Pages

Showing posts with label krista. Show all posts
Showing posts with label krista. Show all posts

05 January 2010

BAB 2: Hari Pertama saya ke Krista

Nama saya Muhammad Danial. Tahun ni saya mula bersekolah di Tadika Krista. Saya akan berumur 5 tahun pada 11 Mac 2010 nanti.. kepada semua makcik/pakcik saya, jangan lupa bg saya hadiah. Jam ben-10 pun takpe, saya terima.

IMG_8740 I’m ready Mommy!!

IMG_8745

Sampai aje kat sekolah, kawan2 dah mula menyanyi. Banyak betul lagu nak kena hafal. Lagi negaraku, lagu Krista, Lagu Good Morning, Lagu Labah2… ape lagi ntah.

IMG_8748

Saya pakai baju kakak saya. Selamat $$ Daddy, tak perlu beli sportwear utk saya..

IMG_8773

Macam ni la keadaan kelas saya. Kumpulan saya semua hero. Bila teacher bagi pencil box, sumer transfer pencil box tu jadi racing car. Vrromm!! hehehe.

IMG_8775

Hari pertama saya cuma buat aktiviti mengaler. Orang lain semua kaler satu/satu. Tapi saya ambil 5 pensel warna, sekali pegang, terus ZAASSS!

IMG_8778

Inilah hasil seni saya.. cantik tak?

Saya rasa kalau pakai water kaler lagi cepat siap kot!

Agak2 nak cepat, simbah aje…

IMG_8742

Sekian dari saya.

=o)

peace!

25 November 2009

Good Bye Krista Kindergarten!

25 Nov 09 @ Ahad, bertempat di Bangi Golf Resort, telah berlangsung Majlis Graduasi dan Konsert 2009 oleh tadika Krista. Krista BSP dan Krista Nilai Impian bergabung tenaga menjayakan majlis yang penuh gemilang ini.

IMG_7542

Backdrop..

IMG_7515 Nadhirah yang tidak sabar menanti acara bermula.

IMG_7517

Mummy pun nak interprem sekali..

=o)

IMG_7524

Harus touch-up sebelum mulakan persembahan

IMG_7526

Selepas dipakaikan lipstic, mulut haruslah terbuka seperti ini. Dikhuatiri lipstic akan pudar serinya..

IMG_7527

Rambut pun teacher ikatkan.

Good, nampak kemas.

IMG_7528

Pakai jubah konvo..

IMG_7534

Tada.. saya dah siap!

Eh, mana topi???

IMG_7540

Ha.. barulah complete.

Kaki haruslah di angkat sebelah untuk kelihatan leboh vouge.. auuw!

IMG_7543

Bersama rakan baik yang telah setahun bersama mengharungi suka duka bergelar pelajar tadika Krista. Huhuhu….

IMG_7559

Saat dinantikan telah tiba..

Yeay!!

IMG_7560

Bersama sijil tamat tadika beliau.

IMG_7565

Di dalam folder tersebut…

Kualiti gambar memang baik. No wonder bayarannya berganda-ganda..

Somput den..hahaha.

IMG_7571

Sewaktu acara berbalas pantun

image

“Merah putih bintang dan bulan,

Jalur Gemilang kebanggaan kita,

Satu Malaysia menjadi bualan,

Apa kaitan dengan KRISTA?”

image

Boy di hujung kanan sekali sedang menjawap pantun Nadhirah.

Tak berapa clear, mungkin kerana beliau terperanjat melihat kepetahan Nadhirah mengutarakan pantunnya.

image

Persembahan kanak-kanak 4 tahun dengan lagu “Five Little Ducks”.

Sangat comel.. suka tgk Hana. Kiut betul!

image

Nadhirah sedang mempersembahkan Sway Dance.

Seksi you!

image

Dan lagi…

Overall, majlis berlangsung dengan lancar. Terima kasih kepada semua pendidik dan pengasuh atas usaha mereka selama ini. Semoga usaha kalian semua diberkati dan mendapat ganjaran setimpal dari Allah SWT. Wallahua’lam.

Sekian, habis sudah.