Emak...
Kita rindu nak cium tangan Emak.
Kita rindu nak cium pipi Emak.
Kita rindu nak dengar hilai tawa Emak.
Kita rindu nak dengar leteran Emak.
Kita rindu nak tengok senyuman Emak.
Kita rindu nak rasa masakan Emak.
Kita rindu sangat-sangat kat Emak.
Tak dapat nak describe macam mana rasa rindu kita pada Emak.
Emak...
Allah lebih sayangkan Emak.
Mak pergi jua tanggal 12 Jun 2007, dikala usia Emak 59 tahun.
3 tahun lebih Emak menanggung sakit.
Kita bersyukur kerana sempat bersama Emak di hari-hari terakhir Emak.
Kita dapat temankan Emak menunggu 'esok' hari.
Kita berpeluang mandikan Emak untuk terakhir kali.
Kita dapat juga hantar emak ke destinasi Emak yang terakhir.
Kita dapat bantu siapkan tempat persemadian Emak.
Kita bersyukur sangat sebab diberi peluang keemasan sebegini.
Emak...
Emak umpama sudah tahu masa untuk pergi.
Emak minta kita masakkan lauk kesukaan mak.
Kita suka tengok mak makan dengan penuh berselera.
Kita dan Kaklong takkan dapat lupa 'detik' itu.
Kita habiskan masa bersama, melayan Emak berceloteh itu dan ini.
Urut dan lap badan Emak bila Emak rasa tak selesa.
Emak...
Sekarang, kita rasa lonely.
Tanpa Emak, hidup kita rasa lain.
Memang kita ada family sendiri.
Tapi, tanpa insan yang bergelar Emak, hidup kita tak complete.
Kalau ada khabar gembira, Emak orang pertama yang kita beritahu.
Kalau hati gundah gulana pada Emak jua kita mengadu.
Bila sakit nak bersalin, kita nak Emak ada disisi selalu.
Kita pasrah dengan takdir Illahi.
Kepada Allah Emak telah kembali.
Semoga bahagia menjadi milik mak yang abadi.
Ya Allah,
Kau ampunilah dosa-dosa Emak yang telah lalu.
Tempatkanlah dia bersama hamba-hambamu yang Engkau kasihi.
Berikanlah dia sahabat yang lebih baik dari sahabatnya di dunia.
Kurniakanlah dia kesihatan yang lebih baik dari kesihatannya di dunia.
Doa kita sentiasa mengiringi Emak.
Berbahagialah Emak di sana.
Kita rindu sangat-sangat kat Emak.
*Ini adalah entry ulangan.