Pages

Showing posts with label anak2. Show all posts
Showing posts with label anak2. Show all posts

09 April 2010

Ehem…ehem!

IMG_9976

Pheewit.. Tunggu siapa tu?

Jarang jumpe lelaki yang pakai baju FINK..

So sweet la u, Bro!

IMG_9974

Bro, lu tengah tunggu lu punye Blind Date ke?

IMG_9973

Aisey.. Sekali sudah ada 2 askar lah!

Potong betul..

IMG_9977

Eh, bukan 2 malahan 3!

Respek la lu, Bro!

hehehe

IMG_9979

Ish.. sekali keluar pulak muka Mem Besar ni.

Hish..

Saje-saje merepek. Menunggu idea datang mencurah-curah.

09 July 2009

Nilai Square


Korang pernah tak pergi Nilai Square? Kat sini banyak gila kedai² yang menjual kain. Tak kira lah kain baju ke, kain langsir ke, kain cadar ke, kain pelekat, segala jenis ada.

Kalo ke sana, make sure korang tawar sehingga setengah dari harga di pamerkan. Rajin² la sket, berjalan pilih kedai. Sbb ada sesetengah kedai yg tak bagi langsung tawar menawar.. Pastu, kedai yg aku pergi smlm tu bgtau.. harga upah jahit langsir, dikira RM9.00 sekeping. Ini langsir biasa je, takder kepala punya.. kalo yg ada patern² kepala tu, harga lain pulak. perkaki. Sama gak macam reel langsir. Pendek kata, datang bawak duit jer la. Kalau simple, 1 jam dah boleh siap.. ekpress rakyat betul....

Kat sini juga ada banyak kedai permainan.. askar² aku bila jumpa je kedai mainan, siapla. Boleh nanges guling² kalo tak dapat mainan yg dia nak. Especially Danish. Dia ni mmg tak mkn saman langsung.. Hasilnya, tiap sorang dapat 1 mainan. Nadhirah pilih set mencantikkan diri ala 'princess'.. dan utk hero yg 2 orang tu, penyodok sorang satu.. hehe. Tak paham aku, dalam banyak² mainan, penyodok yg korang beli?? Musykil...musykil. Ni mesti sebab tgk Bob The Builder banyak sangat...

Mlm semalam, Danial tido dengan pnyodok sekali kalo korang nak tahu.. aduh, tensen aku. Boleh dipeluknya penyodok tu macam bantal peluk?? Hmm, macam²!

30 April 2009

Jalan baik² tau...

"Kakak, nanti kat sana jalan dengan Teacher tau. Jangan jalan sendiri². Sentiasa ada kat depan.. kalo kat belakang nanti teahcer tak nampak kakak. Topi tu, angkat sket.. biar nampak muka. Botol air jangan lupa sentiasa sangkut di bahu. Supaya tak tercicir.. bla..bla..bla..."

Panjang berjela pesanan khidmat masyarakat Mommy kat Nadhirah. Hari ni dia ada lawatan ke Domino's Pizza dan Butterfly Park di Kuala Lumpur. Seronok dan teruja betul Nadhirah nak pergi lawatan. Senang sangat nak kejut dia pagitadi.. Sekali kejut, terus bangun.. tapi kalau hari² lain, kejut berkali-kali pun belum tentu bangun. Takot tertinggal bas...hehe.

Mummy doakan perjalanan Kakak selamat hendaknya. Semoga cuaca hari ini baik, tak hujan dan tidak terlalu panas.. Semoga semua teahcer sabar melayan karenah student yang bermacam-macam tu. Dan juga semoga semuanya mendapat manfaat dan kebaikan daripada lawatan ini..



Rak kasut pun ada nama.. supaya tak berebut. Budak² la katakan... :)


Cerianya Kakak.. jaga diri baik²..


Teacher baru pas tampal sticker nama Student dan Contact No.. kat baju. Tapi macam tak baper nak lekat jer. Next year kena guna kaedah lain yang lebih praktikal...


Danish di taska (sebelah).. Termenung kat pintu, tengok Daddy g kerja.. ish, kesiannya anak Daddy.. kena tinggal yer?


Fullamak, Danial dah macam artis jer. Danial ni kalo g taska macam² yang dibawanya. Kadang² mainan, album gambar, bola, reket badminton pun ada gak.. hehe. Spek tu sebenarnya Nadhirah punya.. Makcik tu mmg suka melaram.. Mintak spek itam, cincin, bedak, eye shadow.. etc. Anak pompuan, mcm tu la..

04 March 2009

Gelagat anak-anakku

Dah ada 2 orang hero dan sorang puteri, menjadikan rumah kami meriah, kecoh, havoc, sepah dan yang sewaktu dengannya. Dah kul 12.00 malam pun, jiran belakang rumah boleh dengar suara budak2 ni bermain. Tu tak termasuk suara mak & bapak diorang yg high-note bila marah kan budak2 ni sebab takmo tidor.. hehehe. Mintak mahap ye Pak Rano. Mengganggu ketenangan malam pakcik jer...

Apapun, kami tetap bersyukur ke hadrat Allah kerana dikurniakan anak2 yang sihat dan aktif. Kami juga memohon agar diberikan sifat sabar yang tinggi dalam membesarkan anak2 kami. Jadikanlah anak2 kami insan yang berguna dan sebagai anak yang soleh/ah. Semoga mereka berjaya di dunia dan di akhirat. Amin!


Tembak Mummy! POM!! POM!!! Aksi inspektor Gaban..


Nadhirah selalu jadi mangsa buli adik2 beliau. Kadang2 dengan Danial sekali dok kudakan dia.. Terjerit2 lah makcik tu mintak tolong.



See...? Tengok betul2, kat mana kaki Danial? Kat pipi Danish tu.. Haish!!! Part ni yg Mummy tak tahan. Pakat kena hanger la nih.. huhu. Kijam ke?



Kita suruh pose paling comel, Danial boleh pose TIDO pulak.. sabar je lal!!


Danish yang sememangnya manja dengan Nadhirah.


"Untuk semua yang rindukan Danial, esp Maklong di Country Homes. Tataplah gambar ni puas2 yer! Jgn lupa besday Danial 11hb Mac nih." Danial.


06 January 2009

Hari Pertama


Semalam adalah hari pertama anak2 Sidek di sekolah baru. Tadika & Taska Krista. Nadhirah nampak seronok dan excited di tadika baru. Danial lagi sempoi, masuk2 je dah dapat kawan. Danish jer yang menjerit2 nangis dihantar ke taska baru. Mujurlah sekejap jer, hilang kelibat mummy dan daddy, diamlah dia. Harap diorang dapat menyesuaikan diri di tempat baru.

Semoga kejadian di taska dan tadika lama tidak berulang disini dan semoga kenangan bersama Kelip2 Comel akan berulang di sini.. Amin!

06 December 2008

Love kids





22 November 2008

Makan Ubat...


Salam,

Sekarang ni cuaca tak menentu. Kadang panas sampai ke malam. Kadang hujan selebat2nya. Kesan dari global warming le nih. Jadi kesihatan kita pun tak menentu, ada pasang surut cam airlaut.

Nadhirah dah seminggu batuk. Dah mkn antibiotik dan ubat batuk pun tak berkesan. Kebal sungguh lah virus tu. Semalam g klinik mintak tukar ubat lain yang lebih power. Alhamdulillah semalam nampak dah kurang sikit batuk masa tgh mlm. Kalau tak, sure muntah punyer. Batuk mcam nak terkeluaar anak tekak.

Nadhirah memang payah nak mkn ubat. Kena paksa dan janji macam2 baru leh jalan. Tu tak termasuk kes muntahkan balik ubat yang dia dah telan. Huh, stress betul kalo nak suruh dia mkn ubat. Berbeza dengan Danial. Dia ni senang sikit nak pujuk. Kalo nak muntah pun cecepat dia lari gi toilet. Tak pernah lagi terbarai muntah dia kat lantai...hehe.

Danish lagi spesel. Dia nih terAMAT SENANG lah nak mkn ubat. Ubat orang pun dia sebok nak mkn samer. Masukkan ubat dlm syringe, pastu bagi je dia pam sendiri masuk mulut dia. Tak kiralah bape botol ubat pun nak suruh dia telah. No problem! hehhe.. Bersyukur sangat lah dalam 3 org anak, dapat sorang yang mcm ni.

Situasi kat bawah ni terjadi masa nagi Nadhirah dan Danial mkn ubat mlm semalam.

Mummy: Sedapnya ubat kakak ni, rasa mcm air yogurt jer.
Nadhirah: Ye la Mummy. (Terus telan tanpa ragu2.. yes, menjadi juga taktik aku)

Masa Danial pulak mkn ubat;
Danial: Hmm, ubat Danial pun sedap jugak. Rasa macam PLASTESIN.

Hehehe.. Hadoila. Korang jangan salah sangka pulak yer. Aku tak pernah bagi anak aku mkn PLASTESIN tau. Aku rasa yg dia maksudkan tu adalah bau ubat tu sebenarnya. Bau macam plastesin Play-Doh. (Sape penah main play-doh, tau la bau dia camana)

Macam-macam! :0)

06 November 2008

Anak-anakku

Nadhirah & Danial: Mummy, jangan kacau diorang tau! Diorang nak tido...

Mummy: Yelah, tak kacau pun.

Dalam sibok2 kalut nak ke sekolah pagi tadi, sempat lagi budak 2 orang ni selongkar almari cari tuala kecik buat selimut 2 ekor nih.. Abesla, sure bersepah nyer bilik kat atas. Huh!



Dari jauh...

Kiri tu monyet, Nadhirah punyer. Itik tu pulak kesayangan Danial. Siap bawak pergi seklolah lagi tau.