Pages

Showing posts with label funny. Show all posts
Showing posts with label funny. Show all posts

25 June 2010

Tudung Syria versi baru, mari beli!! Cuma Rm10.





IMG_1213 
Rasa-rasa kalo aku jadikan gambar ni sbg profile pic kat Facebook, ok tak?

Tula.. apesal maxis brokband ni buat hal. Hujan lebat sket, takder 3g. Adik beradik tiri dengan Astro ke hapa. Kan tak pasal-pasal aku dah meng-eksperimen diri sendiri.


Da.. nak masak megi. Ada orang lapo.


Sekian.

hehehe.. sori kalo ada yang terpedaya. gurau2 je.

18 June 2009

Saper suruh notty.. kan dah kena!


Danial sekarang ni semakin bijak. Semakin pandai provoke orang. Terutama kakak dia, Nadhirah. Kalo Kakak kena marah ngan Mummy, dia akan kata "Ha..Ha.. Kakak kena marah dengan Mummy. Padan muka kakak!" .. sabar aje la. Si kakak kalo hilang sabar, akan menanges kerana tension diejek oleh Danial.

Kejadian di atas berlaku sekitar 2 minggu yg lalu (kalo tak silap la..). Danial suka sangat menyakat Danish. Apa yang Danish main sumer dia rampas. Rampasan kuasa betul malam tu. Sakit terlinga kitorang dok dengar Danish menangis.. Danish dah pandai mengadu pulak tu. "Abang buat.. uwaaa!" So, tidak syak lagi la kan.. Suspect sudah dikenalpasti.

Tak semena-mena Daddy dpt idea. Amik belt, ikat kat b*nt*t dia mcm atas tu. Takleh gerak, nak bangun pun takleh..hahaha. Mula² Danial tak nangis pun, tapi bila Mummy ketawakan dia.. plus ambik gambar.. Nanges akhirnya. Dok cakap "jangan la amik gambar... jangan la.. uwaaa" hehehe..

Jangan risau, tak lama pun kejadian tu. Sbb bila Danial bergerak2, belt tu pun longgar la. Padan muka Abg Danial.. :P

**Ini bukan hukuman atau penderaan yer. Saje nak sakat Danial. Kalau di marah pun, tak makan saman..

20 May 2009

Remote ASTRO


Beginilah rupa remote astro kitorang. Siap berikat dgn getah, sbb penutup bateri dah takleh lekat. Pastu cover remote signal kat atas tu pun dah kopak.. Walaupun rupa remote ini amat menyedihkan sekali, namun ia masih berfungsi dengan elok. Ni sebenarnya semote ke-3 (kalo tak silap aku la..), yang ori punye dah lama K.O. Beli kat Nilai 3, RM15.00..heheh. Semua ni gara² ninja aku... dah tak terbilang baper kali jatuh terhempas atau sengaja dihempaskan.. panjang umo ko ye remote!


Dan apa pulak persamaan remote kopak aku ngan handphone pink kat sebelah tu?? Perasan tak apadia...?? Haa, samer kes la ngan remote aku. Belah atas tu KOPAK. hahahaha.. kesian betul aku tgk hp nih. Saper punyer la agaknya eih?? Kalo aku tau ape model hp kopak ni, boleh la aku tolong belikan casing yang baru.. hehehe. Kesian...kesian!!


24 April 2009

Transformasi

Bukan sahaja di AF7 ada transformasi, kat blog ni pun ada. Tak caya cuba tengok..





Nadhirah-Sebelum Transformasi


Nadhirah-Selepas Transformasi


08 April 2009

Kau tetap di ingatan...

Ni entry pasal kat Kem Al-Azhar lagi yer.. sori la. Hari tu tak sempat nak update. Ni kira back-dated entry lah yer.. :)

Masa kat sana, aku telah diekori oleh peminat misteri. Follow je mana aku pergi. Sampaikan aku nak berkayak pun dia nak ikut. Sangat manja. Suka nak gesel2 badan dia kat aku.. malu jer takut orang nampak. Nanti igt lain pulak.. hehehe.



Renungan yang penuh makna.. by Encik Cat..


Demo bagaimana beliau membersihkan diri.


Hish!! Encik Cat buat hape tuh? Ish.. ni out of our control yer...


Sedang dilatih oleh jurulatih royal London sarkas... ya ampun!! hehe


Ops, gambar ini terpaksa di edit bagi mengelak diri En. Cat disensasikan di arena blogging..
Tak senonoh betul la beliau nih..


12 March 2009

Avatar


Ni avatar husband dan aku sendiri..hehe. Create kat sini. Kalo berminat bolehla cuba.

05 March 2009

Gempak seh...

Perkhidmatan ini ada di Central Market, KL.


Aku soh gantung elok2, kedut2 jugak poster tu. Hish!


2 orang awek tu telah dibayar oleh aku. Sila jangan pikir bukan2 yer..hehehe.


Lagi? Hmm, ni pun sama macam di atas la. Argh..!!


Danish di bayar utk buat iklan 'Indahnya Malaysiaku' di Manchester.


Ala... comelnya. Fotogenik sungguh.


Seni itu indah... Seindah model dalam gambar ni.


Nak cuba? Klik SINI.



30 January 2009

Puaka Niyang Rapik..


Seram tak..?? hehehe.

20 January 2009

Milik siapakah kasut ini...


Peraduan teka kasut milik siapa..

1. ???
2. ???
3. ???
4. ???
5. ???
6. ???

Ada brani nak cuba?? Sape yang teka semua betul, aku bagi korang seploh ringgit. Betul ni, tak tipu!!! :)

---------------------------------------------------------------------------

Tak ada pemenang nampaknya peraduan nih. Oleh itu dengan rasminya aku akan umumkan nama pemilik kasut no. 5..

Pemiliknya adalah...... (sila highlight @ ctrl+A utk mengetahui jawapan)

EN. NOOR AZMAN
Pen. Pengarah Unit Pengurusan Desa


Oleh itu tamatlah sudah peraduan ini. Selamat duit aku seploh hinggit. Appara korang ni..

24 December 2008

Andai Ku Tahu...


ANDAI KU TAHU - Ungu

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucapkan kata taubat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertaubat padaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di syurga

01 December 2008

Untukmu Ibu

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu



Emak potong kek sempena Hari Ibu (8 Mei 2005)
Semalam, 30 Nov adalah hari ulangtahun kelahiran Emak.



Emak...
Kita rindu nak cium tangan Emak.
Kita rindu nak cium pipi Emak.
Kita rindu nak dengar hilai tawa Emak.
Kita rindu nak dengar leteran Emak.
Kita rindu nak tengok senyuman Emak.
Kita rindu nak rasa masakan Emak.
Kita rindu sangat-sangat kat Emak.
Tak dapat nak describe macam mana rasa rindu kita pada Emak.

Emak...
Allah lebih sayangkan Emak.
Mak pergi jua tanggal 12 Jun 2007, dikala usia Emak 59 tahun.
3 tahun lebih Emak menanggung sakit.
Kita bersyukur kerana sempat bersama Emak di hari-hari terakhir Emak.
Kita dapat temankan Emak menunggu 'esok' hari.
Kita berpeluang mandikan Emak untuk terakhir kali.
Kita dapat juga hantar emak ke destinasi Emak yang terakhir.
Kita dapat bantu siapkan tempat persemadian Emak.
Kita bersyukur sangat sebab diberi peluang keemasan sebegini.

Emak...
Emak umpama sudah tahu masa untuk pergi.
Emak minta kita masakkan lauk kesukaan mak.
Kita suka tengok mak makan dengan penuh berselera.
Kita dan Kaklong takkan dapat lupa 'detik' itu.
Kita habiskan masa bersama, melayan Emak berceloteh itu dan ini.
Urut dan lap badan Emak bila Emak rasa tak selesa.

Emak...
Sekarang, kita rasa lonely.
Tanpa Emak, hidup kita rasa lain.
Memang kita ada family sendiri.
Tapi, tanpa insan yang bergelar Emak, hidup kita tak complete.
Kalau ada khabar gembira, Emak orang pertama yang kita beritahu.
Kalau hati gundah gulana pada Emak jua kita mengadu.
Bila sakit nak bersalin, kita nak Emak ada disisi selalu.
Kita pasrah dengan takdir Illahi.
Kepada Allah Emak telah kembali.
Semoga bahagia menjadi milik mak yang abadi.

Ya Allah,
Kau ampunilah dosa-dosa Emak yang telah lalu.
Tempatkanlah dia bersama hamba-hambamu yang Engkau kasihi.
Berikanlah dia sahabat yang lebih baik dari sahabatnya di dunia.
Kurniakanlah dia kesihatan yang lebih baik dari kesihatannya di dunia.
Doa kita sentiasa mengiringi Emak.
Berbahagialah Emak di sana.

Kita rindu sangat-sangat kat Emak.


-Sheila-

25 November 2008

Let me tickle ur heart..!

Apa tengok2? Gua cucuk mata lu orang baru tau..!!


Anak gua kepingin nak g zoo, tapi gua malas nak bawak. Gua transfer ajelah jadi Seladang jap.. Grrr.


Time ni gua tgh nak transfer jadi Superman, tapi gua takmolah pakai spender kat luar. Buek malu yoo..


He he he.. Saper la ni yer?

14 November 2008

Santai...


Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...


*cheh, terkena kat diri sendiri la pulak. suka sangat bergambar.. hehe

17 October 2008

Cuti Sakit - Memo dari HR


Perkara : CUTI SAKIT
Kepada : Semua Pekerja
Daripada : Pihak Pengurusan
Salinan : Semua Pembaca Memo Ini

Merujuk kepada perkara diatas, berikut adalah garis panduan terbaru berkenaan pengambilan cuti sakit.

Setiap pekerja diperuntukkan 10 hari cuti sakit untuk setahun. Namun begitu anda tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil cuti sakit jika tak sakit.Itucari penyakit namanya. Sakit melebihi had akan ditolak dari cuti tahunanwalaupun anda betul-betul sakit. Cuti sakit tidak boleh dipindah milik atau dibawa ke tahun seterusnya.

MC (Medical Certificate) atau Sijil Sakit perlu dilampirkan dengan borang cuti. MC tulisan tangan tidak diterima. Jika berubat kampung, sila minta tok bomoh atau pawang berkenaan mengeluarkan sijil sakit yang ditaip atau dapatkan rawatan dari bomoh panel yang dilantik oleh kompeni.

Sakit hati, sakit jiwa serta jiwang, sakit kepala berdenyut-denyut dan sakit sengal-sengal otot tidak dibenarkan cuti sakit. Borang cuti yang dikepilkan pembalut panadol atau kotak ubat cap kaki tiga tidak akan dilayan.

Anda dikehendaki menalipon pejabat memaklumkan cuti sakit anda dan andatidak perlu bercakap dengan nada kasihan diikuti kesan khas suara serak-serak kering bersulam dengan batuk berkokol-kokol untuk membuktikan yang anda sakit. SMS juga dibolehkan jika anda tak mampu bersuara tetapi tidak digalakkan.

Sekian, harap maklum.

"BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KE TEPIAN,
BERCUTI SAKIT DAHULU,
HANTAR BORANG CUTI BERSAMA MC KEMUDIAN"


keh...keh..keh..