Pages

Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

10 June 2010

Incik Prawn (sepupu kepada Incik Krab dan kawan kepada Spongebob)


Lebih kurang 2 minggu lepas, WGS membeli 2 ekor udang sebagai teman baru ikan-ikan yang sedia ada. Kelihatan udang-udang itu sangat gumbira ditempatkan di rumah baru yang lebih besar. 

 

 

IMG_0729  Tempat lepak fav encik udang

 

IMG_0728

Sangat pemalu encik2 udang ni. Pantang kita datang dekat, cepat2 menyorok masuk lubang.

 

Masalahnya, dah hampir seminggu kedua-dua ekor udang tersebut tidak lagi kelihatan di dalam kolam. Puas mencari, namun masih tak jumpa. Mana le agaknya udang-udang tu pergi ehh?? Kalau nak balik kampung pun, bagitau le dulu. Adakah mungkin kawanan koi itu telah mebelasah udang-udang ini lantas dijadikan hidangan makan malam....

 

DSC_0717 
Inilah dia kawanan KOI itu. Gangster korang eh? Member sendiri pun nak telan. Haip!!

29 June 2009

Keindahan Alam Ciptaan Allah

Date : 25 June 2009
Time : 07:15pm
Venue :BSP



Tgh syiok capture sunset, melintas pulak seekor burung (ke bangau.. besar semacam).
Hmm, bonus nih.. kalau camera power sure lebih bagus hasilnya..
Isk.. dslr..dslr..dslr!!

04 March 2009

Sama tapi tak serupa


Perasan tak apa yang tak sama? :)

Saje try and error guna Adobe Photoshop. Novice lagi...

02 March 2009

Untuk Pencinta Orkid

Sedikit gambar dari taman bunga di UPM. Layan...









Tompang lalu yer?? Hehehe

02 February 2009

Kereta Idaman II


Saper tau ape jenis kereta kat atas tu? Macam cun jer.. Comel pun comel. Luas pun luas.. 7 seaters. Hish.. berapa agak nye harga kereta tu eh..? Best la. Tak jadi lah minat kat CT. Luar je nampak cantik, tapi dalam kureng kualiti. Huhuhu.

27 January 2009

Gerhana Matahari - 26 Januari 2009

Yessza! Berjaya jugak capture gerhana. Tapi tak larat nak capture byk2 sebab sesekali matahari terlindung dek awan. Lagipun tangan lenguh memegang filem x-ray buat filter...hehhehe.


Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumibulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'. dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila

Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.

Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana.

Pada 26 Januari 2009 berlaku lagi kekuasaan Allah pada alam ini iaitu fenomena Gerhana Matahari. Waktu berlaku pada waktu 16:20 waktu Malaysia dan berakhir dijangka 19:00. Adalah sebaik-baiknya memulakan solat gerhana matahari berjemaah di surau atau masjid di tempat anda kerana dapat mendengar khutbah yang bakal dibacakan oleh khatib. Hukum khutbah dan solat gerhana adalah sunat muakad(yang dituntut) , jadi meninggalkannya hukumnya makruh(dibenci) tanpa uzur syari'e.

Sumber: Wikipedia

12 January 2009

Oh Bulan 2

Enlarge gambar nih.. subhanallah. Meremang bulu roma aku..


Date : 11 Jan 09
Time : 10:46:12pm

*Ader orang pernah samakan korang ngan wajah bulan tak? Contoh 'Muka ko ni cun lah macam bulan mengambang".. ha.. mcm kat atas tu lah kiranya bulan mengambang. hehehe

16 December 2008

Oh Bulan

Subhanallah.. cantiknya bulan.
Gambar ni aku capture sendiri tau.. Hins..hins!


Malam bulan dipagar bintang
Makin indah jika dipandang
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman

Duhai kasih ingin dimanja
Dengan cumbuan mesra
Untuk pelipur lara
Penawar dik asmara

Mmm.. mmm...

Malam bulan dipagar bintang
Tambah seri cuaca malam
Murni sungguh ciptaan Tuhan
Bulan bintang lampu alam

Andai kata bintang menyepi
Bulan tidak berseri
Malam menjadi sunyi
Tidak berseri lagi

(by P. Ramlee & Saloma)

24 November 2008

07 November 2008

Hobi

Salam,

Hobi saya adalah suka mengambil gambar. Tak kira gambar orang lain, gambar diri sendiri, haiwan2, tumbuh2an (esc bunga) dan lain2 obejk yang pelik dan unik.

Ni adalah satu contoh gambar yang saya capture kat nursery di BBB (Bandar Baru Bangi, bukan Bandar Bikini Bottom). Masuk nursery tu, ambil gambar sana sini pastu blah... sib baik org nursery tu tak kejar dgn penyapu. :P Hampagas betul..







04 November 2008

Kekasih baru

Salam,

Sekarang saya sudah ada kekasih hati yang baru. Yang sering bersama saya ketika susah dan senang, malam dan siang.. kemana sahaja saya pergi 'si dia' pasti ada disisi menemani.

Kepada 'kau' yang ditinggalkan, usahlah terasa hati. Kenangan bersamamu pasti ku kenang sampai mati. Mohon maaf andai ada terkasar laku, ketika kita bersama dulu..


Inilah dia kekasih baru ku itu.. Spec: 9.0mp, 10x opt zoom, is, 6.0-60mm lens, slr alike... yess, i loike!!



Bye sayang.., lepas ni ko akan bersama2 Nadhirah merakam saat2 manis berdua. hehehe.. Tata!!



Cheh.. nak muntah la pulak. Jiwang karat.


Yeay, sudah sampei..

Salam,

Kasi intro sket...


Akhirnya kau yang ku nanti tiba jua.. muahss!!


Cayang dia...


*ps: kak Ija.. tenkiu!!!