Pages

Showing posts with label family slyg. Show all posts
Showing posts with label family slyg. Show all posts

16 March 2010

Suarasa di Teratak Pak Lah

Huh.. tajuk tak boleh blah. Apa benda suarasa tu, aku pun tak tahu. Hentam saje la labu. Janji tajuk ada gaya, mutu, keunggulan..

Bila dah beramai-ramai di Teratak Pak Lah, aktiviti utama haruslah makan, lepas tu makan, kemudian makan dan makan dan makan.. sampai terbongkang. Oh, over disitu.

Siapa lagi yang rajin nak masak menu spesial “Laksa” itu, kalau bukan Kaklong. I lap u Kaklong. Lain kali masak best2 macam ni lagi.. :) Saksikanlah wajah2 mereka yang menjamu selera ini.

IMG_9652
Mee laksa, timun, bawang, cili padi, telur rebus. Walla!
IMG_9654
Kuah dari ikan selayang/sardin.
IMG_9657
Uih.. Pak Lah makan tak tengok kiri kanan. Tu kalau mak mertua lalu kat belakang memang tak sedar.. hehe.
IMG_9658 Apesal pulak Abg Ngah tu? Tergigit cili api agaknya.. kesiann.
IMG_9662
Bersama kekanda kesayangan yang sedang pasang badan sekarang ni.. Oii, aku nak sebatang buluh gak! hehehe
IMG_9655
Ni budak yg ada dua kewarganegaraan. Agak2 nakal sangat, hantar je dia balik ke tempat kelahiran dia dulu..

Itu baru aktiviti makan sesi pertama. Tak lama lepas tu ada kejutan pemotongan kek untuk mereka yang lahir bulan Januari.. Tak tahu le diorang tu terkejut atau buat-buat terkejut aje..

IMG_9690
Telupa letak nama Danish dan Maklong. Nama Danial pulak yang sesat kat situ..
IMG_9696 Lilin yang telah dinyalakan banyak kali, sbb ramai sangat yg feeling besday boy / girl nak tiup lilin..
IMG_9701
Danial yang dah geram sangat nak kutip buah atas kek tu.
IMG_9699
Rilex la kak N, ko kalo tensen pun jgn tunjuk aksi terlampau depan kanak2 ribena ni.. ada yg tiru kang.
IMG_9703
Yeay.. utang dah langsai.
IMG_9705
Suka la tu.. diberi penghormatan mengagihkan kek mengikut sukahati beliau
IMG_9708
Alalala.. manja nya Atok ngan kak N.
IMG_9710
Eh, penulis blog pun manje jugak rupanya.. hahahah

Selingan…

IMG_9672 IMG_9679
IMG_9680 IMG_9686
IMG_9683 IMG_9676

Lantak korang le nak bergomol kat situ. Jangan ada yang patah riuk sudah…

IMG_9688

Tak cukup korum nih.. Adlee dan Danish takder.

Syukur aktiviti suarasa berjalan dengan lancar dan jayanya. Sekian.

10 March 2009

Aktiviti di hari Ahad

Ini adalah pokok ANGGUR. Percaya tak? Kat Selayang dan Seri Putra dah tanam pokok Anggur tau. Jgn jeles. Org Rawang nak jugak ker?? :P


Ni masa kat Tanjung Harapan, Port Kelang. Masa ni kat atas replika kapal yang dah usang dan tak terbela... Merbahaya untuk pelawat. Paku bersepah sana sini. Kepada pihak yang berkenaan, sila ambil tindakan sewajarnya. Benda cantik, rugi yang dijaga.


Lovely Abah. I lap u Abah.


Pakar posing, Nadhirah. Danial bila nak bergambar, suka buat aksi pelik.



Tengokla tu Danial.. Org nak dia senyum, dia buat tarian Mr. Bean pulak..
I belive i can fly...


Panas ya Rabbi masa nih. Seb baik i pakai Rexona u! Kalo tak hangit semacam..hahaha.


Keluarga kecik kami. Biar kecil tp bahagia.. amin!

Malamnya, kami dinner di Restoran Muara.


Tengok meja kitorang, bersepah gila.


Abg Ngah posing ngan siakap steam yg tinggal tulang.


Tu dia orang kuat / tukang belanja makan.. Mekasih daun keladi, lenkali belanja la lagi.


Posing lepas makan.


Tengah mencekik.. hehe


Abah langgar pantang. Harap2 Abah okey.. Balik cepat2 makan ubat. huhuhu


Sunset di port klang


Danial merenung masa depan.. Nak jadi otromen ke, superman? Dedua spender merah. Hmm, jadi ape ekk yg best?? :p


Kakak Ipar aku. Kak Zura dan Umaira.


Abg Ngah sekeluarga


Aku sekeluarga.


With Abah..


Pak Ngah dan Danial.


Anak bujang Abg Ngah, Adlee. Dia dah cederakan kaki maksu ngan kerusi dia. Adoiii.. Sakit sampai sekarang tau!!


Penggemar Siakap Steam.


Di mana-mana pun aksi begini takkan dilupakan. Besar betul pengaruh super hero ke atas kanak2.


Aku dan sotong goreng tepung yang liat.. tak sodap.


Lihatlah hero kesayangan ramai nih.. Ada je pe'el pelik dia. heheh..

Budak ni anti betul ngan maksu & paksu dia. Amik gambar dia pun nak marah.. adoila.. Kalo aku lalu je sebelah dia, mata dia menjeling semacam. heheh So cute!


Overall, outing kali ni seronok. Walaupun tempat makan tak berapa bagus. Sidek & Abg Ngah g ngamuk2 kat kaunter, dapat le rebate RM10.00.. Ade ke patut Senangin bakar dia masin mcm ikan masih. Rm35/kg pulak tu. Hanggok tul. Kalo camtu baik aku order ikan masin jer. Lagi murah. Tak bley pakai.. Jgn le pergi tempat ni lagi. Next time kita g Bagan Lalang pulak. Orang2 BCH nak join tak??? Pakat tido BSP la..


29 December 2008

My Lovely Sister


Dalam banyak2 kakak, ini le kakak yang paling aku sayang. Sebab? Masakan dia power. Sodap banget. Hampir2 menyamai masakan arwah mak aku. Bila aku ngidam nak makan apa2, talipon je dia. Mintak buatkan. Sure dapat punyerlah.. Adik kesayangan lah katakan..

Gambar ni kitorang capture masa balik selayang Ahad lepas. Masing2 nak menayang tudung baru. Kakak aku kata, yg dia pakai tu tudung Ekin. Aku plak, tak tau tudung ape yang aku pakai. Tak kisah le, jangan tudung saji @ tudung periuk udah!!

Korang pernah tak dengar lagu tudung periuk? Lagu lama.. Husband aku terer sehh nyanyi lagu tu. Org lamalah katakan. Eh, ape kaitan tudung periuk ngan entry bertajuk My Lovely Sister nih... dah menyimpang nih. Ayuh kembali ke pangkal jalan.

Kakak aku ni kira somebody jugak lah. Tiap kali besday dia, satu donia cuti. Ntah ilmu ape dia pakai aku pun tak tahu. Tensen betul aku. Sebab, besday aku nak jatuh pada bari sabtu/ahad sikit nyer payah.. tapi dia tiap2 tahun, selamber jer cuti. Pulak tu, siap ada bunga api la, konsert la. Hish..

Selamat Panjang Umur kepada Kaklong. Semoga sihat sepanjang hayat, dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah.. hehe. "01.01.2009" yang ke: (rahsia)