Pages

10 December 2010

Taman Burung, Kuala Lumpur.

Ini adalah kali ke-2 saya menjejakkan kaki di sini. Kali pertama dulu, cuma bertiga. Sekarang dah berlima. Jadi, sila bayangkan… mana nak tengok burung.. mana nak tengok anak sendiri. Takut ada lari masuk tasik. Takpun ada pulak burung yang mati kena cekik.. Al maklumla, anak-anak Sidek ni sukar dijangka.

Eh, panjang pulak intro. Jomlah tengok gambar. Apa guna entry kalo tidak bergambar. Peribahasa baru.

image_thumb Peta untuk ke Bird Park. Sape ada Wak Garmin, sila search. Mudah sajo.


IMG_3478_thumb2

Landskap menarik yang menanti kedatangan pengunjung ke Taman Burung.


IMG_3481_thumb1

Sebaik sahaja melangkah masuk, mata kami terpaku melihat penyambut tetamu 3 ekor kat atas ni. Comellll… Ni yang buat tak sabar nak masuk….



IMG_3484_thumb1

Tu dia.. Si Merak memberi pose paling menarik. Selama berada kat sini, dia sekor je yang sudi kembangkan ekor dia lama2. Yang lain, semua bz tergaru-garu jer… byk kutu agaknya.


IMG_3485_thumb1

Hero kesayangan ramai ni tak berani nak pergi lebih dekat. Takut ke Danial?? Amenda la lu nih.. Dulu masa beraya rumah Ucu Enah, Adlee citer Abang pijak itik sampai tempang. Betul ke? Itik kecik berani la, kan???


IMG_3493_thumb

Besar gila taman nih. Harus study map dulu sebelum masuk. Lagipun masa ni kitorang sebok cari tempat pertunjukkan burung. Lagi 5 minit nak mula. Pergh, semput jugak la nak sampai ke sana. Sib baik sempat. Walaupun duduk kat tangga je..


IMG_3516_thumb


Sedang menyaksikan burung2 beraksi. Burung kakak tua mengayuh basikal, mengira nombor, membawa kereta… aksi helang menyambar makanan. Huh, memang best. Helang terbang betul2 atas kepala… ngeri jugak. Kot2 tercakar kepala, mau tersagat pulak tengkorak aku…



IMG_3518_thumb

Tu le helang yang dimaksudkan. Pandai diorang ni train helang. Sebaik saje abes show, semua helang2 tu terbang bebas sekeliling taman. Bila nak show, just tiup wisel.. diorang pun datang. Hebat..


image_thumb[1] Si kakak tua ni pulak pandai susun blok mengikut bentuk dan warna.


image_thumb[2]

Burung ini pandai mengira tau.. Cuma hasil tambah tak lebih dari 15. Let say, 7+5. So burung tu akan bunyikan loceng sebanyak 12 kali sebagai jawapan. Camana agaknya diorang ajar burung mengira ye? Musykil…


Habis show, kitorang sambung berjalan sekeliling taman. Sambil di temani burung2 yang bersepah sana sini. Pengalaman yang menarik. Tapi, risiko najis burung landing atas kepala juga amat tinggi. Harus berjaga-jaga. Sila bawa signboard, “Jangan berak atas kepala saya”. Harap2 burung2 tu pandai membaca…

Oleh kerana terlalu banyak gambar, maka terpaksa bersambung di bahagian ke-2.

Bye!

2 comments:

HazlisaNoor said...

akak pun dah gi sini..nanti nak bwk baby baru plak..hehe

Sue said...

Best kan kak? Tapi Sue tak ambik gambar dengan burung Kakak Tua tu.. Mahal benor. Satu kepala RM10. 5 kepala..? Huh, gigil kepala lutut laki den. hahaha