Pages

Showing posts with label abah. Show all posts
Showing posts with label abah. Show all posts

08 July 2009

I love you

i love u so much!
more than words can say..

25 June 2009

Meraikan bapa² di Selayang



Oleh kerana terdapat pic aku yg tidak sesuai ditonton oleh semua jenis jantina, maka entry ini adalah di 'password' kan.. nak tahu password?? Tanya la aku in private yer.. hehehe.

03 June 2009

Abah saya sangat pandai memasak

Ahad lepas berkesempatan menjenguk Abah kat Selayang. Rindu betul, lama rasanya tak jumpa Abah. Dan lama juga tak rasa masakan dari air tangan Abah..hehe. Abah mmg pandai masak.. sejak mak 'pergi' bakat memasak abah semakin terserlah.. agaknya dulu abah diam² dok perati cara mak masak. Rasanya saling tak tumpah macam masakan mak.. Ish, rindu la kat Mak... al-fatihah....sob! sob! srroot...

Aku pun apalagi, buat muka welfare.. mintak Abah masakkan Ikan Baung yg beli kat Perak hari tu. Siap mintak masak lemak cili api.. huhu. Aku suggest letak belimbing buloh, tapi abah pulak nak letak mangga muda since banyak mangga muda bergayutan kat pokok belakang rumah.. Yessza!!! Kecik tapak tangan, stadium selayang aku tadahkan.. wallah! Feveret aku sangat la benda yang masam² macam tu...

Dan, abah juga parut kelapa sendiri. Kelapa tu pulak dari pokok yg abah tanam sendiri. Hmm, sangat berusaha abah-ku ini untuk memenuhi tembolok selera anaknya nan seorang ini... i lap u abah..

Bahan²: Kunyit idop, cili api, santan, mangga muda, garam secukup rasa..


Gaul kan semua bahan sehingga sebati ye anak²..
Abah jadi model tak berbayar hari tu..hehe


Ini selepas dikacau mesra...


"Pastu, jerang atas api yang perlahan. Masak lemak ni kena sabar, kalo tak jadi tahi minyak" kata Abah lagi...


Sudah sedia dihidang...


Close-up sket.. nampak tak kepala baung? My fav part..
Sodap!! Sehingga menjilat jari...
Lapo la pulak..


*Banyak untungnya jika bercucuk tanam kat rumah. Nak jer, petik kat pokok.. fresh dan dijamin tidak menggunakan bahan kimia..

27 April 2009

Lesen Memandu Tahun 70-an.

Sure ada diantara korang tak pernah tengok nih..


Lesen memandu tahun 70-an. (macam buku derma darah jer...)




Abah sewaktu berumur 31 tahun.. (jika gambar di ambil semasa reg new lesen)
Hensem.. no wonder anak bongsunya cun melecun... hahahah.


Alamat: Jalan Salleh, Kg. Penduduk, Kg. Baru, Kuala Lumpur. Yer! Abah saya pernah menetap di situ dulu.
Tempoh lesen: Dari 7 Jun 1971 hingga 6 Jun 1972.



Masa ni alamat lain pulak. Lembaga Letrik Tanah Melayu. Kini dikenali sebagai TNB.
Signature Abah dari dulu sampai sekarang sama jer... tak berubah.

Abah, oh Abah! I love u so much.. Terima kasih di atas segalanya. Ya Allah, peliharalah Abah. Ampunkan dosa2nya.. dan Berikanlah Abah kesihatan yang baik dan berpanjangan. Amin.

21 April 2009

Semi-D @ Taman Desa Mas

Modern design.. i like!


Chantek kan?? Wall paper je tuh..


Kitorang minat kat divider tu.. dah lama plan nak pasang. Tapi budget takder.. hehe



Aiyo.. susunan di atas meja makan itu sunguuh merbahaya utk kanak2.


Ish.. tanteknya... suker! Suker!! Abg Mamat, biler mau bikin ini macam?? Kalo dpt ler.. sure masakan akan SEDAP sentiasa!!


Family area kat tingkat atas. Cun pulak bila ada bunga tampal kat dinding..


Bilik anak pompuan. So sweet!!!


Ni pulak bilik anak bujang...cool!


Ni master bedroom.. not my taste lah!! Suram kusam jer..hehe


Ni kat dlm master bedroom gak. Belakang dinding TV tu tandas sebenarnya. Tapi dipisahkan oleh sliding door kaca... wardrobe pun kat situ. Boleh la tiru design ni..



"Abah suker lah ngan rumah nih. Ada laman.. boleh cucuk tanam. Kalao takat nak bela ayam itik sekor dua tu pun boleh.. Bila nak beli??" kata Abah.
"Memang best rumah nih, besar..cantik. Tapi, rumah yg ada sekarang ni pun tak terjaga. Rumput dah panjang, sawang sana sini. Tu tak kira ta*k kucing atas rumput.. Suruh anak abah yg lain ajer lah beli yer??" Kata aku..
So, sapa mau belii?? Abah dah tanya nih....

"Oii.. dah! Dah! Jgn nak berangan. Rumah sekarang ni pun blom abes bayo. Bengkok la kalo nak beli umah lagi. Adusss.. bini aku ni!! Cepat masuk kereta.. kita nak balik.." En. Husband



Senyum...!!

13 April 2009

Ooo Balik Kampung...!

Sarapan pagi kami, Nasi goreng.. nampak mcm sedap ke, macam tak sedap?? Rupanya bukan setakat untuk sarapan, makan tengahari pun nasi goreng yang sama... heheh.


Ayam goreng rempah, sedap! Resepi dari Raub.


Abah bancuh air sendiri.. hmm, kita nak bancuhkan dia takmo. Isk.



Ni pemandangan laman kat tepi rumah. Banyak betul pokok2 hiasan. Abah saya memang green fingers... skarang ni tgh cuba tanam angggur pulak..


Riang rasa hati tatkala tanaman mengeluarkan hasil.. alhamdulillah!


Silalah terliur. Bayangkan mkn buah ni cicah kicap+gula+cili padi. Wallah!


Tokei dusun di atas pokok. Cucu2 dia kat bawah kecoh suruh turun. Takut atok jatuh..


Budak2 ni sangat teruja dpt petik buah jambu sendiri..


Sebahagian dari hasil yang berjaya diturunkan.. yum..yum.


Belimbing buloh, buat masak lemak cili api + ikan sungai... pergh.


Tgk muka Danial... sampai ternganga mulut dia tgk buah cermai.. jakun yer Danial?? huhuhu


Durian belanda.. apesal belanda yg dapat nama?


Danial dah muka seposen sbb dia terbau sumthing yg busuk.. Arisya kata, "tu bau getah la Danial".. hehe. Arisya oi.., kat sini mana ada pokok getah!! Tu bau tahi ayam la... Sure dia teringat bau getah macam kat kampung dia tu... heheh. Lawak la korang nih.


Danial bersama bunga kantan. Hmm, terus teringin nak mkn laksa. Esok boleh la beli kat pasar malam... Buat sendiri?? Sorila. Tak rajin aku nak buang tulang ikan tuh.. beli lagi senang.


Ni pokok peberet aku. Tiap kalo balik Slyg, g petik cili dulu.. Jimat seh, tak yah beli kat kedai.