Pages

14 June 2011

Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Kesian betul kat blog ni… terabai sungguh. Maaf la ye, bz dengan hal duniawi… hehe.

Cuti sekolah, musim kenduri kahwen. Mendapat jemputan kenduri di Sabak Bernam, maka bermalamlah kami di sana. Sambil menyelam minum air katanya..

image
image
image
image
Tempat penginapan kami di Dorani Bayu Resort.
Sumber imej dari blog mereka. Kalau bole masak, lebih bagus. Restoran dah le bukak 2.00pm – 4.00am. Sangap le nak sarapan meggi manjang… hadoih.

image
Ada juga penginapan di atas air, tapi kami tak berani nak ambil risiko… takut nanti ada budak terjun masuk laut. Bahaya.

IMG_6257
Pandangan dari dalam restoran. Jeti nelayan bot kecil. Kadang2 mereka turunkan ikan disini.

IMG_6251IMG_6248
IMG_6249IMG_6250
Bila dah lapar, lauk macam ni aje dah cukup.
Licin…


IMG_6280
Dalam perjalan ke tempat kenduri. Pemandangan yang biasa tapi sangat menarik, bagi saya.
Tali air – pokok pisang – sawah padi..

IMG_6332
Teringin nak dok kat umah tepi sawah macam ni. Hari-hari bole main layang2… silap2 baju di ampaian berterbangan.

Gambar sekitar kenduri, takde. Sebab bz mencekik. hehe.

Sedikit kelainan: Terdapat pertugas yang mencedok nasi dan lauk pauk ke pinggan kita. Tadah aje… Eh, air pun di isikan tau.. Kemudian, tempat duduk lelaki dan perempuan di asingkan dengan tirai. Agak sukar untuk kami yang berkongsi tugas menjaga anak2. Kejap2 diorang lari dok ngan mak, kejap dok ngan bapak…  Langkah selamat, dok dalam kereta sementara Abah dan Mak masih di dalam berbual.

Aktiviti di petang hari: Memancing. Yeahhhhhh…
tapi gambar takleh taruk, sensored. Sila jangan bayangkan.

IMG_6441
Hasil tangkapan selama 2 hari. Jadila, penuh jugak satu kuali.

Dalam perjalanan pulang ke pangkal jalan, singgah menikmati pemandangan sawah padi di Sekinchan pula.

IMG_6420
Saujana mata memandang. Sila abaikan lembaga berbaju hitam itu. Dia tengah skodeng belalang kunyit celah pokok padi. Smile with tongue out

IMG_6380
Ini la pokok padi ye adik2.
Sebutir nasi, umpama setitis peluh petani…. hoiiyeah.

IMG_6396
Sila maafkan saya yang kejakunan ini.
Macam pose ada. Letak satu ni cukup la. Nanti korang tobat nak masuk blog ni lagi..

IMG_6428
Padi sedang di harvest oleh jentera.
Jakun lagi sekali…

IMG_6434
Boleh buat port mancing nih. Lenkali kena datang bawak payung gerai yang super besar itu. Panas mencanak weh..

Da… tamat sudah.

4 comments:

HazlisaNoor said...

cantikla gmbr sue tu..pandai pose tunduk, nak cover apa tu..hehehe

Mami-Sue said...

Hahaha.. tahu2 aje kak Ija nih... nyampah! :P

Dr Singa said...

sangat menarik info ini!!!!!

home stay eh?

japp..
nak klik link

Mami-Sue said...

Doc Singa: Bukan Homestay, tapi resort. Cer try klik, klik...

*Psst, bilik dia byk lipas. Gelii!!!