Pages

Showing posts with label jalan2. Show all posts
Showing posts with label jalan2. Show all posts

24 December 2011

Ostrich Farm, Port Dickson.

Beberapa gambar ketika di sana..

 

2011-11-28 14.16.49
Sekali pandang, Nadhirah nampak macam budak lelaki… Rambut pendek macam tu bukannya apa, supaya lebih mudah nak urus. Pakai tudung pun senang, takde la rambut terkeluar sana-sini. Btw beruk itu bernama JIJI. Jinak…


2011-11-28 14.18.18
Danish bersemangat mengejar itik.


2011-11-28 14.18.37
Dapat pulak tu! Hisssh… memang kampung boy betul.


2011-11-28 14.23.41
Daddy bersama ostrich yang kelaparan. Pantang nampak orang pegang bungkusan, kepala dia dah keluar pagar dulu.. mentang2 leher panjang!


2011-11-28 14.22.28
Sangat comel. Tapi bau bahan buangan ostrich adalah tidak comel ye adik2…


2011-11-28 14.41.26
Telur ostrich. Agaknya kalau buat gulai, penuh satu periuk.


2011-11-28 14.45.54
Danial yang takut. Tapi kami paksa jugak dia naik. Selama kat atas ostrich tu, muka dia ketat je. Senyum pun taknak… kat gambar tu senyum sikit sebab ostrich belum berjalan. Hehe.. apela Danial nih!


2011-11-28 14.47.19
Bertentangan dengan Nadhirah. Cool je dia. Sempat buat peace lagi. Kakak memang hebat! :)


2011-11-28 14.31.59
Daddy dipanjat oleh peminat misteri. Kami gelarkan beliau Ceplos. Ikut kami berjalan ke sana sini.


2011-11-28 15.02.16
Danish paling teruja.. tak cukup itik, dipeluknya arnab pulak. Jangan mintak mummy bela arnab sudah. Dah cukup banyak dah binatang kat umah kita tu, tak termasuk katak, semut dan lipas…. huh.

Insya Allah, kalau ke PD memang nak pergi ke sini lagi. Seronok melihat gelagat haiwan2 disana… hilang segala tekanan.

14 June 2011

Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Kesian betul kat blog ni… terabai sungguh. Maaf la ye, bz dengan hal duniawi… hehe.

Cuti sekolah, musim kenduri kahwen. Mendapat jemputan kenduri di Sabak Bernam, maka bermalamlah kami di sana. Sambil menyelam minum air katanya..

image
image
image
image
Tempat penginapan kami di Dorani Bayu Resort.
Sumber imej dari blog mereka. Kalau bole masak, lebih bagus. Restoran dah le bukak 2.00pm – 4.00am. Sangap le nak sarapan meggi manjang… hadoih.

image
Ada juga penginapan di atas air, tapi kami tak berani nak ambil risiko… takut nanti ada budak terjun masuk laut. Bahaya.

IMG_6257
Pandangan dari dalam restoran. Jeti nelayan bot kecil. Kadang2 mereka turunkan ikan disini.

IMG_6251IMG_6248
IMG_6249IMG_6250
Bila dah lapar, lauk macam ni aje dah cukup.
Licin…


IMG_6280
Dalam perjalan ke tempat kenduri. Pemandangan yang biasa tapi sangat menarik, bagi saya.
Tali air – pokok pisang – sawah padi..

IMG_6332
Teringin nak dok kat umah tepi sawah macam ni. Hari-hari bole main layang2… silap2 baju di ampaian berterbangan.

Gambar sekitar kenduri, takde. Sebab bz mencekik. hehe.

Sedikit kelainan: Terdapat pertugas yang mencedok nasi dan lauk pauk ke pinggan kita. Tadah aje… Eh, air pun di isikan tau.. Kemudian, tempat duduk lelaki dan perempuan di asingkan dengan tirai. Agak sukar untuk kami yang berkongsi tugas menjaga anak2. Kejap2 diorang lari dok ngan mak, kejap dok ngan bapak…  Langkah selamat, dok dalam kereta sementara Abah dan Mak masih di dalam berbual.

Aktiviti di petang hari: Memancing. Yeahhhhhh…
tapi gambar takleh taruk, sensored. Sila jangan bayangkan.

IMG_6441
Hasil tangkapan selama 2 hari. Jadila, penuh jugak satu kuali.

Dalam perjalanan pulang ke pangkal jalan, singgah menikmati pemandangan sawah padi di Sekinchan pula.

IMG_6420
Saujana mata memandang. Sila abaikan lembaga berbaju hitam itu. Dia tengah skodeng belalang kunyit celah pokok padi. Smile with tongue out

IMG_6380
Ini la pokok padi ye adik2.
Sebutir nasi, umpama setitis peluh petani…. hoiiyeah.

IMG_6396
Sila maafkan saya yang kejakunan ini.
Macam pose ada. Letak satu ni cukup la. Nanti korang tobat nak masuk blog ni lagi..

IMG_6428
Padi sedang di harvest oleh jentera.
Jakun lagi sekali…

IMG_6434
Boleh buat port mancing nih. Lenkali kena datang bawak payung gerai yang super besar itu. Panas mencanak weh..

Da… tamat sudah.

10 December 2010

Samb: Taman Burung, Kuala lumpur.

Lepas tengok pertunjukkan, kitorang sambung lagi jalan2. Macam2 jenis burung ada kat sini. Macam2 nama.. sampai tak ingat semua. Eh, ada satu nama burung yang terpahat di sanubari…
“Enggang Gatal Birah”.
Hehehe.. pelik betul namanya.


IMG_3596 
Tak tipu tau.. ini buktinya.

IMG_3597 
Inilah dia Enggang Gatal Birah.. Susah betul nak capture gambar dia. Sentiasa tergaru-garu. Gatal sangat ye? Patut la nama ko macam tu..

IMG_3593_thumb1 
Tidak perlu diperkenalkan lagi. Inilah diri Burung Kakak Tua, Hinggap Di Jendela, Nenek Sudah Tua, Giginya Tinggal Dua..


IMG_3539_thumb1 IMG_3534_thumb2 IMG_3535_thumb2
IMG_3537_thumb1

IMG_3578_thumb1
Cuba teka ini burung apa? Sebenarnya ini adalah Burung Gagak.. tapi Albino. Sebab tu putih melepak. Ni kalo dilepaskan, konfem gagak lain taknak kawan ngan dia. Lain pesen.



IMG_3549_thumb1

     Burung Nuri. Berwarna warni.


IMG_3563_thumb8

Masa ni burung2 tu tengah minum susu. Untuk memberi makan & minum kepada burung2 Nuri ni, kena bayar RM2. Kira ok la..

 


IMG_3560_thumb1

Hamik ko! Ni baru separuh.. Tak kurang dari 15 ekor bertenggek kat badan, bahu, kepala dan lengan aku.. Bingit bila burung2 ni berkicau betul2 sebelah cuping telinga. Amboi, yang sekor tu elok je landing atas tutt… hahah. Ni sah le burung Jantan. Gatai ye.

 

IMG_3565_thumb1 Kurang asem, kepala aku ko pijak ye? Tapi, tak kisah la kan, best punya pasal. Satu terapi jugak ni. Release tension…


IMG_3567_thumb1 
Gambar peberet.. So romantic!!


IMG_3569_thumb Aku, dia dan Nuri..
Eheh.. macam tajuk novel pulak.


Bersambung di bab 3…
:)

Taman Burung, Kuala Lumpur.

Ini adalah kali ke-2 saya menjejakkan kaki di sini. Kali pertama dulu, cuma bertiga. Sekarang dah berlima. Jadi, sila bayangkan… mana nak tengok burung.. mana nak tengok anak sendiri. Takut ada lari masuk tasik. Takpun ada pulak burung yang mati kena cekik.. Al maklumla, anak-anak Sidek ni sukar dijangka.

Eh, panjang pulak intro. Jomlah tengok gambar. Apa guna entry kalo tidak bergambar. Peribahasa baru.

image_thumb Peta untuk ke Bird Park. Sape ada Wak Garmin, sila search. Mudah sajo.


IMG_3478_thumb2

Landskap menarik yang menanti kedatangan pengunjung ke Taman Burung.


IMG_3481_thumb1

Sebaik sahaja melangkah masuk, mata kami terpaku melihat penyambut tetamu 3 ekor kat atas ni. Comellll… Ni yang buat tak sabar nak masuk….



IMG_3484_thumb1

Tu dia.. Si Merak memberi pose paling menarik. Selama berada kat sini, dia sekor je yang sudi kembangkan ekor dia lama2. Yang lain, semua bz tergaru-garu jer… byk kutu agaknya.


IMG_3485_thumb1

Hero kesayangan ramai ni tak berani nak pergi lebih dekat. Takut ke Danial?? Amenda la lu nih.. Dulu masa beraya rumah Ucu Enah, Adlee citer Abang pijak itik sampai tempang. Betul ke? Itik kecik berani la, kan???


IMG_3493_thumb

Besar gila taman nih. Harus study map dulu sebelum masuk. Lagipun masa ni kitorang sebok cari tempat pertunjukkan burung. Lagi 5 minit nak mula. Pergh, semput jugak la nak sampai ke sana. Sib baik sempat. Walaupun duduk kat tangga je..


IMG_3516_thumb


Sedang menyaksikan burung2 beraksi. Burung kakak tua mengayuh basikal, mengira nombor, membawa kereta… aksi helang menyambar makanan. Huh, memang best. Helang terbang betul2 atas kepala… ngeri jugak. Kot2 tercakar kepala, mau tersagat pulak tengkorak aku…



IMG_3518_thumb

Tu le helang yang dimaksudkan. Pandai diorang ni train helang. Sebaik saje abes show, semua helang2 tu terbang bebas sekeliling taman. Bila nak show, just tiup wisel.. diorang pun datang. Hebat..


image_thumb[1] Si kakak tua ni pulak pandai susun blok mengikut bentuk dan warna.


image_thumb[2]

Burung ini pandai mengira tau.. Cuma hasil tambah tak lebih dari 15. Let say, 7+5. So burung tu akan bunyikan loceng sebanyak 12 kali sebagai jawapan. Camana agaknya diorang ajar burung mengira ye? Musykil…


Habis show, kitorang sambung berjalan sekeliling taman. Sambil di temani burung2 yang bersepah sana sini. Pengalaman yang menarik. Tapi, risiko najis burung landing atas kepala juga amat tinggi. Harus berjaga-jaga. Sila bawa signboard, “Jangan berak atas kepala saya”. Harap2 burung2 tu pandai membaca…

Oleh kerana terlalu banyak gambar, maka terpaksa bersambung di bahagian ke-2.

Bye!