Waduh. Bz betul hujung minggu lepas. Mak mertua dan adik2 ipar datang beraya umah aku. Jumaat tu kul 12.30 aku cabut dari opis balik umah sebab nak bersihkan rumah. Rumah aku mlm sebelum tu bersepah gila. Macam kena bom. Tu sume gara2 askar terlatih yang 2 orang tu ler.. Danial dan Danish. Tulang ayam KFC bersepah2 kat lantai. Dah macam masuk rumah hantu kat funfair lah pulak.
Razak dan family dijangka sampai bih kurang kul 3.00 ptg nanti. Jadi ada masa cuma 2jam setengah nak bersihkan rumah. Giler la.. macam charlie charplin aku buat keje. Gulung tikar, Vacum rumah, mop lantai.. pastu bersihkan semua toilet. Excellent. Hasilnya membanggakan. Baru aku tau rupanya aku ada kuasa Superwoman adik beradik tiri Superman...hehe.
Ngam2 lantai kering jer, Razak pun sampai.. Fuhh, lega. Jadi diorang pun check-in dengan penuh rasa bangga sebab orang ke-1 yang sampai. Ada kuasa nak pilih bilik mana nak tidor (kecuali bilik utama tuan rumah).
Yang lain2, Kakak+Family, Noren, Ghapar, Mak, Apis sampai pada malamnya, di kala aku pun dah terlelap kerana keletihan.. hehe. Sori lah yer. Tak dapat sambut korang di muka pintu. Hari yang berikutnya pulak Ayu+Yus, dan juga Ely+Family. Total 5 biji kereta. Fuuh. Mcm ada kenduri gamaknya
Jadi aktiviti kami semua dapatlah diringkaskan seperti berikut:
1. aktiviti masak-makan-masak lagi-makan lagi- dan seterusnya sampailah waktu tido.
2. menghadiri rumah terbuka (ely & upin ipin)
3. merendamkan diri dalam swimmping pool di putrajaya
4.
5. berjalan2 dan makan2 di putrajaya
semua nampak happy. harap2 layanan kami ni memuaskan hati semua pihak. kalau ada yg terkurang tu mintak maaf yer. jgn le serik nak berkunjung ke rumah kami di BSP lagi.
jom layan gambar.
danish mmg over excited. Kejap je dia dok dlm pelampung tu. pastu dia nak berdiri sendiri dlm air. dah le air paras dagu dia.. ntah bape liter air pool tu dia telan. (ni mesti ikut perangai daddy masa kecik2 yg suka mandi parit...hehe)
Umairah dan kakNgah. Amboi, seronoknya.
Cheese!!
Danial.. oh Danial. Nyaris2 insiden yang lepas berulang. Berjaya diselamatkan oleh daddy. (Buang dalam air jer...!! Syyh. hehe )
my MIL di tengah2
Siti sedang bergossip dengan bibik
Ni pulak kat putrajaya, depan masjid.
Masa ni panas terik. Kesian budak2 ni sampai tak boleh nak buka mata.
Budak2 ni memang setia. Menurut cakap jurugambar..
Rombongan Cik Kiah ke putrajaya..hehe
Kunjungan pertama Abg Lan ke Putrajaya. Harus dapat sijil nih..
Razak dan 2 org puteri beliau, sedang belajar mengira jari.. satu.. dua..
Cantik gambar nih.. cuma yang baju merah kat belakang tu je bikin spoil.. ish!!
Hai.., Saya Nadhirah. Bulan depan besday saya. Maklong, kak N, Atok.. jangan lupa bagi hadiah yer.
Ada banyak lagi gambar.. tak larat nak masukkkan semua. Sape nak copy, bak sini thumbdrive. Da..
3 comments:
cayer la sue dlm masa 2jam setle....cayok...cayok...
Hehe...best2.lenkali leh serbu lagi nih..
tuYYin nie..
waduh2..kok dikatenye gambo coklin mensibok d blakang maklong..
itu lah seni berposing namenyer..
hehe..
lenkali leh ler masak spesel2 lg yer time coklin dtg..kuikuikui..
Post a Comment