Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Kesian betul kat blog ni… terabai sungguh. Maaf la ye, bz dengan hal duniawi… hehe.
Cuti sekolah, musim kenduri kahwen. Mendapat jemputan kenduri di Sabak Bernam, maka bermalamlah kami di sana. Sambil menyelam minum air katanya..
Tempat penginapan kami di Dorani Bayu Resort.
Sumber imej dari blog mereka. Kalau bole masak, lebih bagus. Restoran dah le bukak 2.00pm – 4.00am. Sangap le nak sarapan meggi manjang… hadoih.
Ada juga penginapan di atas air, tapi kami tak berani nak ambil risiko… takut nanti ada budak terjun masuk laut. Bahaya.
Pandangan dari dalam restoran. Jeti nelayan bot kecil. Kadang2 mereka turunkan ikan disini.
Bila dah lapar, lauk macam ni aje dah cukup.
Licin…
Dalam perjalan ke tempat kenduri. Pemandangan yang biasa tapi sangat menarik, bagi saya.
Tali air – pokok pisang – sawah padi..
Teringin nak dok kat umah tepi sawah macam ni. Hari-hari bole main layang2… silap2 baju di ampaian berterbangan.
Gambar sekitar kenduri, takde. Sebab bz mencekik. hehe.
Sedikit kelainan: Terdapat pertugas yang mencedok nasi dan lauk pauk ke pinggan kita. Tadah aje… Eh, air pun di isikan tau.. Kemudian, tempat duduk lelaki dan perempuan di asingkan dengan tirai. Agak sukar untuk kami yang berkongsi tugas menjaga anak2. Kejap2 diorang lari dok ngan mak, kejap dok ngan bapak… Langkah selamat, dok dalam kereta sementara Abah dan Mak masih di dalam berbual.
Aktiviti di petang hari: Memancing. Yeahhhhhh…
tapi gambar takleh taruk, sensored. Sila jangan bayangkan.
Hasil tangkapan selama 2 hari. Jadila, penuh jugak satu kuali.
Dalam perjalanan pulang ke pangkal jalan, singgah menikmati pemandangan sawah padi di Sekinchan pula.
Saujana mata memandang. Sila abaikan lembaga berbaju hitam itu. Dia tengah skodeng belalang kunyit celah pokok padi.
Ini la pokok padi ye adik2.
Sebutir nasi, umpama setitis peluh petani…. hoiiyeah.
Sila maafkan saya yang kejakunan ini.
Macam pose ada. Letak satu ni cukup la. Nanti korang tobat nak masuk blog ni lagi..
Padi sedang di harvest oleh jentera.
Jakun lagi sekali…
Boleh buat port mancing nih. Lenkali kena datang bawak payung gerai yang super besar itu. Panas mencanak weh..
Da… tamat sudah.
4 comments:
cantikla gmbr sue tu..pandai pose tunduk, nak cover apa tu..hehehe
Hahaha.. tahu2 aje kak Ija nih... nyampah! :P
sangat menarik info ini!!!!!
home stay eh?
japp..
nak klik link
Doc Singa: Bukan Homestay, tapi resort. Cer try klik, klik...
*Psst, bilik dia byk lipas. Gelii!!!
Post a Comment