Alhamdulillah, cuaca pagi Ahad sungguh cerah. Dapat le kitorang sambung berjalan di Banda Hilir.
Itupun nak kecoh ke? :P
Danish nak lariiiiiii aje.
Masa nak guide Abg Ngah ke sini, aku tanya le guard kat situ:
"Bang, ni MUZIUM apa ye??"
Sekali guard tu jawab, "NI ISTANA LER" dengan suara yang garau menunjukkan ketidakpuasan hati beliau. Kecik ati ye bang?? hehehe
Sebenarnya ada orang yang sangat tertarik dengan kerusi kayu itu.
Siapa la tu??
Yang kat tengah tu, guard baru rekrut. Sebelah kiri dia pulak, guard yang baru bersara.
heheheh
Aku suka main congkak, tapi tak boleh nak beli.
Ditakuti guli bukan berada dalam congkak, tapi di dalam lobang hidung 2 askar aku tu.
Dah transfer masuk PC baru perasan.. So Sweet!
Habis digeledahnya beca pakcik tu. Maklumla dia ni pantang nampak benda pelik sikit, mula le tangan tu gatal nak mengutil.
Danial: Kaki Abang tak sampai la Dik.
Mummy: Tu la, sape suruh tak makan sayur. Kan dah ketot.. (mcm mummy)
Aku dengan Nadhirah. Daddy dgn Danial dan Danish.
Kalo semua sumbat 1 beca, aku rasa mau meletop tayar beca tu.
Danial yang tension sebab Daddy tak bagi beli Jam Ben-10.
Maiiiiiiiiiiiinan aje dia tahu!! Hish!
Kalo lembu betul, mau kena sepak nih..
Sekian sahaja laporan percutian di Melaka. Gambar2 lain tidak dapat dipublish dikhuatiri akan menggugat keamanan sejagat. Jaga diri korang baik2 dan selamat bercuti panjang.