Pages

11 February 2011

Skodeng

Tadi masa hantar Danial ke tadika, ternampak cikgu2 sedang sibuk menyusun peralatan di padang berhadapan tadika. Jadi, selepas hantar Danial, kitorang balik rumah dulu untuk menyelesaikan urusan pelaburan semulajadi….hehe. Kemudian keluar semula untuk skodeng apa aktiviti yang akan di lakukan di padang…

Park kereta jauh-jauh untuk mengelakkan dari dilihat Danial. 

IMG_4658 
Dari kejauhan,…


IMG_4629 
Kasi zoom sikit…

IMG_4640
Korang pasti boleh cam yang mana satu Danial..
(berseluar hitam di tengah)

IMG_4654
Wow, bagus Danial. Angkat tangan!

 

IMG_4633
Alamak…. Danial sudah nampak kitorang ler.
Kantoi..

IMG_4631 
Sekejap2 dia toleh… siap lambai2 pulak tu.
hehehe..


Danial sangat sukakan tadika Al-Fatih. Taknak sarapan kat rumah, nak sarapan kat tadika. Dia kata sebab cikgu masak sedap.

Mummy: Cikgu masak sedap sangat ke?
Danial: Ye, seeeedap sangat!
Mummy: Mummy masak sedap tak?
Danial: Sedap jugak.
Mummy: Antara masakan Mummy dan cikgu, mana lebih sedap?
Danial: Mummy masak laaaaaaaaagi sedap!!!

Hehehe.. pandai jek mummy ye.

Syukurlah Danial seronok di tadika baru. Walaupun bulan lepas ada tragedi yang tidak disenangi. Tapi kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Semua orang buat silap. Dan sekarang ni, dalam perjalanan ke tadika, Mummy akan bekalkan nasihat berbakul-bakul sampai dia sendiri dah boleh hafal… Bagus! :)

5 comments:

HazlisaNoor said...

sue, nak tanya ko mkn jasmin lagi tak?hehehe...nak beli katner ek..akak nak try ler

Sue said...

Wah. Soalan cepumas nih. Sue tak makan Jasmin, tapi makan YASMIN.. hehe. Masih lagi bergantung pada Yasmin. Beli kat klinik.. Sekarang dah RM55 @ RM55... Gd luck! :)

Liza @ Adzriel AB said...

ha..ha.. tak nampak pun teacher izah.. Yasmin..kat klinik bawah gym tu ada. baru je tanya2 kat doktor tu.

Sue said...

Ops.. RM55 atau RM50. Silap taip da..

Berapa harga Yasmin kat klinik bawah gym tu ye??

HazlisaNoor said...

sue,ckp jer kat farmasi tu kata nak beli yasmin yer..gurdian ader tak? maklumla tak pernah tgk pun benda tu camner rupa