Sabtu lepas bawak Nadhirah ke saloon di Pt. Sulong. Untuk operasi pembersihan etnik ku-2 tu le. Rupanya susah jugak nak hapuskan etnik ku-2 tu ye. Syampu-sikat-syampu-sikat. Lepas 2 minggu ada lagi. Seterusnya macam tu. Bosan betul.
Aku ada baca kat forum Ibu, salah satu cara nak hapuskan binatang ku-2 adalah dengan mem-blow dan meng-iron rambut.
Lain sangat muka Nadhirah selepas rambutnya di-iron. Perasan le buat rebonding kejap. Walhal lepas mandi, dapat le balik rambut asal seperti maggi yang direndam semalaman itu.
Mula-mula kasi cuci aaa amoi..
Sekali 2 org meng-iron rambut beliau. Feeling princess sekejap.
Selepas siap di-iron. Belum trim rambut depan.
Daddy kata pesen rambut saya macam org Egypt. Tapi mummy saya yang eksited terlebih. Dia pun join sekali.. :P