Pages

18 January 2011

Hujung Minggu Yang Ceria

Hujung minggu lepas balik Selayang. Rutin bulanan, juga memenuhi undangan perkahwinan jiran sekampung. Tahniah Zairee, selamat menempuh alam rumah tangga. Semoga berkekalan ke ahkhir hayat. Gambar pengantin tiada, sebab ke majlis hanya lenggang mak limah kakngkung.


IMG_4214
Bersama anak buah perasan cun, Nur Farahin.
Maksud lain: Nur Farahin bersama ibu saudara beliau yang cun..
hahaha..

IMG_4217
Kanan sekali, kakak. Merangkap chef sepanjang zaman. Tak kira masa dan tempat.Dialah pengubat rindu kami kepada masakan emak. I love u very strong, kaklong! Muaah.
Bodek kena lebih, supaya dia rajin memasak lagi, dan lagi, dan lagi…


Salah satu sebab utama kepulangan kami ke laman Pak Lah ialah:

IMG_4228IMG_4236IMG_4239IMG_4243
Rambutan gula batu. Mempunyai isi yang tebal dan lekang. Walaupun hijau, isinya tidak rasa masam. Sesuai untuk semua peringkat umur, tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.
Smile with tongue out


IMG_4226
Abah yg sedang mengait buah rambutan.



IMG_4249
Abah di atas pokok. Walau dah berusia 70tahun, beliau masih mahu melakukannya sendiri. Puas dah kitorang nasihat, tak payah le panjat. Kait je. Dia tetap jugak nak panjat. “Senang sikit, dapat pilih yang merah2 aje”, katanya.


IMG_4248
Kami berbesar hati menerima kunjungan Che (yang sedang bersandar di kereta itu. Harap tidak serik untuk lepak2 di Selayang lagi.


IMG_4253
Safwan, nak panjat pokok tak berani.  Cuma panjat bumbung van aje. Tak mencabar langsung. Setakat bumbung van tu, Danial pun boleh buat…


IMG_4255
Ler.. panjat tinggi2 rupanya nak cari signal telefon.
Hampeh. Ko guna hp cap ayam ke?


IMG_4263
Cucu atok.. Humaira.
“Nak tolong panjat, tak boleh lagi. Tolong sapu sampah jadi le..
Agak2 orang percaya tak, semua sampah ni saya yang sapu?”


IMG_4262
Tidak perlu diperkenalkan lagi. Budak ni sangat sinonim dengan pasir, lecak, lumpur, selut dan yang sewaktu dengannya.


IMG_4269
Abah tersayang. Semoga abah diberikan kesihatan yang baik dan berada di bawah lindunganNya selalu. Amin.


Gambar terbaik pada hari itu:

IMG_4266
Boleh jual kat David Teoh, file terbaru 2011.
JANGAN PANDANG ATAS



IMG_4267

Sekuel ke dua filem Jangan Pandang Atas:
”SIAPA SURUH PANDANG ATAS?”


IMG_4268
Sekuel ke-3:
”Oh, POCOT! TERPANDANG ATAS PULAK”


Filem2 itu ditaja oleh:

IMG_4233
Aiskerim Pisang Mat Cool, oleh Nestle.
Sedap!! Cuba lah hari ini…


Sekian.

4 comments:

Hasbuna said...

Thx for the rambutans...real punye sedap. Luv them!!!Ade name rupanye rambutan tu!

Sue said...

U are welcome. Memang special. Tak pernah lagi jumpa di tempat lain. Only in Selayang. :)

anoy said...

kah kah kah..siap filem d taja lg tu..best2..boleh menang anugerak skring ujung tahun ni..canggih gila aiskrim pisang tu..tak pernah ku tengok..hahaha..

Sue said...

Cik Anoy, sila terjah kedai runcit Pak Mail di hujung kampung. Pasti ada! ;)