Pages

Showing posts with label INFRA. Show all posts
Showing posts with label INFRA. Show all posts

07 July 2011

Tahniah Kavitha


image

Dari kiri: Kavitha, me, Azlan bukan the typewriter, dan Izzah di hadapan.
Ini gambar semasa jamuan raya INFRA, tahun 2008.

Bila tiba bab makan, semua muka ceria. Hilang segala duka nestapa. Langsung lupa pasal kursus, pasal bajet, pasal peserta dan lain². Tengok aje la muka mamat yang pegang penutup tupperware kaler merah tu? Macam dah seminggu tak makan, nampaknya…

Aku dan Kavi sangat rapat masa tu. Maklumle, cuma kitorang berdua je pompuan dalam Unit Komunis tu… hehe. Kavi melangsungkan perkahwinannya pada tahun lalu.

image
Kenapa aku nampak, yang bersari hijau berdua tu lebih menonjol berbanding pengantin? Smile with tongue out

Isnin lepas (4 Julai 2011) Kavi dah selamat melahirkan seorang baby girl yang sangat comel. Sama comel macam mama dia jugak. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah…. kan.

image
Suka tengok baby tido.. tenang je.

image
Dah celik…. ni mesti celik IT jugak nih. hehe.. mama dia kan programmer. Dah besar nanti, jgn jadi hackers sudah!

TAHNIAH Kavi. Now dah jadi mama. Bertambah tanggungjawab. Dulu jaga suami je, now dah kena jaga suami dan anak pulak.

Selamat berpantang. Tips pantang, jangan tanya i. I dulu semua hentam. 3 hari bersalin aku dah makan pizza… island supreme lagi. Seminggu bersalin pulak, dah bawak kereta…. hehehe. Jangan ikut, bahaya.

Jaga diri bebaik. Semoga cepat sihat.

13 July 2009

Durian Runtuh @ INFRA

AMARAN: Entry ini mungkin akan menimbulkan rasa kurang senang kepada sesetengah pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas apa jua masalah yang pembaca alami setelah membaca entry ini. Sila kawal emosi dan perasaan anda ketika menatap gambar yang dipaparkan.



Tu dia... selori orang tu bawa.. Mekasih la ye encik. Macam tau-tau je mlm semalam saya mimpi makan durian..


Pergh.. dreams come true! I lap u lah pakcik.. heheh. tetiba pulak..


saksikanlah donia.. kuning tu...


acara membelasah durian beramai-ramai oleh kakitangan infra. hampir kesemua lupa diri bila mengadap raja segala buah itu.. hahaha.. ampun ye!


Boss sampai lewat ke tempat kejadian. Tu sumer sebab staffnya dah lupa diri bila nampak durian.. bilik bos belakang dia pun lupa nak ketuk... sapa tu?? heheh.. sendiri mau ingat..


Amboi, mentang² durian tengah banyak, korang memilih pulak yer. Buah yang cenggini sumer dipandang sepi.. kejam..kejam!

tapi bila dapat yang sleeping cat macam ni, sumer SERBU..
heheh.. aku pun sama la tu

Orang tua² kata, lepas mkn durian mesti buat mcm ni. Utk sejukkan badan.
Aku pulak kata, kalo nak sejukkan badan.. naik atas g minum air sejuk. Tak pun cari le air Badak.. komfem sejuk badan tu!! heheh


Habis madu sepah dibuang.. cis..cis!
Aku nak tolong bersihkan tadi, plastik sampah pulak takder.. maka aku pun meninggalkan tempat kejadian dengan harapan orang yang membersihkannya nanti tidak le maki hamun kami.. heheh

Lagi cerita pasal makan..

Sedey woo.. hari ni diorang buat majlis sempena penghijrahan aku ke tempat baru. Siap ada pulut kuning lagi, macam mengalu-alukan pulak yer?? hahah... gurau jer.

Apapun, terima kasih banyak² atas majlis yang sederhana tapi meriah ni. Susah² aje! Eceh.. merendah diri pulak. Tapi sebenarnya dalam hati girang tak terkira, sebab dapat hadiah.. huhuhu. Best pulak pindah randah ni. Bole kumpul hadiah.. :P The best moment bila dapat sejambak bunga dari Miss N.. uwaaa.. touching betull!


Puan Kavitha dengan pesen rambut terkini beliau.. Malu le pulak.


Yeay.. dpt hadiah dari Bos aka Tepung Dedak. tocei.. tocei



dan lagi.. dari Bhgn Latihan pulak.. thanks!
Something from sembonia brand..


Lagi... dari batman. Tenkiu!

dan lagi... from sweet miss N.. a bouquet of roses.

Boring ke ayik tgk aku pegang hadiah?? Jangan la camtu. Ni pun aku dah siap 'sephia'kan gambar2 tu. Supaya korang tak berapa perasan muka aku yg agak riak tu.. hahaha.

Batman di sebelah kiri aku tu tgh pegang durian sebenarnya.. tu yg aku cuak. Abesla bunga ros aku nanti bau durian pulak.. jauh sket la weii... huhu


Makan time..! Khusyuk nampaknya kak Ina kita.


i'm gonna miss u sis.. jgn lupa date kita nanti yer.


teka, apekah yang sedang dilakukan oleh beliau...
hadiah makan mlm di rumah sendiri menanti ada

Sebenarnya itu cuma acara disebelah pagi. Di sebelah petang lebih havoc dan menarik... apa dia?? Tunggu...!!

Ini lah bunga nya.. cantek tak?? Ni kali ke-3 saya dapat bunga tahun ni..
seronoknya...

10 July 2009

Mai Pekena Bariani...


Semalam kitorang beramai-ramai pekena bariani kat JM Bariani.. Amacam?? Ok ke korang rasa? Kalau tak puas hati, sori la yer.. Next time kalau ada rezeki kita pergi tempat lain pulak.
Tapi ada kejadian yang pelik berlaku semalam.. jeng, jeng, jeng! Nak tahu apa...?? Layan gambar bawah ni dulu...


Perhatikan dalam pinggan Hj. Azri, masih ada lebihan nasi yang tak dihabiskan.. huhuhu. Ini merupakan pengalaman pertama aku melihat keadaan begini. Sebenarnyabukan apa, dah ramai sangat yg tak habis, sumer pass kat dia.. sampai tak larat pakcik tu nak makan.. hehe. Apapun, air limau depan Hj. tu mmg marbeles.. sedap. Korang mesti cuba..

02 July 2009

Duren..duren


Baru je sebentar tadi saya mengendurikan durian yang dibawa oleh 'N' (identiti dirahsiakan). Pergh.. sedap. Makan tepi longkang pun okey, janji durian fresh dari kebun.. marbeles!!!

Kepada N, terima kasih daun keladi. Lain kali bawa le lagi. hehehe

08 June 2009

Khas buat Tepung Dedak

Credit tu azlanezahar.blogspot.com


First of all, mintak maaf banyak² sebab gagal menghadirkan diri ke majlis perkahwinan TD di Ipoh. Clash dengan My Best Friend Wedding di Putrajaya. Walaubagaimanapun saya bangga kerana berjaya menjadi orang ke-1 yang memberinya hadiah di opis ni.. hins..hins.. ke dah ada orang lain yg bagi, tapi TD sorok bawah meja?? Tak pasti la pulak.. hehe

Semoga perkahwinan ini mendapat keredhaan Allah SWT dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga dikurniakan anak² yang comel.. Amin!


TD=tepung Dedak

22 May 2009

Makan² @ INFRA

Hari ni besday man and besday woman INFRA bermurah hati membuat makan². Ada kek, bihun goreng, pizza, jajan dan yang sewaktu dengannya.

Inilah dia orang yang meraikan kawan² sempena hari kelahiran mereka pada bulan Mei.
Termasuk Farah (tiada di dalam gambar)

Sebaik sahaja kotak di buka, SERBU!!!!!!!


Lan: Kak Nang, kita bahagi 2 orang. Cepat² masuk tupperware..
Kak Nang: Eih, jangan la Lan. Akak malu ko buat camtu..
Lan: Peduli hape kak, saya lapo nih...
hehehe

"Siapakah orang pertama yang mencipta pizza? Adakah beliau adalah orang yang sama yang mencipta lempeng kelapa di kampung saya??? " pikir Aisyah ketika mengunyah pizza.


Normi: Agak² boleh jadi model pizza hut tak?
Aku: Boleh...boleh... boleh blah!


Beginilah cara makan pizza yang sebenarnye adik².. takyah le guna garpu ngan pisau.. eksen je sumer tu.


Pengadil pertandingan Sapa Makan Paling Banyak. Hj Azri dan En. Zai.


Ustaz Naim sedang membacakan doa. Tengok orang baju kuning tu, doa.. doa jugak. Tapi dia dah standby rembat kopok Cheezels. Nampak tak depan dia tu?? hehehe.. ampun!



Overall, makanan yang sedap. Terima kasih kepada pihak penganjur yang bersusah payah menyediakan majlis ini. Saya wakil dari para tetamu dengan ini merasmikan penutup majlis sambutan harijadi ini dengan lafaz Alhamdulillah... Brrpp! Ops, terlebih sudah..


24 April 2009

Perhimpunan Bulanan Bil 3/2009

Pagi tadi kitorang di arahkan utk menghadiri Majlis Mendengar Amanat Menteri KKLW yang baru kat Putrajaya. Tak sempat nak sarapan kat umah. Sib baik ada wafer coklat anak2 aku punyer kat umah.. so aku rembat la buat makan sambil drive. Kenyang jugak, alhamdulillah.

Serba sedikit gambar yang sempat aku capture. Nak posing lebih2 segan.. sbb kebanyakan kameraman pegang dslr lens yg panjang2 mcm hidung tenuk.. Digicam aku ni apelah sangat, buat kena gelak je nanti..


Ramai jugak yang datang..



2 orang aweks warga INFRA. Syifa dan Efa.. Sowang dah tak availabe dah. Sowang lagi, hmm.. ntah. Tanya tuan punya badan..


Kak Faridah dah resah, toleh kiri, kanan.. "Bilalah nak habes nih??" gusarnya di dalam hati.


Inilah menteri baru kami. Dato' Seri Hj.Mohd Shafie bin Afdal. Dulu kitorang sama2 bertugas kat KPDN. Nampaknya jodoh kitorang kuat... masih di kementerian yang sama. hehehe


Dalam bas masa perjalanan balik.. senyum pasal dah kenyang. Aku ngan Kak Jay antara orang terawal yang tiba di dewan makan. Sbb ikut laluan RAHSIA.. muahahah. Menteri tak sampai lagi, kitorang dah NGAP dulu..

22 April 2009

Adoi, letihnyer............!

Hari ni aku kena setelkan surat utk diposkan kepada 38 orang.. (surat utk peserta kursus). Dah macam kerani pejabat pos pulak hari nih. Bergelumang dengan borang pos laju dan aktiviti tampal menampal. Sib baik ada member tolong.. thanx to Kak Jay. Tulisan dah lah macam cakar ayam. Moga2 abg posmen dapat baca tulisan aku yg cantik tu.



Hambek ko, setimbun surat2nya...



Part ni paling leceh, kena tulis satu/satu..
Blur pasal guna kamera hp..


Dah siap tulis, staplerkan pulak kat sampul surat tadi..
hish... ini sudah downgrade nih!!


Final stage, boleh la hantar ke pihak pengurusan utk di pos.. Lepas seminggu, kena pulak talipon sorang2 peserta (38 org semuanya...arghh!) utk bertanya dah dpt surat ke blom? Boleh hadir ke tak? Stress guwe.....................!!


*Lenguh lengan dan jari jemari.. Malam ni bolehla mintak tolong Abg Mamat urutkan..hehehe.