Pages

26 November 2008

Abah

Salam,

Abah aku memang suka bercucuk tanam dan menternak haiwan. Sekeliling rumah memang penuh dengan tanaman. Dari pokok bunga sehinggalah ke pokok buah. Rambutan, mangga, jambu, orkid, bunga raya (byk kaler oo, sebut je nak kaler apa..), Sayur2an.., cili, serai, kunyit, sawi, kangkung dan macam2 lagi lah. Terlalu byk. Senang citer nak masak apa, bleh petik je kat belakang/tepi umah. Bab menternak pulak, setakat ni yang ada ayam kampung, burung merpati dan arnab. ni paling minimum lah. sbb tak larat nak bela kalo dah byk2 sgt.

Dulu masa aku kecik abah pernah bela ayam belanda.. (ayam yg bunyi klok-klok, pastu ada jurai2 kat leher dia). Ayam tu dulu pantang tengok motor masuk dlm kawasan umah kitorang. sure dia kejar pastu patok kaki org yg bawa motor tu. ayam tu tak suka kalo ada ayam lain cari mkn kat kawasan umah kitorang. memang dia hambat la.. mencicit ayam2 lain lari. kiranya ayam tu hero lah, jaga kawasan umah kitorang. seronok betul.. aku sayang sangat dulu ayam tu. kalo boring2 kat umah, aku jerit jer dari dlm umah... ayam belanda tu kat reban akan menyahut.. klok..klok..klok.. hehehe. best tau. kira mcm aku ada kebolehan berinteraksi ngan ayam le dulu.. :P Aku tak igt ape kesudahan idup ayam tu. rasanya abah bagi kat org utk buat lauk. kitorang tak lalu lah nak makan.. rasa cam makan 'kawan' sendiri pulak.. huhuhu

sekarang ni arnab abah sangatlah produktif. kejap2 beranak.. kejap2 beranak. bukan sekor, tapi kembar 4 lak tuh. hadoila.. penat abah aku nak membidankan mak arnab tu. hehe. pastu silap sket, bapak arnab tu akan makan anak dia. hmm, ni baru betul mcm 'haruan mkn anak'. betul nih.. tak tipu. kadang2 anak arnab tu pulak yang jadi mangsa tikus2 liar kat reban. sian eh, umor tak panjang. nasib ko lah nab oi...

Ini adalah belimbing buloh. Campur dalam masak lemak ikan atau sardin sedap! Ada orang tambah dlm sambal belacan..



Ni cili akar. Bukan cili ijo yang besar2 tu tau. Byk gilos, abah tau tanam jer. Tapi tak petik ambik pun.


ni pulak payapa.. hehe


ni tumbuhan herba, utk buat ubat. lempoyang kot nama dia. kalo tak silap aku la.


ni salah sekor arnab generasi terbaru. kecik2 cantek jer, putih bersih. dah besar sok, comot banget.

Dari kiri: Abg Long, Kak Ngah, Kak Cik dan Busu..
:P

3 comments:

Anonymous said...

Oit... abah mu sama ngan ayah ku... hehheehe

kat tepi umah aku pun dah penuh ngan buah betik, cili api, betik, serai dan hutan rimba...

windu la kat abah!!!

Anonymous said...

oit, raya aji jom lah datang selayang. aku raya saner. nanto kompem kendian yer?! windu gak kat ko.. bleh kita gossip2. hehe

Anonymous said...

wey....aku pun nak join gak boleyyy...????lama tak gossip ngn korang ni..