Pages

10 December 2010

Samb lagi: Taman Burung, Kuala Lumpur.


Selepas bermesra dengan Nuri, perjalanan diteruskan untuk melihat spisis burung2 yang lain.


IMG_3611_thumb Anak2 membontoti si bapak. Yela, dia kan ketua geng bas sekolah rombongan.


IMG_3610_thumb
Danial menggelabah buat u-turn sebab burung tu kejar dia.. hahahah. Sangat lawak masa ni. Muka Danial dah pucat semacam. Asalnya, dia yang nak kejar burung tu. Aleh2, dia pulak yang kena kejar… Ish, tak macho le macam ni bang. Kalo awek nampak, kena gelak jer..


IMG_3622_thumb 
Merak yang bersepah di sana sini. Kiri kanan depan belakang, dia saje.. jinak pulak tu. Boleh la kalo nak pegang2 manja.


IMG_3651_thumb
Itik pun ada…

Dan akhir sekali, dipaparkan.. burung yang tak ingin kita lihat di waktu malam. Mungkin kerana namanya yang begitu menakutkan. Walau pada hakikatnya ianya haiwan yang comel.. tetapi sedikit misteri…


B.U.R.U.N.G. H.A.N.T.U

IMG_3587_thumb1  Dia ni kalau dalam citer kartun, selalu dapat watak guru besar.. mungkin sebab kening yang begitu. Sian dia, di ambil kesempatan atas rupa parasnya yang eksotik itu.


IMG_3683_thumb1 Ini pula spesis lain. Renungan yang menyeramkan.. eii. Dia macam marah je aku snap pic ni.



IMG_3679_thumb1

   Dia ni pulak cuba membuat aksi comel. Tetapi tidak berjaya, kerana di kakinya terdapat seekor anak ayam yang baru sahaja disambar. Mana nak comel macam tu?! Sorok2 la sikit habuan makan malam engko tu… issh. Memang ganas le dia ni.



IMG_3687_thumb1

Ha.. yang ini memang pemalu. Susah betul nak eye-contact ngan dia, Aku dah gegar2 pagar tu, still dia tunduk jer.. issh. Tapi dia ni comel la.. Mata tu macam pakai celak je.


IMG_3680_thumb1

“Oii.. aku nak tido pun susah. Bising je korang ni.”
getus En. Owel ini di dalam hati.


Dan kitorang pun balik…

 IMG_3693_thumb “Best tau tempat ni. Danish sukaaaaaaaa sangat. Kalau boleh tiap2 minggu Danish nak datang sini. Tapi Daddy kata tak boleh. Nanti poket Daddy kempis... Ape la Daddy nih!!”

 

Sekian.

No comments: