Pages

13 April 2010

Aduhh.. gi mana nih??

Image0064

Kualiti gambar tidak mememuaskan kerana hanya menggunakan kamera talipon yang tidak cukup canggih. Apapun saya berterima kasih dengan talipon free itu.

 

 

Tarikh: 12 April 2010 @ Isnin

Masa: Lingkungan waktu maghrib

 

Catatan:

Masa tu aku mandi kat atas. Lepas mandi bukak pesbuk jap sebab tak sabar nak tgk pic org BCH senor-keling kat Redang. Sambil layan fb, sayup2 kedengaran bunyi air bercucuran di toilet bawah. Selang seli dengan hilai tawa Danial dan Danish.. Rasa tak sedap hati.. budak berdua tu takkan hanya main air sampai excited sebegitu rupa. Terpaksa le meneropong diorang kat dlm toilet.

 

Terkejut gila bila nampak gunting di tangan Danial. Danish pulak dah basah kuyup dengan seluar baju. Ohhh.. Danial bukak saloon rupanya, dan mangsa adalah Danish. Hasilnya macam gambar tu le. Cantik bukan? Sopak rambut adik dikerjakan Danial.. sampai nampak kulit kepala. Ni kalo guna mesin tebas rambut macam kat kedai tu, yang NO 1 la.

 

Oh.. sangat tensi bila melihat rambut Danish skrg ini. Tak sabar betul nak pergi botakkan kepala dia. Tengokla esok kalo sempat..

 

Apapun, sangat2 bersyukur sebab tak terpotong telinga Danish. Kalau tak betul la ada yang kena ganti dengan TELINGA GAJAH.. hehe.

 

Lesson learnt!

4 comments:

Siti Indrawati said...

Kesiannya Danish telh di perkotak katikkn oleh abang..jd bhn uji kaji..Balqis ada buat jgk mcmtu tp kat rambut dia sendiri..budak dh g sek ni jd terlebih pandai pulk..

Norm'S said...

ekekek kesian adik dy....

Sue said...

update: dah selamat di botakkan sepenuhnya.. cumel jer.

makLong said...

Ha ha ha...
hadoi... kretip sungguh anak buah makLong!!!! Mami Su jgn mara2... seni tu namanye....