Pages

18 February 2011

Dialah Raja…

Raja apa? Raja Kaporrrrrrrr!!!

Eh, bukan.. raja buah le.

IMG_4786 
Danish sangat-sangat-sangat sukakan durian. Pantang tercium bau, dan-dan tu jugak suruh beli.

Tadi selepas hantar Nadhirah and the gang ke sekolah, pusing2 cari buah jambu batu. Aleh2 terserempak pulak dengan penjual durian. Gaya cerita macam jalan kaki aje pulak…

Syukur peniaga tu adalah Melayu, air muka pun bersih je. Durian kampung RM9/kg. Yang lain2 ada yang mencecah sehingga RM19/kg. Tu jenis yang gemok-gemok.. ntah ape nama spisis durian tu.

Maka saya pun telah membeli 2 biji durian kampung, berharga RM37.00. Fuhhh… kenangkan Danish aje yg dah lama sangat nak mkn durian. Beli lah jugak. Sambil dalam hati berdoa banyak2 supaya isi durian ni semuanya elok dan sedap…

IMG_4794
Alhamdulillah! Ianya tidak mengecewakan. Sangat-sangat sedap, segar dan rasanya yang lemak manis itu sangat menambat selera.


IMG_4791 IMG_4799
Tengok budak  2 orang ni. Sangat gumbira dapat makan durian. Danial makan 3 ulas, Danish pulak 2 ulas. Tu pun sebab dah sampai waktu tido. Kalau tak selamber je 5 ulas sekali hadap.


IMG_4804 Yang sebiji lagi, jenis isi tebal dan kulit nipis. Semuanya elok, takde satu pun yang rosak.


Ok. Sekarang saya hendak men-gugel resipi pulut pula. Untuk dimakan bersama bubur durian. Ada orang tu mengidam nak mkn pulut + bubur durian… ^_^


Sekian.

6 comments:

Hasbuna said...

Danish...boleh geng dgn Aunty & Abg Naim kat rumah dpn tu hah! Lain kali bole buat parti durian...yea!!!

k.long said...

Suspen betul nak baca episod Durian ni,teringat tragedi buah durian ko d episod lalu..hehehe..ALhamdulillah..rzki ko dan budak2 dapat buah yg elok dan cantik2..Akupun kemaruk nak beli durian ni,tak sabar nk buat bubur dan cekodok durian..

KaMi said...

emmm.... sama la ngan aku sue... cuma aku dapat bau jer... hehehe... sejak ada myfitnespal nie.. rasa bersalah pulak bila termakan lebih kalori.. huahuahuahua... semalam pergi pasar malam amik bau jer, tadi pergi jusco pun amik bau jer... jadi lah

HazlisaNoor said...

uish terliurnyer tgk..

Kujie said...

teringinlah sangat nak makan durian
tapi segan nak berenti beli

kalaulah ada orang lelaki dalam rumah ni.... nak minta derang tolong beli

entah...rasa segan silu nk beli durian..pelik pula perangai

Sue said...

Kak Jie... Saya juga seperti Kak Jie. Oleh kerana anak-anak, ku tebalkan muka jua. Tu pun mula2 cuma bertanya dari dalam kereta. Bila dah konfem yang menjual tu Melayu dan agak berbudi bahasa, baru lah proceed to the next step. :)