Pages

12 January 2011

2011

IMG_2880

Alhamdulillah, dah pertengahan minggu ke-2 bulan Januari 2011. Begitu pantas masa berlalu. Pejam celik – pejam celik, dah 12hb. Tak lama lagi dah bulan Februari.

Macam2 agenda untuk bulan Januari. Yang sambut hari lahir bulan Janurai pun ramai. Dimulai oleh kakak tertua tersayang iaitu Kaklong pada 1 Januari. Kemudian suami terchenta, pada 5 Januari. diikuti oleh ibu mertua paling sporting pada 18 Jan. Kemudian diri sendiri & juga anak buah kesayangan iaitu Kak N pada 21 Jan. Akhir sekali Danish, 31 Januari. Harap korang alert la, sebab musabab aku enlarge font 21 Jan tu..

Err, 18hb juga merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami. Yang ke-8 tahun. Insya Allah. Eh, ter-enlarge lagi.

Tahun ni Nadhirah dah darjah 2.Waktu persekolahan masih sama. Sek. Agama pagi, dan SK petang. Tapi ada tambahan, kelas mengaji setiap hari di Sek. Agama jam 7.30am – 8.00am. Yang lain2 biasa. 

Danial masih tadika. Tapi di tempat baru. Tidak lagi di Kris*ta. Saje tukar angin. Nampaknya dia seronok di tadika baru. Hari2 ada je cerita pasal kawan, cikgu dan aktiviti di tadika.

Danish pulak, masih lagi menjadi teman bergaduh-berborak-bersosial dengan aku kat umah. Hujung bulan ni genap la 4 tahun. Siang, kalau kat rumah dah tak pakai diapers, melainkan masa-masa tertentu. Pengalaman ngeri tahun lepas, dia terkenc**** di depan cashier pasaraya FS.. banyak gile pulak tu. Dah le masa tu aku dirikan dia dalam troli. Maka bayangkan air yang terjun dari seluar beliau. Yeeew. Penat mak nak cover malu tau!

Sejak berhenti kerja awal tahun lalu, ramai yang tanya. Tak boring ke? Tak buat bisnes ke? Tak rugi ke? Sebenarnya, semua berbalik kepada niat. Niat nak jaga anak2, rumah tangga dengan lebih baik. Alhamdulillah, tak rasa boring pun.

Seronok lagi ada. Dapat hantar/jemput anak2 dari sekolah. Dapat masak untuk diorang hari-hari. Dapat bekalkan makanan untuk diorang. Dapat cek kerja sekolah dan buat ulangkaji di rumah.. Huii. Tak boleh dinilai dengan wang ringgit semua tu. Orang putih kata PRICELESS.

Wah, bajet bagus je kan? Hehe… biasala. Dah kerja pun 24jam sehari, 365 hari setahun. Mesti ada juga tekanan. Takleh tipu punya. Tapi, takde la sampai memudaratkan… selagi segala penat lelah dihargai oleh mereka. Tu dah cukup baik.

Semoga tahun ini membawa rahmat, kebahagiaan, kesihatan yang baik dan kemurahan rezeki untuk kita semua. Amin.

2 comments:

Liza @ Adzriel AB said...

apa intai2 ni sue?

Sue said...

Intai Kak Liza kat Haji Tapah, tapi tak nampak.. hehehe