Pages

09 December 2010

Planetarium Negara, Kuala Lumpur.

Daddy dah janji nak bawa kitorang ke Planetarium negara sejak awal cuti hari tu. Dan sabtu lepas, Daddy dah tunaikan janji pelesu nya itu. Terima kasih Daddy. We love u.

Jom tengok sedikit gambar yang diambil ketika di Planetarium Negara:

IMG_3444
Meneropong pemandangan sekitar Kuala Lumpur. Nasib baik teropong tu free, kalo kena masuk syiling.. memang saje je la kan.


IMG_3445
Kanak-kanak ribena yang sangat teruja nak ke sini. Lebih2 lagi yang pompuan tu. Plan asal nak teropong bulan/bintang. Tapi Balai Cerap ditutup sebab ada acara khas sedang berlangsung. Maka hanya dapat teropong hutan batu di Kuala Lumpur. Boring.


IMG_3458 
Danial sedang bermain game mewarna, sambil di provoke perhatikan oleh kakak beliau.




IMG_3463
Di dalam gelongsor Anti-Graviti. Budak2 pasti teruja bermain gelongsor nih. Ada yang badan dah macam mak budak pun, selamber je main sama. Ish, tak paham betul. Kat umah ko takder slide ye kak?


IMG_3466
Di dalam Teater Angkasa. Malangnya sekali lagi kami disajikan filem pendek yang sama ketika kedatangan kami bulan lepas. Layan je lah.


IMG_3477
Nadhirah bersama komik yang diberi percuma. Sekarang kalau nak senyum kena tutup mulut, sebab pagar dah roboh.. hehe.


Kesimpulannya, kedatangan kami ke Planetarium kali ni agak mengecewakan. Sebab tak dapat teropong bintang. Pengunjung pula sangat ramai waktu tu, termasuk la sebuah rombongan tadika. Adeh, nak tgk show pun tak syiok.. dengar suara budak2 menjerit aje. Dah macam kat taska gamaknya.

Apapun, mood kembali ok selepas kami menjejaki Taman Burung.

-bersambung-

:P

No comments: