Pages

05 July 2011

Kesian dia...

Sebelum mengetahui ada misteri nusantara di bajunya

Selepas di takutkan oleh ibu beliau

Masa kat kampung hari tu, aku saje tunjuk pic hantu kat kakak.. (kakak ipar). Bukan hantu betul pun, features kamera hp ni ha... bila kita snap gambar, bole pulak dia selitkan sekor hantu dalam tu.

Boleh pulak kakak gunakan benda ni untuk takutkan anak² dia. Lagi² si kak ngah, pucat lesi muka dia bila tgk ada hantu menempel kat baju dia... hehe.

Yang baiknya, kitorang pun mulalah berlakon seakan benda tu real. "Hantu ni suuuukkaa dekat budak² yang tak suka dengar cakap ibubapa. Yang suka melawan, yang malas belajar."

Dan² tu jugak masing² mintak maaf dan berjanji akan jadi lebih rajin dan mendengar kata. Siap nangis² lagi...

Aku pulak, cepat² tarik Nadhirah ke dapor dan ingatkan dia supaya jangan pecah rahsia. Tensen je makcik tu tengok sepupu kesayangan dia kena kelentong dengan ibu sendiri.

Ngeh ngeh ngeh..
Published with Blogger-droid v1.7.2

1 comment:

makLong said...

hehehe... kesian k.ngah.. sampai skrg dia tak tau antu jadian Amicu...