Pages

31 July 2011

Menyambut Ramadhan

Alhamdulillah, Ramadhan bakal menjelma. Jom kita sama² rebut peluang beribadat. Bonus pahala berlipat kali ganda..... menanti kita semua. :)

Hari ni tak kemana-mana, menghabiskan masa mengemas laman. Cuci kolam, potong rumput, cantas pokok, baja tanaman, sental lantai porch, cuci kereta.

Terima kasih kepada En. Pakistan yang tolong potong rumput. Err, bukan free... berbayar. Setakat ni cuma dia sorang aje yang mencapai standard.... lenkali bolela panggil lagi.

Selamat berpuasa kepada semua. Mohon ampun jika ada salah silap dan terkasar bahasa. Jangan lupa niat puasa dan berbuka. Kalau ada yg terlupa mcmana nak niat, masih belom terlambat nak gugel. Hehe

Sekian.
Published with Blogger-droid v1.7.4

26 July 2011

Pokok Belalai Gajah @ Sabah Snake Grass

Terima kasih banyak² kepada Kaklong yang sudi mendermakan seunit anak pokok anti-kanser ini.

Kaklong beli di Seremban daripada Uncle Yip. Sila lawati blog Uncle Yip untuk maklumat lanjut: http://healthiswealthwithherbs.blogspot.com/

Semoga kita semua dilindungi daripada penyakit merbahaya seperti kanser dan yang lain².

Kepada mereka yang sedang menghadapinya, tabah dan kuatkan semangat. Jangan sesekali putus asa, yakinlah bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya, kecuali MATI.

Wallahu a'lam
Published with Blogger-droid v1.7.4

25 July 2011

Ohoiiii

Lama betul tak kemaskini blog. Hari-hari bukak blog sendiri, tapi semata-mata nak klik link ke blog orang. Kesian.

imageIMG_6709
Imaginasi Danial.
Bagi aku, satu perkataan je, H.E.B.A.T.
^_^

Sekarang ni virus “Hi. How Are You” sedang menular melalui FB. Sila berhati-hati. Entry berkenaan virus ini akan menyusul kemudian.

Sekian.


 

 

17 July 2011

Lepas rindu

Live update daripada Selayang. Lepas juga rindu pada abah dan yang lain². Now lepak atas buaian di beranda... ditemani angin sepoi² bahasa. Terbaeekkk lah.

Menu malam semalam: kari kepala ikan (jenahak), ikan pari bakar & air asam resipi arwah emak, sayur campur... makan bersempit-sempit di meja persidangan PBB di dapor. Sambil bercerita kisah² sengal masa lalu dan kini. Hehe. Priceless!

Malamnya, bereksperimen dengan steamer Trio dari Chef Asma. Maka terhasillah talam ubi. Borak punya borak sambil sesekali ketawa mengilai, hampir pukul 5 pagi baru tido.

Pagi ni, sarapan nasi lemak sambal sotong. Terima kasih kepada iron cheff, sape lagi kalo bukan org BCH. Hopefully saat indah mengumpul lemak dan kalori seperti ini akan berulang di masa akan datang.

Semoga abah akan terus sihat, di lindungi Allah selalu dan di panjangkan umur. Bila berkumpul beramai-ramai begini, pasti tidak boleh lari dari bercerita kenangan silam dengan arwah emak. Doa kami sentiasa mengiringi emak di sana. Semoga Allah mencucuri rahmat le atas rohmu, bonda. Al-fatihah.
Published with Blogger-droid v1.7.2

15 July 2011

Sempena Hari Jumaat

Hari ini dalam sejarah. Pakai buju kurung you...! Hehe. Terus perasan anggun. Yela, sejak berjawatan SAHM ni, baju² kurung semua terperap dalam lemari. Melainkan menghadiri kenduri kendara, barula baju kurung tu dapat menghidu udara segar. Mood ada baik ini hari, kita pakai baju kurung dok umah.

Best jugak.... sejukkk je. Eh, masak pun still pakai baju kurung tau. Rasa macam tgh shooting rancangan memasak kat tv pulak.

Enterprem sikit... :)
Published with Blogger-droid v1.7.2

13 July 2011

Aiskrim 1 Malaysia

Tiba² teringat ada plastik aiskrim dalam kabinet. Beli sejak tahun lepas.. sekali je buat, lepas tu terus simpan sampai lupa. Kalo macam ni boleh tahan 5 tahun la plastik aiskrim cap kingkong nih... huhu.

Buat dua perisa aje, perisa pink panther (sirap bandung sebenarnya) dan perisa anggur. Budak bertiga ni tak tahu pun pasal projek eskrim satu malaysia ni.. dah beku nanti baru bole pecah lubang. Kalo tak nanti ade je yang bukak katup freezer sebab nak cek dah beku ke belom.

Korang pun mesti dah lama tak makan eskrim malaysia ni kan? Perisa fav aku adalah perisa cincau dan milo. Ada orang buat eskrim bubur kacang ijau, tapi aku tak pernah pulak makan.. sedap ke?

Ish... aku pulak yg tak sabar nak tunggu eskrim tu keras. Dengan cuaca yang panas membahang begini, menikmati eskrim malaysia adalah...SORGA!!!! Tolak tepila baskin robin ke, tutti frutti ke.... eden orang malaysia, eden suko eskrim malaysia yooo...

^__^
Published with Blogger-droid v1.7.2

12 July 2011

Subur mekar di hati


Selepas hampir 3 bulan, barulah nampak subur dan beranak pinak. Sape? Pokok kesum lah... aku peminat tegar asam pedas dan laksa. Jadi nya kena lah ada stok daun kesum sepanjang masa. Eceh, macam beria sangat je masak hari2 ye. Hehe.

Senang jugak nak tanam daun kesum ni. Beli 2-3 ikat daun kesum, kemudian rendam beberapa hari sehingga nampak akarnya keluar. Lepas tu bolehlah tanam kat tanah. Aku tanam dalam pasu je. Tu pun kongsi dengan daun pandan.

Setakat nak masak sikit2, terpaksa beli seikat. Guna sikit je, lepas tu yang lain kering macam tu je. Insya Allah lepas ni boleh petik di laman sendiri.
Published with Blogger-droid v1.7.2

10 July 2011

Terima kasih Wak Gomboh

Selepas hampir 7 tahun, berpeluang juga akhirnya merasai pengalaman mengutip durian di kebun Wak Gomboh. (Pakcik suami).

Walaupun berperang dengan nyamuk, nikmat kutip dan makan durian di kebun memang tidak ternilai.

:)
Published with Blogger-droid v1.7.2

08 July 2011

Kisah di 7 Eleven

Tadi bawak anak² beriadah di taman. Penat berlari sana sini, semua mintak slurpee. Ok, jom ke 7 eleven.

Dari dalam kereta lagi aku dah pesan, "slurpee aje tau...!". "Okeh mummy!". Selesai mengisi slurpee ke dalam cawan, beraturla nak bayar. Depan aku ada sorang makcik, umur around 50an.

Tiba² Danial berlari ke rak dan ambil sebungkus keropok jajan. Hish, dah agak dah. Budak ni selalu je langgar pantang. Aku kata tak bole, sbb aku cuma bawak 10 hinggit je... malas nak ambik wallet dalam kereta. Danial buat muka seposen, mintak belikan jugak. Aku malas nak layan, sebab terlalu kerap sgt Danial mkn jajan. Semalam dah mkn mami monster, dalam lemari pun ada lg satu bundle jajan (beli kat kedai borong)...

Tiba² makcik depan aku tu kuar duit, nak bayarkan jajan Danial. Aku tolak, dia nakkkk jugak bagi. Air muka dia mcm marah. Yela, mungkin dia igt aku zalim dan kedeks taknak belikan Danial jajan. Padahal....

Untuk mengelakkan hal ini berlarutan, aku biarjela makcik tu bayar. Sukatikola makcik oi.. budak cashier tu ketawa je tengok kitorang.

U drop my waterface la makcik.... tak nak kawan makcik. Danial, lepas ni takleh ikut Mummy pegi kedai lagi. Uwaaaa... (bukan Danial yg nangis, tapi mak dia... sbb dah termalu secara tak sengaja).

Hahaha. Mari ketawakan diri sendiri.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Khas Buat Mak-ET

DSC_0647
Semoga perpindahan Mak ET sekeluarga ke Terengganu selamat dan dipermudahkan. Tempat baru, suasana baru, budaya baru. Yang penting bersama suami tersayang, tak kisah le ke lubuk mana… lautan api sanggup ku renangi, inikah pulak setakat ke Paka. Hehehe..

All the best mak ET. Kita jauh secara fizikal.. tapi masih dekat di hati. Will miss u & ur kids so much…… susah le nak merasa air tangan mak Et lagi lepas nih.

Tata mak Et…. baik² jalan ye.

T T

07 July 2011

Tahniah Kavitha


image

Dari kiri: Kavitha, me, Azlan bukan the typewriter, dan Izzah di hadapan.
Ini gambar semasa jamuan raya INFRA, tahun 2008.

Bila tiba bab makan, semua muka ceria. Hilang segala duka nestapa. Langsung lupa pasal kursus, pasal bajet, pasal peserta dan lain². Tengok aje la muka mamat yang pegang penutup tupperware kaler merah tu? Macam dah seminggu tak makan, nampaknya…

Aku dan Kavi sangat rapat masa tu. Maklumle, cuma kitorang berdua je pompuan dalam Unit Komunis tu… hehe. Kavi melangsungkan perkahwinannya pada tahun lalu.

image
Kenapa aku nampak, yang bersari hijau berdua tu lebih menonjol berbanding pengantin? Smile with tongue out

Isnin lepas (4 Julai 2011) Kavi dah selamat melahirkan seorang baby girl yang sangat comel. Sama comel macam mama dia jugak. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah…. kan.

image
Suka tengok baby tido.. tenang je.

image
Dah celik…. ni mesti celik IT jugak nih. hehe.. mama dia kan programmer. Dah besar nanti, jgn jadi hackers sudah!

TAHNIAH Kavi. Now dah jadi mama. Bertambah tanggungjawab. Dulu jaga suami je, now dah kena jaga suami dan anak pulak.

Selamat berpantang. Tips pantang, jangan tanya i. I dulu semua hentam. 3 hari bersalin aku dah makan pizza… island supreme lagi. Seminggu bersalin pulak, dah bawak kereta…. hehehe. Jangan ikut, bahaya.

Jaga diri bebaik. Semoga cepat sihat.

06 July 2011

Bibik Oh Bibik

Macam² kes pasal bibik yang aku dengar. Baru² ni, bibik adik ipar buat hal. Kecundang jua selepas 4 tahun dia berkhidmat. Ada isu berbangkit membuatkan bibik itu sendiri yang mintak diberhentikan.

Semalam, waktu menemani anak² di taman, aku borak dengan bibik yang sedang menemani anak majikannya. Ni kali kedua kitorang jumpa.

Borak punya borak, macam² perihal majikannya yang diceritakannya. Katanya 25hb ni dia nak balik ke Indonesia untuk puasa dan beraya di sana. Tapi, taknak balik ke sini semula. Serik untuk terus berkhidmat disini.

Kenapa? Mengikut ceritanya:

1. Hari² dia cuma makan mee segera. Tiada lauk untuk dimasak. Malahan anak majikannya juga hari² makan telur....

2. Dah le takde lauk nak masak, jika majikannya tapau pun, hanya untuk mereka anak beranak. Si bibik cuma dapat tengok dan ambil bau sahaja.

3. Tiada komunikasi yang baik antara majikan dan bibik. Cuma arahan demi arahan yang di dengar. Bertanya khabar jauh sekali.

4. Selama ini dia bertahan hanya kerana pujukan ibu majikannya. Katanya, ibu majikannya bagi RM200 untuk dia beli makan di luar waktu hujung minggu.

5. Bibik ini adalah bibik yang ke-11 berkhidmat dengan majikan ini. Yang sebelum ini semuanya lari akibat taktahan dengan sikap majikan itu.

Dan lain² cerita yang memang tak enak nak dengar. Aku pun layan ajela... dalam hati, sangsi jugak. Tak bole percaya 100% nih. Yela, dengar dari sebelah pihak aje kan..

Tapi andaikata semua tu benar.. hmm.. mmg pelik jugak la. Dok serumah tapi tak becakap. Wallahua'lam.

Atas sebab yang macam ni la kitorang tak berani nak ambik bibik. Biarlah aku yang mnjadi bibik di rumah sendiiri...hehe.

Untuk mereka yang mempunyai bibik, hargailah mereka. Mereka juga manusia biasa, bukan robot. Utk bibik, kerja baik².. jangan culas. Malas2 nanti, kena potong gaji. Paling teruk kena hantar pulang. Gunakan peluang yang ada dengan baik...

Eh, pesan yo-yo aje, mcm la ada bibik yg baca blog ni ye? Hehe...

Wattammat!
Published with Blogger-droid v1.7.2

05 July 2011

Kesian dia...

Sebelum mengetahui ada misteri nusantara di bajunya

Selepas di takutkan oleh ibu beliau

Masa kat kampung hari tu, aku saje tunjuk pic hantu kat kakak.. (kakak ipar). Bukan hantu betul pun, features kamera hp ni ha... bila kita snap gambar, bole pulak dia selitkan sekor hantu dalam tu.

Boleh pulak kakak gunakan benda ni untuk takutkan anak² dia. Lagi² si kak ngah, pucat lesi muka dia bila tgk ada hantu menempel kat baju dia... hehe.

Yang baiknya, kitorang pun mulalah berlakon seakan benda tu real. "Hantu ni suuuukkaa dekat budak² yang tak suka dengar cakap ibubapa. Yang suka melawan, yang malas belajar."

Dan² tu jugak masing² mintak maaf dan berjanji akan jadi lebih rajin dan mendengar kata. Siap nangis² lagi...

Aku pulak, cepat² tarik Nadhirah ke dapor dan ingatkan dia supaya jangan pecah rahsia. Tensen je makcik tu tengok sepupu kesayangan dia kena kelentong dengan ibu sendiri.

Ngeh ngeh ngeh..
Published with Blogger-droid v1.7.2

04 July 2011

Doyan oh doyan...



Walau baumu kuat menusuk ke lobang hidung, kehadiranmu masih ku nanti. Lebih kuning warnamu, lebih menikam kalbu.. musim durian telah tiba di Muar.. oh la la!!!

Singgah pekena durian fresh di Tangkak. Di kampung pula, Wak Gomboh hantarkan lagi 4 biji durian. Pucuk dicita ulam mendatang....

01 July 2011

Jiwang Karat

Suuuuka sangat dengar lagu ni. Video klip nya pun sangat mengasyikkan… Layan.


Shania Twain - From This Moment On

From this moment life has begun
From this moment you are the one
Right beside you is where I belong
From this moment on

From this moment I have been blessed
I live only for your happiness
And for your love I'd give my last breath
From this moment on

I give my hand to you with all my heart
Can't wait to live my life with you, can't wait to start
You and I will never be apart
My dreams came true because of you

From this moment as long as I live
I will love you, I promise you this
There is nothing I wouldn't give
From this moment on

You're the reason I believe in love
And you're the answer to my prayers from up above
All we need is just the two of us
My dreams came true because of you

From this moment as long as I live
I will love you, I promise you this
There is nothing I wouldn't give
From this moment
I will love you as long as I live
From this moment on