Malam tadi kita mimpi emak. Mak datang pakai baju kurung putih, bunga-bunga kecil warna kuning. Mak senyum berseri-seri.
Masa tu di rumah, abah pun ada sekali. Kami semua seronok sangat bila mak datang. Kita peluk mak taknak lepas. Terlalu seronok sampai menangis tersedu-sedu. Mak pun peluk kita taknak lepas.
Kita tersedar bila kita rasa bahu kita bergerak-gerak macam orang tengah menangis tersedu-sedan. Tapi takder pulak air mata. Nangis dalam mimpi aje, rupanya. Tapi fizikal effect sampai ke alam nyata.
Hmm, lepas jugak rindu nak jumpa emak. Bangun pagi rasa sungguh tenang sebab dapat peluk emak malam tadi.Sejak akhir-akhir ni memang terasa syahdu semacam.
Selalu ingat kat emak. Plan nak ziarah emak masih tak kesampaian. Ada sahaja halangannya. Kita janji, bia halangan tidak lagi melintang atau menegak, kita datang lawat emak yer. Kita bawakan sekali air yasin dan bunga-bunga yang abah tanam kat sekeliling rumah tu untuk tabur atas pusara emak.
Kepada yang masih mempunyai emak, hargailah mereka seadanya selagi mereka masih ada. Percayalah, emak/ibu/mummy/mama cuma satu di dunia ini. Bila mereka dah tiada nanti, korang akan rasa sebagaimana yg aku rasa. Dapat jumpa dalam mimpi bagaikan dapat bonus 12 bulan gaji.. eh, lebih dari tu. Priceless!
Dia telah mengandungkan kita selama lebih kurang 9 bulan, melahirkan kita dengan penuh penyeksaan. Dia membesarkan kita, sehingga menjadi insan yang berguna.
Semoga emak tenang di sana. Semoga emak diberikan kesihatan yang baik, lebih baik dari kesihatan di dunia. Di tempatkan bersama orang-orang yang dikasihiNya.
Amin. Al-fatihah untuk emak.
10 comments:
teringat lak aku kat mak ko..ALFatihah...rindu gak rasa dihati...
Yer, semoga dia aman di sana. Terima kasih doakan mak aku.
Su...terharu akak baca entry kau kali ni. Bersyukur akak kerana masih mempunyai emak. Entry kau ni menginsafkan akak supaya lebih berhati2 apabila berbicara dengan mak dan menyayangi anak2 yatim.
Kak, Sue pun anak yatim gak kan? Bila nak belanja makan sebagai tanda sayang-menyayangi... hehehe.
sue.. nie.. wat orang sedihlaaa, nak blk kg laa mggu nie.. nak jumper mak.. huhhuuhuu
Sejak dua menjak ni mmg aku pn tiba2 teringat mak..
RINDU pada masakan mak,RINDU pada senda gurau mak,RINDU pada senyuman MAK yg dh tentu kita tak bisa dptkan lg kembali semua itu spt dulu.. :-(
KERINDUAN kita mmg payah nak terungkap dgn kata2.Sbg anak kita harus terima hakikat dan REDHA dgn PEMERGIANNYA kerana ALLAH lebih menyayanginya..
Kita hanya mampu utk menDOAkan KESEJAHTERAAN & KEDAMAIANNYA d sana...insya allah,nnt kita lawat MAK sama2 ye..AL-FATIHAH utk ibu kita....
Mami Sue... alahai.. meleleh pulak airmata ni baca luahan rindu mami sue pada mak yang dah tiada.. terharu sungguh... Terbayangkan macamana kalau suatu hari nanti mak yang disayangi tiada... Uhhh!!! Hanya Allah yang tau.. Sememangnya kita akan lebih menghargai & merindui seseorang apabila dia telah tiada...Berharap apabila tiba masanya nanti MakLong akan setabah Mami sue...
uish... masa baca nie tgh ujan mendung jer kat sini... aku pun rindu kat mak... aku rindu ayam masak smbal mak... tapi tak pe... ko nyer masakan pun dah kira ok ape... bila leh masak kan ayam masa smbal nie...????
To All:
Hargailah ibu anda. Sayangilah ibu anda. Peluklah ibu anda selalu selagi ada hayat mereka. Mudah-mudahan kita menjadi anak yang soleh/solehah.
Najwa:
Datang aje bila2 ko nak. Setakat ayam masak merah tu, anytime je. Jangan ko mintak kambing golek sudah ler.. huhu.
Post a Comment