Lama tak cerita pasal pokok-pokok di laman. Jom teropong laman kami.
Anak buloh betung
Pokok buloh ni sangat subur..
Asalnya cuma sebatang, now dah jadi berbatang-batang.
Eh, lain macam je bunyi nya..hehe
Orkid
Tumpang bergayut di pokok buloh.
Beli di Taman Warisan Pertanian Putrajaya.
Masa beli, ada bunga kuning dan ungu yang sangat cantik.
Tapi lepas tu dah tak berbunga lagi. Nape ntah?
Limau kasturi
Tanam dalam pasu je.
Beli kat nursery Sg. Buloh. Aktif berbuah.
Dah byk kali juga merasa hasilnya.
Kaktus bunga (nama sebenar tidak diketahui)
Cilok dari taman bunga Pak Lah di Selayang.
Banyak kali bertukar tempat, dari dalam pasu ke tanah, pastu pindah masuk dlm pasu semula.. Steady je dia. Lasak pokok ni, sentiasa berbunga pulak tu
Daun Kari
Beli kat Ekspo Mardi. Masa beli tingginya lebih kurang separuh dari dalam gambar.
Serasi agaknya dengan baja ta*i kambing tu…Eh, patutla kalo guna daun ni ada bau hamis-hamis sikit. Cheh..
Pokok Longan
Tanam dalam pasu je. Juga beli di Ekspo Mardi. Dah banyak daun baru yang tumbuh. Tak sabar nak menanti hasil buahnya..
Limau Manis
Pak Lah yang hadiahkan. Lately nampak semakin tinggi. Dulu macam hidup dengan mati tak mahu… Agaknya serasi dengan Pn. Surirumah.
Kiri: Pokok Nona. Kanan tu pulak buahnya (utk sape yang tak tahu).
Ni buah fav kitorang sekeluarga. Hasil didikan Pak Lah yang telah menanam pokok ini di Selayang. Semoga cepat berbuah ye Cik Nona yang manis.
Pokok 7 Jarum / Pokok Kanser
Diperolehi dari nursery ayam klok-klok. Senang je nak tanam pokok ni, guna keratan batang. Daun elok di buat ulam, makan 1-3 helai sehari. Aku nak petik, En. Suami tak bagi, takut selepas seminggu pokok tu botak. Tunggu besar sikit katanya…
Helicornia di tepi-belakang rumah
Subur menghijau.. tak perasan rupa-rupanya dah ada…
.
.
.
.
.
.
.
.
…BUNGA!!!
Ish.. camana boleh tak tahu ni. Tau2 je dah besar ni.
Musykil..Musykil.
Ni pulak pokok Halia.
Puncanya dari halia kat dapur yang dah bertunas. So campak je kat atas tanah, hidup pulak dia.. heheh. Boleh buat stok raya nih.
Pokok panjat dinding (nama sebenar tak tahu)
Macam pokok duit2 tu le. Tapi cantik sikit.
Tak tahu bile agaknya dinding tu semua akan dipenuhi oleh pokok itu.
Baru betul, rumah dalam taman…
Water feature
Cantik kan air tu? Kaler hijau. Memang sengaja kitorang hijaukan air tu guna pewarna hijau dan esen pandan. Bagi efek spesial sikit..
Cheh, tipu je sebenarnya. Hijau sbb lumut ler.. dah 2 bulan tak cuci. hehehe
Dan akhir sekali nak berterima kasih kepada tukang kebun yang bersusah payah memastikan semua tanaman di atas subur..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
“Eh, pakcik nak kemana tu?”
Sebok betul pakcik nih. Nak bergambar dengan dia pun susah…
Sekian.
2 comments:
cantik laman sue..bila nak tanam bunga kantan..boleh supply kat akak nnt
mama ieja:
kalau pokok bunga kantan boleh tanam dalam pasu jer, mungkin boleh dipertimbangkan. tanah kat sini kurang subur. ape susah, kat pasar seksyen 6 banyak bunga kantan. pilih jer.. hehe
Post a Comment