Pages

07 July 2011

Tahniah Kavitha


image

Dari kiri: Kavitha, me, Azlan bukan the typewriter, dan Izzah di hadapan.
Ini gambar semasa jamuan raya INFRA, tahun 2008.

Bila tiba bab makan, semua muka ceria. Hilang segala duka nestapa. Langsung lupa pasal kursus, pasal bajet, pasal peserta dan lain². Tengok aje la muka mamat yang pegang penutup tupperware kaler merah tu? Macam dah seminggu tak makan, nampaknya…

Aku dan Kavi sangat rapat masa tu. Maklumle, cuma kitorang berdua je pompuan dalam Unit Komunis tu… hehe. Kavi melangsungkan perkahwinannya pada tahun lalu.

image
Kenapa aku nampak, yang bersari hijau berdua tu lebih menonjol berbanding pengantin? Smile with tongue out

Isnin lepas (4 Julai 2011) Kavi dah selamat melahirkan seorang baby girl yang sangat comel. Sama comel macam mama dia jugak. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah…. kan.

image
Suka tengok baby tido.. tenang je.

image
Dah celik…. ni mesti celik IT jugak nih. hehe.. mama dia kan programmer. Dah besar nanti, jgn jadi hackers sudah!

TAHNIAH Kavi. Now dah jadi mama. Bertambah tanggungjawab. Dulu jaga suami je, now dah kena jaga suami dan anak pulak.

Selamat berpantang. Tips pantang, jangan tanya i. I dulu semua hentam. 3 hari bersalin aku dah makan pizza… island supreme lagi. Seminggu bersalin pulak, dah bawak kereta…. hehehe. Jangan ikut, bahaya.

Jaga diri bebaik. Semoga cepat sihat.

No comments: