Pages

30 June 2009

Aksi Ninja

Layan gambar ni pulak.. lama tak tayang budak bertiga ni. Kot² la ada yang rindu kan depa...


1st shoot, baik jer posing..


2nd shoot: Danial dah gusti Danish..


3rd shoot: Danish dah tonggang terbalik.. hehe
Cuba korang bayang kan, time tido pun camtu gak aksinya.. haru!

29 June 2009

Keindahan Alam Ciptaan Allah

Date : 25 June 2009
Time : 07:15pm
Venue :BSP



Tgh syiok capture sunset, melintas pulak seekor burung (ke bangau.. besar semacam).
Hmm, bonus nih.. kalau camera power sure lebih bagus hasilnya..
Isk.. dslr..dslr..dslr!!

Huargh..


Saya adalah sangat mengantuk ketika ini. Saya perlukan tido yang cukup malam ini. Sila jangan ganggu saya. Kepada yg berkenaan, "Kalo budak 3 orang tu mintak susu, tolong buatkan yer..." heheh...

ZZZZZzzzzzzzzzZZZZZZZzzzzzzzzzZZZZZZZZZZzzzzz

25 June 2009

Meraikan bapa² di Selayang



Oleh kerana terdapat pic aku yg tidak sesuai ditonton oleh semua jenis jantina, maka entry ini adalah di 'password' kan.. nak tahu password?? Tanya la aku in private yer.. hehehe.

24 June 2009

:o(

Saya merasakan cerita ini wajar di kongsi dengan korang semua. Semalam emosi saya adalah tidak stabil. Saya takut ada yang menyalahkan saya di atas kejadian yang berlaku. Sbb tu la saya letakkan password. Now, dah takder.. selamat membaca.

................................................................

Semalam hati aku sangat² terguris, nak marah, nak menangis, nak meraung.. semua nya ada. Sampai hati betul dia buat macam tu. Baik berhenti kerja, kalau tak boleh nak handle budak2. Yess, ni berkaitan anak aku. To be exact, Danial.

Petang semalam, masa on the way ke pasar malam. Nadhirah bgtau, petang semalam Danial kena pukul dengan teacher Fatin. Dengan hanger. Kuat. Danial sampai menangis. Sebab, takmo mandi. Dah suruh banyak kali, tapi masih leka bermain. Husband selak baju Danial.. tgk kat belakang. Masya Allah!! Berbirat, ada kesan kena hanger tu. 2 lines. Aku drive masa tu.. menggigil. Cepat² park kereta kat tepi, sbb aku nak tgk betul².

Ya Allah, sampai hati ko buat anak aku macam ni. Kurang hajar punyer cikgu. Danial cuma taknak mandi, ko belasah sampai macam ni? Bukan salah serius pun, bukannya Danial pecahkan pinggan ke, pasu ke, bakar sekolah ker. Naik hangin betul aku ngan husband masa tu. Aku terus u-turn, pergi semula ke sekolah. Aku nak jumpa sangat si Fatin tu. Nak mintak penjelasan. Laju gila aku drive, badan dah menggigil² dah..

Sampai sekolah, jumpa principal dulu. Explain kat dia. Dia pun terkejut beruk. Kitorang mintak panggil cikgu Fatin keluar. Nak jumpa face to face.. Kuar je Fatin, aku and husband terus bercerita tentang tu. Tunjuk kat dia birat di badan Danial.

Dia nampaknya takde rasa bersalah. Keep on saying that Danial takmo mandi... Danial takmo mandi. Nak bgtau aku Danial degil la tu. WTF?? Lantak situla dia takmo mandi. Aku tak kisah, biar dia balik dengan bau busuk. Tapi jangan balik dengan kesan birat2 macam nih. Ini dah kes serius. Belasah anak orang.

Kitorang cakap kuat2 biar parents lain yg ada masa tu boleh dengar.. Lama2, dia baru say sorry. Kata menyesallah, tak sangka jd camni la. Aku soh dia kontrol sikit emosi dia tu. Jangan nak lepaskan kat budak. Bila dah keje as pengasuh, sabar kena tinggi. Sbb ko kena handle budak2 yang 1001 macam perangai dan ragam. Kalau tak boleh, BERHENTI aje. Senang.

Kitorang explain panjang lebar ngan principal. Principal sangat2 kesal dengan kejadian ni. Dia akan keep on watching si Fatin tu. Selama ni takder pernah jadi mcm ni. Tak pernah dapat komplen dari parents. Rupa2 nya si Fatin tu kerja sementara je kat situ. Sementara dia cuti semester. Minggu ni minggu terakhir dia keje. Bagus la. Berambos ko.. orang mcm ko takder tempat kat taska/tadika anak2 aku. Atau di mana2 pusat asuhan sekali pun.

Sebelum ni aku takder masalah ngan taska baru ni. Semua yang aku perhatikan, memuaskan hati. Pengasuh nampak caring. Pemakanan okey. Overall, better than tempat lama yg kitorang hantar. Tak sangka benda ni pulak yg berlaku. Hmm, ada nya si Fatin tu telah memburukkan imej taska itu di mata kami. Jangan pulak kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..

Pagi tadi, aku mintak tolong proncipal jauhkan si Fatin tu daripada Danial. Danial dah trauma, takmo jumpa Fatin. Aku pun yg ajar Danial, supaya kalo ada apa2 hal. Jumpe teacher lain. Aku takmo si Fatin tu ambik kesempatan pulak. Lepas geram kat Danial lagi, nak2 lepas kitorang sound dia. Harap2 dia insaf la.

Di saat ini aku teringat dengan kelembutan Cikgu Shima di Taska Kelip2 Comel Puncak Alam. Sifat keibuannya sungguh terserlah. Budak2 semua sukakan dia. Dia juga pandai ambil hati para pekerja. Kak Shima, mana saya nak jumpa orang macam akak?? Semoga akak meneruskan usaha dan niat murni akak dalam mendidik anak bangsa dengan penuh hemah dan beretika. Lesson learnt!

23 June 2009

Pelik tapi benar

Kawasan bertanda merah adalah subjek utama cerita saya hari ini.


Aku mulakan cerita dengan satu soalan "Berapa harga kuih muih paling mahal pernah korang beli sekarang ni?" Adakah 3 singgit, atau seketol 40sen? Aku, sehingga sebelum kejadian Sabtu lepas.. paling mahal aku pernah jumpa kuih yang dijual sebiji 60 sen. Itu pun kat dlm The Mall..

Namun, Sabtu lepas... kitorang telah dikejutkan.. oleh peniaga yang menjual kuih karipapnya pada harga RM1.00 sebiji. Ye ko! Satu singgit!!! Satu singgit!!!Satu singgit!!! (Bak kata Mail dlm Upin dan Ipin)

Ternganga aku dengo.. dia claim karipap dia tu sedap gila, besar, banyak ayam.. Hmm, ok. Kitorang pun cuba..

Takder la besar sgt. Lebih je sikit dari biasa.. Inti? Biasa jugak. Memang ada ayam dlm tu ketul besar². Tapi takder la aku teruja sgt pasal ayam tu.. Pastri? Biasa juga. Tak krispy sgt pun.. ntah ape yg special sgt aku pun tak tahu. Cuma dari segi saiz aje la kot. Peniaga lain mungkin jual saiz M tapi dia buat saiz L..

Paling sadis, bila anak² aku makan.. habis dikoreknya inti karipap tu dibuang. Hadoi... kalo macam tu dari rege singgit, dah jatuh jadi 20 sen aje la. Dah takde inti. Cuma tepung ngan majerin ajer.. rugi.. rugi.

Tobat aku takmo beli lagi. Aku rasa peniaga tu tak patut jual sampai seringgit. "Tak ber-baloi²" kata aku, bukan Amy Search. Dia jual tepi jalan ajer. Bukan dalam mall pun, yg kena sewa kedai beribu-ribu.

Tak paham... tak paham. (Gerutu mami-sue sambil garu kepala... )



*Lupa pulak aku nak snap gambar karipap dia tu. Teruja punya pasal. Bukan teruja pasal kesedapan karipap dia, tapi pasal rege yang mahai tu.. hish.

*Karipap pusing kat pasar malam BSP lasgi sedap.. seketul 40sen jer. Yummy! Mlm ni bleh g beli.. yeay!

The reason...

.... i took an emergency leave yesterday..





Poor Danish! The Doc gave him Piriton & Pred syrup. And oso the calamine lotion..



Lepas mkn ubat, rashes beransur hilang. Tapi, bila malam keluar semula. Terpaksa la mkn ubat lagi sekali.. Punca alahan masih tidak diketahui. Tak tahu sebab sabun ke, makanan ke, susu ker.. sebelum ni tak pernah kena. Cepat la sihat sayang!! Tak syok la kalo Danish sakit..!

19 June 2009

Thanks for the Award


Saya telah menerima 3 award sebenarnya.. tapi saya ambik cuma 1 ajer. Segan pulak tayang banyak² kat sini. Blog ni pun bukan bagus sgt... (Cuba merendah diri yang sedia rendah).

Kepada semua pengunjung, terima kasih atas kunjungan anda. Semoga blog saya ini memberi sedikit manfaat kepada anda. Paling tidak pun, melegakan stress anda.. :) Walau dalam masa yang sama ada yg kritik (wow, mcm AF la pulak) blog saya ni berat.. namun masih ada yg sabar menanti loading blog saya ini.. hehe. Nantila, saya akan cuba tukar layout baru yang lebih 'ringan' agar tidak menyukarkan anda untuk menatap blog saya yang tidak seberapa ini..

Award di atas juga ditujukan kepada semua rakan² blogging saya. I love your blog too.. mmuaah!!

*Thanks Rynn..

18 June 2009

Saper suruh notty.. kan dah kena!


Danial sekarang ni semakin bijak. Semakin pandai provoke orang. Terutama kakak dia, Nadhirah. Kalo Kakak kena marah ngan Mummy, dia akan kata "Ha..Ha.. Kakak kena marah dengan Mummy. Padan muka kakak!" .. sabar aje la. Si kakak kalo hilang sabar, akan menanges kerana tension diejek oleh Danial.

Kejadian di atas berlaku sekitar 2 minggu yg lalu (kalo tak silap la..). Danial suka sangat menyakat Danish. Apa yang Danish main sumer dia rampas. Rampasan kuasa betul malam tu. Sakit terlinga kitorang dok dengar Danish menangis.. Danish dah pandai mengadu pulak tu. "Abang buat.. uwaaa!" So, tidak syak lagi la kan.. Suspect sudah dikenalpasti.

Tak semena-mena Daddy dpt idea. Amik belt, ikat kat b*nt*t dia mcm atas tu. Takleh gerak, nak bangun pun takleh..hahaha. Mula² Danial tak nangis pun, tapi bila Mummy ketawakan dia.. plus ambik gambar.. Nanges akhirnya. Dok cakap "jangan la amik gambar... jangan la.. uwaaa" hehehe..

Jangan risau, tak lama pun kejadian tu. Sbb bila Danial bergerak2, belt tu pun longgar la. Padan muka Abg Danial.. :P

**Ini bukan hukuman atau penderaan yer. Saje nak sakat Danial. Kalau di marah pun, tak makan saman..

17 June 2009

I wish for this...

Sebelom mulakan kerja, mari kita berangan-angan sebentar.


Ini adalah Canon Powershot SX1 IS. 20x telephoto lense.. sungguh sesuai utk novice seperti saya.. hahaha



Ni plak Nikon D5000. Rege tak tahu brapa..



Mana nak dapat lampu aladin ehh? Antara 3 wish yg dibenarkan, DSLR adalah satu daripadanya.. lagi 2?? Tak boley cerita. Biaulah rahsia.. hehe. Poyo.

Isk.. takder ke yg berhajat nak bg hadiah kat saya?

16 June 2009

Gunung Ledang

Masa balik kampung hari tu, singgah kejap kat Gunung Ledang. Alang² dah lalu kan.. Saje nak kenalkan anak² dengan hutan rimba... Asyik dok kat hutan batu ajer. Kang pokok balak pun diorang tak kenal.. susah!
Bayaran masuk dikenakan.. kitorang kena caj RM5.50. Tension je, sbb kitorang takder niat nak mandi manda pun dlm tu. Igtkan ader la playground ke hapa.. non ada dek non! Hampagas betul.. Takperla, kita park kereta.. jalan kaki masuk dalam sket. Orang punyer la ramai. Yg aku peratikan, jarak jauh antara tempat mandi dan parking. Jadi jenuhla ko kena ngangkut bekalan piknik korang tu... tak termasuk pelampung anak2 ko yg kena pikul nanti.. hahaha. Sila berpikir seploh kali yer...

Kitorang turun ke tempat mandi yang pertama (sungai jer.. kalo nak air terjun kna panjat tinggi lagi la..). Anak tangga dia, tinggi² ko.. terkial² Nadhirah dan Danial nak melangkah. Danial bila sampai je kat tempat yg ala-ala scary ni, terus dia jadi budak baik. Nak pegang tangan ajer.. melekat ngan aku. Cuba la kalo kat soping kompleks pun mcm ni.. kan bagus! Takder la kena sumbat dalam troley je korang ber-tiga.

Saksikan muka kecut Danial.. tak teruja langsung dia nak ketepi sungai tu.


Nadhirak ok, tapi baju dia tak sesuai masuk temp macam ni.. ada potensi menjadi santapan nyamuk. Yela, tak plan kan. lenkali pakei swimming suit dari umah.. sonang.

Danish adalah pantang jumpa air.. tak tahu takut langsung. Tak kira air kolam ke, sungai ke, laut ke.. semua dia nak terjun. Air lopak kat parking masjid pun boleh jadi.. dia melompat2 dalam tu.. hadoi.. tensen mami tau tak!! Jadi terpaksa la Daddy mencelup kaki beliau dalam tu. Dengan harapan pastu ok la. Dah rasa air tu sejuk.. mesti dia takot.

Sori la.. kalo dah namanya Danish. Takder nye takot. Sejuk ke, apa ke.. dia nak masuk dlm air pulak. Hmm, bukak suor baju la. Togel dlm air.. Nasib la Daddy. Sape suruh offer..


Kita dok tepi2 aje ye Danish.. sini cetek. Senang Daddy nak handle. heheh.. Tak sampai 5 minit pun dia dok tepi tu. Dia nak masuk tempat yang lebih dalam. Tak thrill katanya.. hahah. Merasa la Daddy pegang Danish kat situ..

See..see.. Saya adalah sangat berani umpama Ben-10.


Best la.. mandi. Jomla mummy!!


Amboi.. seronok sakan yer..

Hasilnya, Danish mengamuk sakan bila kitorang keluarkan dia dari air. Daripada sungai sampai la ke parking kereta.. "Nak Mandi...huhuhu.. nak mandi!!! " Semua orang tengok. Dahla cuma pakai pampers... hehehe. Nasib la. Kan dah kata.. jangan... jangan.. tapi orang tu nak jugak test anak dia masuk dlm tu. Merasa la memasing berpeluh menapak ke kereta sambil memujuk anak yang sedang meraung..


Nak gak cerita... adalah dengan ini saya ingin membuat pengumuman bahawa saya telah sampai ke puncak gunung ledang pada tahun 2002 yang lalu.. hisn.. hins. Bangga siot. Ko ada?? hehehe

15 June 2009

Tutorial Mail Merge

Dulu, bila nak cetak sijil je..Perlukan 2 orang. Si A akan standby berdiri sebelah printer. Si B pulak kat PC, utk type nama dan no IC peserta. Mula² Si A akan masukkan selai sijil, pastu Si B tekan print. Proses yg sama sehingga habis kesemua sijil di print.. one by one. Penat oh berdiri. (Si A=aku...hahaha. Bosan siot)

Kini tidak lagi. Sbb aku dah tau cara camana nak kasi senang print sijil.. nama dan no ic jer bertukar. Tapi tajuk kursus tetap menten.. hins..hinss. Korang nak tau ke? (Hanya org INFRA yang memahami.. biasala, tiap kali kursus kena print sijil..kan? kan? kan? hehe.. jom kita belajar sesama...

1. Mula² sediakan data peserta dalam MS Excel dan save kan. Contoh cam kat bawah ni:


2. Lepas tu buka Ms Word > New Document. Klik pada Mailing> Select Recipients > Use Existing List



3. Window macam kat bawah akan keluar. Sila cari balik fail Excel yg korang mula² create tadi. Dah dapat, klik Open.



4. Windows mcm kat bawah ni akan kuar. Klik je OK. (Sheet tu adalah menunjukkan sheet mana yg ada data.. dlm excel. Mcm aku, sheet1. Tu pasal tekan OK je terus.)



5. Pastu, klik kat Insert Merge Field. Akan keluar macam kat bawah. Senarai field yg ada. (daripada ms Excel). Aku klik pada Nama, dan No IC.



6. Dlm document word korang akan keluar nama field shj. Contoh <> <> Pastu korang adjustla alignment document korang supaya match dgn sijil nanti. Kat bawah tu pulak, typekan nama kursus yang berkenaan. Atau apa² maklumat lain..



7. Bila dah siap setting, boleh lah preview. Klik pada Priview Result. Pastu klik butang next/previous.. utk tgk semua nama.



8. Bila dah puas hati, boleh la print. Klik pada Finish & Merge >Print Document.



9. Boleh try print satu dulu, kalo takut nak print byk terus.. Guna Current Record atau From what to What.

Selamat mencuba.


*Entry ini juga merupakan nota saya. Takut terlupa.. maklumla. Bukan hari² kita print sijil..


Tahlil @ Jementah

Mlm minggu lalu ada tahlil kat Jementah, Segamat. Alhamdulillah, aku berpeluang untuk pergi. Jumpa sedara mara.. tapi tak semua datang. Tapi, yang ada tu pun dah cukup menggamatkan suasana.

Lebih² lagi, ninja² aku tu la. Dah jumpa geng, apalagi.. berkuntau aje la diorang. Paling aku takleh lupa, anak Busu yang kecik tu, Farhan. Muka sejibik mcm Azim. Masuk² je rumah, kitorang terkejut.. camana boleh ada Azim kat sini? Jelmaan kah? Hantu kah? Wahh.. over disitu..hahaha.

Yang t-shirt putih tu la Farhan. Anak dara yg comel tu, Ecah. Dah besar dah dia.. punye la lama aku tak jumpa. Rasanya last aku jumpa dia masa dia baru lahir.. hihi. Ecah ni suka benau bergambar.. nampak je aku pegang Camera, dan² tu posing.. Pastu suke aku suap dia mkn. Siap tolak pulak anak aku, tak bagi mkn.. bio suap dia jer.. hamboii.. selamba ko eeh Ecah oii...


Macam² lauk pauk ada.. Nasi putih, gulai daging, asam pedas ikan, talapia sweet sour, sayur goreng + tempe, ayam goreng.. buah mangga dan juga tembikai. Buah durian pun ada, tapi aku dapat cium bau ajer la... Buah durian mana bleh sorok.. dari luar pun dah boleh bau. Kantoi disitu.. huhuhu.

Dalam asyik mengambil gambar, lupa pulak nak ambil gambar Mem Besar kat dalam bilik.. Atok, oh Atok. Hehe.. sori la Atok. Lupa nak amik gambar Atok..

Overall, majlis berjalan lancar. Mlm tu jugak aku balik ke rumah. Sbb Ahad kena g opis.. Jenguk² member yg nak kuar outstation. Bg sokongan moral kat diorang.. bagus kan aku?? :P

09 June 2009

Pengubat Lara

Saya pada ketika dan saat ini adalah sangat stress dan tension dengan tugasan pejabat. Pi mai pi mai tang tu.. haiyo. Sungguh tak profesional lah! Maka dengan ini saya ingin mengubati hati saya nan lara dengan merenung aksi anak dara dan anak bujang saya ini. Seorang lagi asyik berlari, saya tak dapat nak kejar... saya adalah memakai baju kurung ketika itu.. layan..



Bila botak, nampak dah besar sangat.. ish. cepatnya masa berlalu.




Suka sangat buat muka comel mcm tu.. Si kakak menten cun.. senang dibentuk. :)




Hmm, kecik² boleh la pose macam ni. Dah besar sok, jangan sesekali yer! Mami babab nanti..


Formula Matematik Nadhirah


Additional


Soalan:
9+5 =?

Cara Nadhirah:
9 inside my head, 5 fingers. (Sambil menunjukkan 5 jari). After number 9 is 10, 11, 12, 13, 14. (Menutup satu persatu jarinya ketika mengira) The answer is 14!!!


Substract

Soalan:
10-6=?

Cara Nadhirah:
10 inside my head, 6 fingers. Before number 10 is 9, 8, 7, 6, 5, 4. The answer is 4!!!



See dia punya jari jemari.. sedang rancak mengira.


Dpt jawapan, tulis kat buku... kalo betul semua Mommy bagi 10 stars.. hehe



Pandaiii anak Mommy!!!

Bulan Mengambang

Tarikh: 8 Jun 2009
Masa: 22:05:31


Aku suka snap gambar bulan. Teruja tgk hasilnya selepas sedikit editing di PS. Kita yang tengok dari bawah ni pun, rasa kagum dengan kekuasaan Allah pencipta alam. Agaknya apa perasaan Dr. SMS tu melihat angkasa lepas hari tu?? Hmm.. bestnya.


08 June 2009

Khas buat Tepung Dedak

Credit tu azlanezahar.blogspot.com


First of all, mintak maaf banyak² sebab gagal menghadirkan diri ke majlis perkahwinan TD di Ipoh. Clash dengan My Best Friend Wedding di Putrajaya. Walaubagaimanapun saya bangga kerana berjaya menjadi orang ke-1 yang memberinya hadiah di opis ni.. hins..hins.. ke dah ada orang lain yg bagi, tapi TD sorok bawah meja?? Tak pasti la pulak.. hehe

Semoga perkahwinan ini mendapat keredhaan Allah SWT dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga dikurniakan anak² yang comel.. Amin!


TD=tepung Dedak

My Best Friend Wedding

Member ni aku kenal masa kerja kat PTG dulu. Masa 1st time jumpa dia, aku tgk dia sombong semacam. Tapi atas desakan kerja, aku terpaksa menuntut ilmu dari dia. Sebab dia ni pakar SPTB. Hmm, camana ehh.. Buat selamber ajer la. Kita nak belajar, takkan dia nak marah pulak kan..

Masa berlalu, hari ke hari... akhirnya kitorang kamcing. Dia tak kedekut ilmu, ringan tulang.... dan paling best, kitorang sekepala. Tak lama pastu masuk plak sorang lagi member, Mama-Ieja. Ke sana sini kitorang bertiga.. masuk lambat, muka kitorang la. Yg kuar awal pun, muka kitorang gak.. Seluruh shopping mall kat S.A tu kitorang terjah. Huhuh.. best nya masa tu. Enjoy, enjoy jugak. Tapi kerja ekselen tau..

Ops, terlebih sudah.. dah lari tajuk nampak nya. Ok, kembali ke pangkal jalan.. Sabtu lepas dia nye wedding. Sama cantik, sama padan.. Majlis yang meriah. Siap ada live band caklempong lagi.. huhu... best! best! Berbagai aneka hidangan, antaranya Nasi minyak hujan panas, Udang Masala, Ayam Merah, dan Daging Masak Apa Ntah. Juga ada Salad buah2an. Mmg kenyang gila la hari tu. Brrp..! Aku mmg tak masak, sbb nak makan free kat sini la.... jimat gas memasak aku hari tu. hahaha..

To Kak Reen, semoga berbahagia selalu. Semoga cepat menimang baby. Tak sabar nak tgk rupa akak masa pregnant. Mesti kiut dan vouge..hehe. Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat.


Keadaan di Dewan Sri Melati, Perbadanan Putrajaya.


Terpancar keceriaan kedua mempelai..


Pelamin



Pose special utk reader mami-sue.. thanks kak!! I lap u..


Terdapat tayangan slide kisah percintaan kedua² mempelai..


Meja makan beradab.. ada fountain kecik disitu.. comei jer.


Ni rupa ninja2 aku.. tak bley dok diam..
Ninja baju biru tu siap termuntah atas karpet.. hahah. Jangan marah aaa PJH..


Door Gift.. Sungguh kiut. Boleh buat bekas brooch atau syiling..

Ni pulak gelas kecil.. printed muka pengantin ada disitu.. Kedua2 bekas itu berisi gula² Cadburry.