Pages

06 July 2011

Bibik Oh Bibik

Macam² kes pasal bibik yang aku dengar. Baru² ni, bibik adik ipar buat hal. Kecundang jua selepas 4 tahun dia berkhidmat. Ada isu berbangkit membuatkan bibik itu sendiri yang mintak diberhentikan.

Semalam, waktu menemani anak² di taman, aku borak dengan bibik yang sedang menemani anak majikannya. Ni kali kedua kitorang jumpa.

Borak punya borak, macam² perihal majikannya yang diceritakannya. Katanya 25hb ni dia nak balik ke Indonesia untuk puasa dan beraya di sana. Tapi, taknak balik ke sini semula. Serik untuk terus berkhidmat disini.

Kenapa? Mengikut ceritanya:

1. Hari² dia cuma makan mee segera. Tiada lauk untuk dimasak. Malahan anak majikannya juga hari² makan telur....

2. Dah le takde lauk nak masak, jika majikannya tapau pun, hanya untuk mereka anak beranak. Si bibik cuma dapat tengok dan ambil bau sahaja.

3. Tiada komunikasi yang baik antara majikan dan bibik. Cuma arahan demi arahan yang di dengar. Bertanya khabar jauh sekali.

4. Selama ini dia bertahan hanya kerana pujukan ibu majikannya. Katanya, ibu majikannya bagi RM200 untuk dia beli makan di luar waktu hujung minggu.

5. Bibik ini adalah bibik yang ke-11 berkhidmat dengan majikan ini. Yang sebelum ini semuanya lari akibat taktahan dengan sikap majikan itu.

Dan lain² cerita yang memang tak enak nak dengar. Aku pun layan ajela... dalam hati, sangsi jugak. Tak bole percaya 100% nih. Yela, dengar dari sebelah pihak aje kan..

Tapi andaikata semua tu benar.. hmm.. mmg pelik jugak la. Dok serumah tapi tak becakap. Wallahua'lam.

Atas sebab yang macam ni la kitorang tak berani nak ambik bibik. Biarlah aku yang mnjadi bibik di rumah sendiiri...hehe.

Untuk mereka yang mempunyai bibik, hargailah mereka. Mereka juga manusia biasa, bukan robot. Utk bibik, kerja baik².. jangan culas. Malas2 nanti, kena potong gaji. Paling teruk kena hantar pulang. Gunakan peluang yang ada dengan baik...

Eh, pesan yo-yo aje, mcm la ada bibik yg baca blog ni ye? Hehe...

Wattammat!
Published with Blogger-droid v1.7.2

2 comments:

Hasbuna said...

Boleh buat buku cerita2 majikan-bibik...ada kala bibik ok majikan tak, ada kala majikan ok, bibik lak buat perangai. Cepat Sue....collect certa2 sensasi bole jadi best seller

Sue said...

Bibik tu dah lari betul la... kalo tak dapat juga cerita terkini dari dia. hehehe. now geng ngan bibik belakang rumah pulak (dr. faizal). kalo hujan, dia akan jerit suruh i angkat kain di ampaian... nice kan? :)