Pages

Showing posts with label nadhirah. Show all posts
Showing posts with label nadhirah. Show all posts

07 January 2011

Aktiviti Cuti Sekolah

Inilah aktiviti budak ber-3 ni pada cuti sekolah yang lalu. Alhamdulillah, nak juga Nadhirah & Danial buat latihan / ulangkaji.

Danial, selain diberi penekanan membaca buku “Bacalah Anakku”.. aku suruh jugak dia buat latihan mengira. Guna teknik “Inside My Head…” Kadang2 ok.. kadang2 ke laut perginya…

IMG_3891 
“Senang je ni Mummy, sekejap je dah siap!”


IMG_3894
Nadhirah tekun mengira. Menyiapkan saki baki latihan yang belum dibuat.

Sedang Abang dan Kakak sibuk dengan buku masing2, si Adik beraksi sendiri:

 

IMG_3896 
Adeh…
Aktiviti kegemaran Danish. Kusyen tu kejap jadi gelongsor, kejap jadi papan anjal, pastu jadi khemah pulak..

04 January 2011

Belajar Rajin-rajin Ye…


IMG_4130
Tahun baru, tadika baru.
Dari Krista, tukar angin ke sini pulak.
Harap-harap Danial seronok sekolah kat sini.


 IMG_4129
Pandangan hadapan sekolah


IMG_4122 
Sesi memanaskan badan. 


IMG_4124
Oh, my hero.

IMG_4135 
Aktiviti bersambung di dalam pula. Nampak tak Danial?
Tuu… dia kat depan sekali.


IMG_4138 
Danial kelas PEACH. Kelas mengikut nama buah-buahan. Mango, Strawbery, Grape, dll. Durian tak tersenarai.


IMG_4142 
Ada masa Danial kelihatan begini. Mata melilau memerhatikan keadaan sekeliling. Tengah scan le tu. Daddy kata tu ciri-ciri orang genuis. hehe


IMG_4144
Lagi bukti. Ntah ape dia tengok.


Dan, beberapa kejadian biasa yang berlaku di sekolah / taska / tadika saban tahun: AKSI TAKNAK KE SEKOLAH.

Macam-macam ragam. Sehinggakan ada yang terpaksa didukung ke tingkat atas. Hehe..

IMG_4132
IMG_4133 

IMG_4131
IMG_4134 
Sabar aje Ibu &Ayah melayan karenah anak-anak
:)


IMG_4147
Kakak. Tahun ni darjah 2. Hari pertama ke sekolah, dia diserang selsema. Mungkin alah dengan habuk kat sekolah. Hari ni pulak kena hujan. Harap2 badan kakak kuat. Jangan demam ye!! 

29 June 2010

Quick update

Malam semalam pergi ke Hosp. Azzahrah, untuk buat ujian darah Nadhirah. Punyelah ramai pesakit… penuh semua kerusi.

Daftar-ambil nombor. Tu dia… giliran ke-30. Jenuh la nak menunggu, dengan Danial & Danish yang tak reti duduk diam. So keluar dulu g beli susu budak bertiga ni. Setiap satu pack susu dapat percuma bekas makanan bergambar kartun. Best..best.

Lebih kurang 1/2 jam lepas tu, pergi hospital semula. Bertambah ramai pesakit. Parking depan hosppital pun penuh.. Ish, musim penyakit agaknya ya. Melihat hospital yang penuh dengan pesakit menunggu giliran untuk berjumpa doktor adalah menakutkan….

Nadhirah belum kena cucuk lagi,  dia dah menangis dulu. “Nanti sakit… kakak takut.” Hehehe. Relaxla kakak, sikit je. Macam kena gigit semut je. (klasik betul, saper la yang mencipta perumpamaan sebegitu).

Hasil ujian, alhamdulillah. Kiraan platlet normal. Cuma terdapat 62% bakteria dalam darah. Sebab tu Nadhirah asyik demam aje. Doktor bagi antibiotik yang lebih kuat.

Slps mkn antbiotik baru, demam dah berkurangan.. dedar je. Ulcer masih belum menunjukkan pengurangan, malah telah merebak ke sebelah hadapan pula. Mulai semalam mommy terpaksa bertegas untuk paksa Nadhirah berkumur dengan air garam… Nak rasa tak sedap air garam @ nak kena cucuk ambil darah lagi?? hehehe… berjaya disitu.

Terima kasih kepada korang semua yang mendoakan kesihatan kami sekeluarga. Semoga kita sentiasa dilindungi Allah dari sebarang penyakit merbahaya… Amin.

Image0114
Nabila, awak rindu kat saya ye?

28 June 2010

Pilunya…

 

image

 pic from here

Hari ni masuk hari ke-5 Nadhirah demam. Mula sejak hari Khamis minggu lepas.

Mula-mula dia kata sakit gusi (gigi geraham baru keluar), tak lama tu sakit tekak pulak (toncil). Pergi klinik biasa, doc prescribe antibiotik amoxy.

Tak puas hati, bawak pulak jumpa doktor gigi. Konfem, gusi bengkak sbb geraham kekal nak keluar. Keadaan bertambah buruk bila ada ulcer pulak kat pipi and lidah. Doktor kata bila badan panas, mmg senang dapat ulcer. Doktor cuma bagi ubat sape je utk ulcer.

Pagi tadi bawak jumpe doktor gigi yang lain. Bukan sebab tak percaya pada doktor pertama, just nak make sure tidak ada jangkitan pada gusi yang bengkak tu. Kerana dah hari ke-5 Nadhirah masih demam, antibiotik pun dah habis sebotol.

Doktor gigi ke-2 nasihat untuk buat ujian darah. Dikhuatiri denggi, sebab wabak denggi masih berleluasa di BSP. Huiii.. nauzubillah.

Tapi doktor kata gusi yang bengkak tu ok, takde jangkitan. Cuma tunggu aje la geraham tu keluar sepenuhnya. And kena minum air kosong banyak2.

Makan pun tak tentu 3-4 hari ni. Bubur pun dia tak lalu makan. Minum susu sikit-sikit je. Terpaksa pujuk macam2 bile nak suruh makan. Itu tak termasuk part nak makan ubat. Boleh histeria sekejap mak dia… .

Habis part Nadhirah.

Danish pulak sejak 2 hari lepas kena lelah. Danish ni kalah dengan cuaca sejuk. Hari tu hujan 2-3 hari, terus dapat serangan. Tiba2 batuk berkahak, and lelah pun datang. Nasib baik le neb machine memang ada kat rumah. And ubat dia pun senang nak dapat. Cume kena neb secara konsisten (setiap 4 jam).

Daddy pun tak sihat jugak. Dah 2 hari jalan terhencot-hencot macam House MD. (Wah.. contoh taknak kalah. hehe.. ). Terseliuh agaknya kaki tu.

Dugaan..dugaan. Mujur le mommy dah duduk rumah sekarang. Tak payah pikir nak EL ke, Cuti ke, MC ke.

Susah hati tengok orang tersayang sakit. Kalaulah sakit tu boleh transfer kat mommy, mommy rela. Harap Daddy, Nadhirah dan Danish cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Pembaca pun doakan lah yer. Terima kasih.

24 June 2010

Alhamdulillah

Syukur.. berjaya juga akhirnya menumpaskan gigi susu itu. Goyang punye goyang, akhirnya dengan satu tarikan.. gugurlah ia ke muka bumi..

Maka bermulalah fasa keguguran gigi susu yang berikutnya selepas ini. Tahniah Nadhirah. Anak mommy dah besar!! Sayangg kakak.

 

nadhirah

IMG_1200

gg nadhirah

22 June 2010

Operasi Pembersihan Etnik Ku-2

Sabtu lepas bawak Nadhirah ke saloon di Pt. Sulong. Untuk operasi pembersihan etnik ku-2 tu le. Rupanya susah jugak nak hapuskan etnik ku-2 tu ye. Syampu-sikat-syampu-sikat. Lepas 2 minggu ada lagi. Seterusnya macam tu. Bosan betul.

Aku ada baca kat forum Ibu, salah satu cara nak hapuskan binatang ku-2 adalah dengan mem-blow dan meng-iron rambut.

Lain sangat muka Nadhirah selepas rambutnya di-iron. Perasan le buat rebonding kejap. Walhal lepas mandi, dapat le balik rambut asal seperti maggi yang direndam semalaman itu.

 

Image0211
Mula-mula kasi cuci aaa amoi..

 Image0214
Sekali 2 org meng-iron rambut beliau. Feeling princess sekejap.

 Image0215
Selepas siap di-iron. Belum trim rambut depan.

 Image0216
Tada.. Comel tak saya?

 
Image0229
Daddy kata pesen rambut saya macam org Egypt. Tapi mummy saya yang eksited terlebih. Dia pun join sekali.. :P

16 June 2010

Hasil Seni Nadhirah (lagi..)

Nama: Nadhirah
Umur :6 tahun 7 bulan @ Darjah 1

Laptop ni dah jadi hakmilik bersama. Selain digunakan untuk bermain online games, salah satu software kegemaran Nadhirah, Danial dan Danish adalah Microsoft Paint. Saya cuma ajarkan basic, serta kegunaan tools yang ada.

Untuk paparan yang lebih jelas, sila klik pada gambar.

 

amaran tong sampah

Dah belajar di sekolah mengenai kebersihan. Subjek Pendidikan Kesihatan.

 

danial batminton

Yang ni mummy tolong lakarkan. Nadhirah warnakan dan tambah beberapa aksesori lain (bunga, burung dll)
Danish kata budak botak tu macam monkey.. haha. Tangan mummy memang ‘keras"’.


kereta lumba

Ini 100% dari Nadhirah. Comel sungguh.

 

burung burung.

Juga 100% dari Nadhirah. Tapi kenapa mummy jadi burung? Paruh besar pulak tu? Sebab mummy selalu membebel kat rumah ye?? Oh.. sadis.


Enjoy.

03 June 2010

Pendedahan Eksklusif

IMG_0812

Bahasa Arab

 

IMG_0813

Akhlak

 

IMG_0814

Jawi / Khat

 

IMG_0815

Fekah

 

IMG_0816

Tauhid

 

 

Saya sangat gumbira… lalalala.

 

Dia memang tak study langsung sebelum exam. Even jadual periksa pun tak dapat sebab dia ponteng masa sambutan hari guru.

 

Hari Isnin (24 May) saya ke pejabat sekolah konon nak mintak jadual periksa. Last2 kena sound dengan sorang ibu pelajar yang turut berada disitu. “Esok dah hari terakhir periksa! Takkan tak dapat lagi jadual periksa??”… Haiiyo.. rupanya exam dah bermula sejak hari Khamis lagi (20 May).

 

Hehehe… cepat2 blah sambil menaham ketebalan muka yang semakin bertambah.

 

Apapun, Nadhirah mmg rock!! Caya sama lu… Mak ko dulu2 pun tak camni. 

02 April 2010

Kisah benar

IMG_0195

Gambar dari buku latihan Bahasa Melayu Nadhirah.

Anis Nabila adalah jiran depan rumah. Darjah satu juga, tapi berlainan kelas.

Dalam diam rupanya diorang dah berpakat nak main sama2 esok. Siap pesan “Mummy, nanti beli plastesin ye? Kakak nak main dengan Nabila. Hari Sabtu nanti dia nak datang rumah kita..”.

Kanak-kanak sememangnya jujur

25 March 2010

Keputusan Ujian Bulan Mac SRABSP Nadhirah

IMG_9899

Feqah

IMG_9900
Jawi
IMG_9901
Akhlak

IMG_9902 Bahasa Arab

IMG_9903

Tauhid

Paling corot.. sebab Nadhirah tak jawab pada salah satu mukasurat.

hehehe.. tak apa, lain kali cuba lagi dan buat lebih baik.

Keseluruhan. keputusan memberangsangkan. Mak dia dulu pun tak macam ni. Cukup makan jer.. :p. Hmm, tak sia2 keputusan nekad mummy. Thanks to Allah.

25 November 2009

Good Bye Krista Kindergarten!

25 Nov 09 @ Ahad, bertempat di Bangi Golf Resort, telah berlangsung Majlis Graduasi dan Konsert 2009 oleh tadika Krista. Krista BSP dan Krista Nilai Impian bergabung tenaga menjayakan majlis yang penuh gemilang ini.

IMG_7542

Backdrop..

IMG_7515 Nadhirah yang tidak sabar menanti acara bermula.

IMG_7517

Mummy pun nak interprem sekali..

=o)

IMG_7524

Harus touch-up sebelum mulakan persembahan

IMG_7526

Selepas dipakaikan lipstic, mulut haruslah terbuka seperti ini. Dikhuatiri lipstic akan pudar serinya..

IMG_7527

Rambut pun teacher ikatkan.

Good, nampak kemas.

IMG_7528

Pakai jubah konvo..

IMG_7534

Tada.. saya dah siap!

Eh, mana topi???

IMG_7540

Ha.. barulah complete.

Kaki haruslah di angkat sebelah untuk kelihatan leboh vouge.. auuw!

IMG_7543

Bersama rakan baik yang telah setahun bersama mengharungi suka duka bergelar pelajar tadika Krista. Huhuhu….

IMG_7559

Saat dinantikan telah tiba..

Yeay!!

IMG_7560

Bersama sijil tamat tadika beliau.

IMG_7565

Di dalam folder tersebut…

Kualiti gambar memang baik. No wonder bayarannya berganda-ganda..

Somput den..hahaha.

IMG_7571

Sewaktu acara berbalas pantun

image

“Merah putih bintang dan bulan,

Jalur Gemilang kebanggaan kita,

Satu Malaysia menjadi bualan,

Apa kaitan dengan KRISTA?”

image

Boy di hujung kanan sekali sedang menjawap pantun Nadhirah.

Tak berapa clear, mungkin kerana beliau terperanjat melihat kepetahan Nadhirah mengutarakan pantunnya.

image

Persembahan kanak-kanak 4 tahun dengan lagu “Five Little Ducks”.

Sangat comel.. suka tgk Hana. Kiut betul!

image

Nadhirah sedang mempersembahkan Sway Dance.

Seksi you!

image

Dan lagi…

Overall, majlis berlangsung dengan lancar. Terima kasih kepada semua pendidik dan pengasuh atas usaha mereka selama ini. Semoga usaha kalian semua diberkati dan mendapat ganjaran setimpal dari Allah SWT. Wallahua’lam.

Sekian, habis sudah.