Pages

Showing posts with label tadika. Show all posts
Showing posts with label tadika. Show all posts

05 January 2010

BAB 2: Hari Pertama saya ke Krista

Nama saya Muhammad Danial. Tahun ni saya mula bersekolah di Tadika Krista. Saya akan berumur 5 tahun pada 11 Mac 2010 nanti.. kepada semua makcik/pakcik saya, jangan lupa bg saya hadiah. Jam ben-10 pun takpe, saya terima.

IMG_8740 I’m ready Mommy!!

IMG_8745

Sampai aje kat sekolah, kawan2 dah mula menyanyi. Banyak betul lagu nak kena hafal. Lagi negaraku, lagu Krista, Lagu Good Morning, Lagu Labah2… ape lagi ntah.

IMG_8748

Saya pakai baju kakak saya. Selamat $$ Daddy, tak perlu beli sportwear utk saya..

IMG_8773

Macam ni la keadaan kelas saya. Kumpulan saya semua hero. Bila teacher bagi pencil box, sumer transfer pencil box tu jadi racing car. Vrromm!! hehehe.

IMG_8775

Hari pertama saya cuma buat aktiviti mengaler. Orang lain semua kaler satu/satu. Tapi saya ambil 5 pensel warna, sekali pegang, terus ZAASSS!

IMG_8778

Inilah hasil seni saya.. cantik tak?

Saya rasa kalau pakai water kaler lagi cepat siap kot!

Agak2 nak cepat, simbah aje…

IMG_8742

Sekian dari saya.

=o)

peace!

30 April 2009

Jalan baik² tau...

"Kakak, nanti kat sana jalan dengan Teacher tau. Jangan jalan sendiri². Sentiasa ada kat depan.. kalo kat belakang nanti teahcer tak nampak kakak. Topi tu, angkat sket.. biar nampak muka. Botol air jangan lupa sentiasa sangkut di bahu. Supaya tak tercicir.. bla..bla..bla..."

Panjang berjela pesanan khidmat masyarakat Mommy kat Nadhirah. Hari ni dia ada lawatan ke Domino's Pizza dan Butterfly Park di Kuala Lumpur. Seronok dan teruja betul Nadhirah nak pergi lawatan. Senang sangat nak kejut dia pagitadi.. Sekali kejut, terus bangun.. tapi kalau hari² lain, kejut berkali-kali pun belum tentu bangun. Takot tertinggal bas...hehe.

Mummy doakan perjalanan Kakak selamat hendaknya. Semoga cuaca hari ini baik, tak hujan dan tidak terlalu panas.. Semoga semua teahcer sabar melayan karenah student yang bermacam-macam tu. Dan juga semoga semuanya mendapat manfaat dan kebaikan daripada lawatan ini..



Rak kasut pun ada nama.. supaya tak berebut. Budak² la katakan... :)


Cerianya Kakak.. jaga diri baik²..


Teacher baru pas tampal sticker nama Student dan Contact No.. kat baju. Tapi macam tak baper nak lekat jer. Next year kena guna kaedah lain yang lebih praktikal...


Danish di taska (sebelah).. Termenung kat pintu, tengok Daddy g kerja.. ish, kesiannya anak Daddy.. kena tinggal yer?


Fullamak, Danial dah macam artis jer. Danial ni kalo g taska macam² yang dibawanya. Kadang² mainan, album gambar, bola, reket badminton pun ada gak.. hehe. Spek tu sebenarnya Nadhirah punya.. Makcik tu mmg suka melaram.. Mintak spek itam, cincin, bedak, eye shadow.. etc. Anak pompuan, mcm tu la..

14 April 2009

Educational Trip


Tadika Nadhirah buat lawatan sambil belajar (educatiobal trip) ke Domino's Pizza dan Taman Rama-rama. Macam best jer. Kalo la opis aku ni senang nak bg cuti, konfem aku ikut sekali. Dah lama teringin nak g Tmn Rama-rama since ada Digicam baru. (Nak test power..) Tapi Daddy asyik kata, sekarang ni musim ujan... bila la agaknya ehh dapat pergi..??

Masa kecik2 korang pernah tak g lawatan..? Aku masa tadika lagi dah pegi lawatan. Pergi Lake Garden, UTMKL, Muzium Negara... ntah mana lagi, aku lupa. Kakak aku terpaksa temankan aku, atas arahan parents aku. Tensen jer muka kakak aku sepanjang lawatan tu. Kena temankan adik dia yg tembam setaman nih. Org lain pakai uniform tadika, tapi aku pakai baju jalan-jalan. Budak2 lain jaki je tengok aku pakai baju cantik.. hehehe.. Kakak aku pun apa kurang. Pakai kemeja+suar pjg.. pehtu ikat rambut senget... almaklumlah, pesen zaman 80-an. hahaha...


Beh kurang camnila rupa rambut kakak aku.. ngeh ngeh ngeh.. ampun!!

Ops, terlebih sudah! Niat nak cerita pasal Nadhirah, dah terpesong pulak... Sambung balik yer.
Sistem pembelajaran tadika Nadhirah ikut tema. Contoh cam gambar bawah ni.. Minggu ni tema sayur. Jumaat ni Nadhirah kena bawa sayur feberet dia ke sekolah. Hmm, aku gak yg kena pikir.. takkan le nak bawak setongkol kobis bunga? hehe.. at least kena la masak kan?? Adoi, pening makcik.. masak tom yam aje la kot. Abes citer.

Ada sekali tu tema My Family. Kena bawak gambar family+atok+nenek sekali. Jenuh la aku memalam g kedai gambar nak print gambar. Kitorang ni, gambar memang la banyak.. beribu, tapi sume dalam hard disk. Non-ado nak print2 nih...

Kesimpulannya, sistem pembelajaran camnih bagus utk kanak2.. cuma kekadang menambah kerja mak2 kat rumah. Mana nak buat kerja rumah, nak pikir pulak diorang punyer assignment.. baru tadika dah ada assignment.. aku dulu masa tadika relax jer. No homework, no assignment. Yg aku tahu, kalo g tadika sure ada makan!! Pulak tu, balik nanti cikgu tadika tu akan hantar aku balik umah naik beskal ngan dia... korang ada ke cam aku?? heheh



Birthday party pun ada tema ko.. no wonder la fees dia 'tak bley tahan'.. bukan 'boleh tahan'.. takperla, utk pelajaran apa salahnya kan?!