Pages

Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

01 March 2011

Install Window Live Writer

1. Pergi SINI. Pilih bahasa dan download.

2. Dah abes download, sila install. 

 image
Skrin macam ni akan keluar. Make sure korang un-tick program2 yang lain. Cuma tick Writer aje. Oleh kerana PC aku ni dah sedia install WLW, maka tak nampak le Writer dalam banyak2 program tu.

INSTALL dan tunggu selesai.

3. Buka program Window Live Writer.

image
Pilih Other blog service


image
Isikan URL blog, username dan password blogger korang. Jangan lupa untuk tick Remember my password. Supaya tiap kali nak publish new entry, tak perlu nak key-in password.


image
Tunggu sampai habes.


image
Pilih YESSs


image
Finish

Sekian, cuba-cuba lah update menggunakan WLW pula ya.
Renung-renungkan, dan selamat beramal…
^_^

Kenapa Anda Patut Guna Window Live Writer

*Ini bukan entri berbayar. Saja berkongsi kemudahan untuk ber-blog dengan mereka di luar sana.

image Ini adalah interface WLW. Siap dengan template blog sediada.

1. Mudah nak masukkan gambar

Apalah erti sebuah entri jika tidak bergambar. Saya pasti, isu ini menjadi keutamaan kebanyakkan blogger di luar sana. Dengan menggunakan WLW, untuk memasukkan gambar cuma Copy & Paste sahaja. Nak buat simple editing pun bole juga. 

Boleh juga copy sekali banyak gambar. (Hold Ctrl + Click). Masa paste nanti pilih Inline Images.

image image

Nak buat watermark pun bole.

Macam2 jenis border ada. Pilih je yang mana suka.

 

2. Tools sama seperti aplikasi Microsoft Office yang lain.

Jika anda hebat menggunakan MS Office, pasti juga anda tidak akan terkial-kial untuk menggunakan WLW.

image Bold, Italic, Underline, Text Allignment, Bullet & Numbering dan lain2. 


image
Nak buat table (jadual) pun senang banget. 


3. Boleh simpan local draft.

image

Agak2 entry panjang berjela, dan anda telah sangap untuk menyiapkannya… Jangan risau, boleh simpan Save Local Draft. Simpan dalam komputer kita dulu, esok2 boleh sambung lagi. Untuk menggunakan WLW, tak online pun tak apa. Janji masa nak PUBLISH nanti, korang ONLINE. Maka tak perlu risau line dissconnect tiba2, ataupun berukband anda tiada coverage 3G dengan tidak semena2….



4. Kemudahan Preview

image

Sebelum publish, boleh preview dulu. Tengok camana rupa entry kita selepas kita publish nanti. Nak tengok coding pun bole. Benda tu ada kat bahagian bawah, sebelah kiri.

 

Camana nak install WLW? Kita sambung selepas ini, ye?
:)

15 June 2009

Tutorial Mail Merge

Dulu, bila nak cetak sijil je..Perlukan 2 orang. Si A akan standby berdiri sebelah printer. Si B pulak kat PC, utk type nama dan no IC peserta. Mula² Si A akan masukkan selai sijil, pastu Si B tekan print. Proses yg sama sehingga habis kesemua sijil di print.. one by one. Penat oh berdiri. (Si A=aku...hahaha. Bosan siot)

Kini tidak lagi. Sbb aku dah tau cara camana nak kasi senang print sijil.. nama dan no ic jer bertukar. Tapi tajuk kursus tetap menten.. hins..hinss. Korang nak tau ke? (Hanya org INFRA yang memahami.. biasala, tiap kali kursus kena print sijil..kan? kan? kan? hehe.. jom kita belajar sesama...

1. Mula² sediakan data peserta dalam MS Excel dan save kan. Contoh cam kat bawah ni:


2. Lepas tu buka Ms Word > New Document. Klik pada Mailing> Select Recipients > Use Existing List



3. Window macam kat bawah akan keluar. Sila cari balik fail Excel yg korang mula² create tadi. Dah dapat, klik Open.



4. Windows mcm kat bawah ni akan kuar. Klik je OK. (Sheet tu adalah menunjukkan sheet mana yg ada data.. dlm excel. Mcm aku, sheet1. Tu pasal tekan OK je terus.)



5. Pastu, klik kat Insert Merge Field. Akan keluar macam kat bawah. Senarai field yg ada. (daripada ms Excel). Aku klik pada Nama, dan No IC.



6. Dlm document word korang akan keluar nama field shj. Contoh <> <> Pastu korang adjustla alignment document korang supaya match dgn sijil nanti. Kat bawah tu pulak, typekan nama kursus yang berkenaan. Atau apa² maklumat lain..



7. Bila dah siap setting, boleh lah preview. Klik pada Priview Result. Pastu klik butang next/previous.. utk tgk semua nama.



8. Bila dah puas hati, boleh la print. Klik pada Finish & Merge >Print Document.



9. Boleh try print satu dulu, kalo takut nak print byk terus.. Guna Current Record atau From what to What.

Selamat mencuba.


*Entry ini juga merupakan nota saya. Takut terlupa.. maklumla. Bukan hari² kita print sijil..


29 April 2009

DOWNLOAD & INSTALL SKYPE

Adik², hari ni kita belajar bagaimana nak Download dan Install program SKYPE.


DOWNLOAD


1. Klik
SINI atau pergi ke http://www.filehippo.com/download_skype/ dan anda akan dapat seperti paparan di bawah:



2. Window seperti dibawah akan keluar.. Klik seperti yang ditunjukkan di bawah. Ataupun, anda telah mendapat paparan seperti di no 3.


3. Klik SAVE FILE


4. Tentukan destinasi.. kat My Document ke, Desktop ke, mana² lah.. Kendian tekan lagi butang SAVE.

5. Tunggu la sehingga korang habis download.. 100%.



INSTALL

1. Bila dah abes download, buka fail tu.. Nama dia:
"FileSetupFull". Cari balik kat tempat korang simpan/save tadi..Double click fail tu..



2. Akan keluar paparan seperti di bawah: Klik button "I Agree-Install"



3. Paparan dibawah akan keluar, menunjukkan installasi sedang dilakukan. Tunggu sampai habis.. indicator adalah bar hijau kat bawah tu.. (dibulatkan)




4. Isikan maklumat terutama yang bertanda *. Pastu tekan NEXT



5. Contoh:




6. Pastu isikan alamat email.. dan tekan sign-in



7.Tunggu sampai benda bulat tu stop moving.. tunggu tau. Jgn tutup pulak.




8. Bila dah kuar windows seperti dibawah, menandakan anda telah berjaya install SKYPE.. Close je windows tu.


9. Di bawah adalah program SKYPE... Tahniah.. anda telah berjaya menginstall SKYPE. BRRRRAAAVO!




Okehla, sampai sini dulu. Nak balik dah.. kalo tak paham apa², esok ajela kita bincang yer.. baibai!