakar. Semuanya gara2 demam chikungunya. Demam yang diakibatkan oleh nyamuk aedes. Maklumat lanjut, klik sini.
Rupanya MIL adalah mangsa ke 3 dalam keluarga. Teruk juga sakitnya, sampai tak boleh berjalan. Demam dah kebah tapi bisa2 di sendi masih terasa. Tekak pahit, tak lalu makan. Pernah terbaca artikel mengenai sup ketam penawar denggi. Cari kat Parit Jawa, takder. Parit Sulong, takder.. nasib baik akhirnya ada jugak kat GIANT Muar, tapi dah tak berapa elok.
Masakkan sup ketam utk MIL, dan nampak dia makan penuh berselera. Alhamdulillah, lepas je mkn sup ketam MIL beransur pulih. Muka dah tak merah lagi, selera makan dah ada, tekak pun dah tak pahit lagi. Apepun, yg menyembuhkan adalah Allah SWT jua. Namun kita juga perlu berusaha. Jadi betullah kata org, sup ketam penawar demam denggi.
Moral Story, jagalah kebersihan kediaman dan kejiranan kita. mencegah lebih baik dari mengubat. Untuk pengetahuan, nyamuk juga boleh bertelur didalam toilet bowl. Ini pengalaman sendiri, bila balik dari kampung haritu terlihat beberapa ekor jentik2 di dlm toilet bowl di rumah yang hanya ditinggal beberapa hari. Ish, kreatif sungguh nyamuk nih. Nampaknya kita perli lebih kreatif dari nyamuk. (Adakah perlu memakaikan kelambu pada toilet bowl itu? hehehe... )
Ok, citer pasal juadah raya pulak. Disamping kuih2 raya yg dibawa balik, juadah utama kami di pagi raya adalah:
- Ketupat
- Lodeh
- Ayam Ungkep (masakan jawa..sedap!)
- Daging dendeng (resepi internet.. kureng)
5 comments:
amboih, lawa baju raya sue..batik2 lagi..akak tengok si danish pipinyer tembam la pulak..dah kuat makan ker..hehe
lawa ehh? tocei..tocei.
danish baru je sihat kak. 3 bulan lepas, semput manjang. baru ada selera nak mkn. kalo tembam pun ikut sapa lagi.. mummy dia lak kan. :)
selamat hari rayer sue
su..akak free sabtu dgn ahad ni jer..minggu2 lepas tu tak bleh dah..ha cepatla nak ajak bila ni
selamat ari raya kak ana.
duit raya takder ke..?
Post a Comment