Pages

Showing posts with label Selayang. Show all posts
Showing posts with label Selayang. Show all posts

21 March 2011

Pesta Makan Ayam


IMG_5159
3 ekor dah penuh sedulang


IMG_5160
zoom sket..
Seketul peha je bole penuh sepinggan. Terpaksa kerat 3.


FotoFlexer_Photo
Tu dia.. peha.

Selepas di kerat kepada 32 bahagian, maka ayam-ayam tersebut telah berubah bentuk, bau, rasa dan warna.

IMG_5177
Kita bako aje, kita bako!!


IMG_5183
Buruh kasar pada hari itu.
Tensen je brader dua orang ni, tuan umah beli arang dah expired.. Nasib baik oven baru tak jadi mangsa.
Smile


IMG_5193
Diam-diam curik makan ye???!


Menu pada hari itu:


Kari kapla ikan

IMG_5215
Ayam BBQ



Sup ayam
Oii, periuk mahal masuk blog. Satu donia leh tengok periuk Pak Lah.
Hehehe

image
Ayam goreng
Pic dari incik gugel


IMG_5208
Juri jemputan
Atok Andak


IMG_5202
Walau pun ayam ber’kaki ayam’.. tapi bile kaki ayam itu dijadikan SUP, huh… terangkat!!!

Semua tu ayam belaan abah, yang selama ni menjadi kontroversi. Bukan ape, bila abah bela ayam, susah betul nak ajak abah berjalan. Risau ayam tak makan la, anjing liar makan ayam la.. Ikut Abg Dee senang aje, bagi semua ayam tu MAKAN LUAR, abes citer.. hoho. Nangis le abah kalo camtu.

Sekali Abah sembelih, ha kauu! Semua senyum sampai telinga. Dapat mkn ayam free. Yang sedap.. tak kena injek, takde bau hanyir. Ayam yang makan “nasi ayam.” Sape bela ayam mesti tau makna lain “nasi ayam”…

Thank u abah, sebab belanja kitorang makan. Lepas ni Abah bela lah rusa pulak. Boleh kita buat sate rusa…

Terima kasih juga kepada chef sepanjang zaman, Kaklong. Masakan yang super duper sodap. Sehingga menjilat jari kaki….ayam.


2 ,3 ayam berlari,
Mana nak sama Ayam Pak Lah,
Sesekali berkumpul meriah begini,
Gelak sampai rumah macam nak roboh pun, aku tak kisah.

ha.. jawab la kalo berani

Sekian

Jamming 3 Generasi

IMG_5230
Atok Andak yang rancak bercerita pengalaman beliau jamming ketika muda-muda dulu.


IMG_5238
Kak N yang khusyuk mendengar. “Kini Atok Andak adalah IDOLA kak N. Bukan lagi PAPA. Sori ye Pa!”.


IMG_5240
Gitar sudah bertukar tangan.


IMG_5225
WGS dan YB terkasima mendengar petikan gitar Atok Andak. Goreng… jangan tak goreng!


IMG_5244
Tu dia.. gaya seorang sifu memegang gitar. Orang lain menggelabah tengok kord, Atok Andak dengar je terus goreng… Hebat!!

Broery Marantika, Spring, A Ramli, Aizat, Awie, Ibnor Riza dan lain2… Macam2 jenis lagu diperdendangkan oleh WGS dan diiringi oleh petikan gitar Atok Andak dan Abg Dee.

Untuk makluman, waktu kejadian adalah 12:32:06 AM. Kepada jiran sekeliling, maafkan kami. Harap tidor anda tidak terganggu.
Smile

24 February 2011

Riang Ria Di Teratak Pak Lah

Assalamualaikum.

Untuk pengetahuan, Teratak Pak Lah terletak di Selayang. Ianya ialah umah abah saya, juga tempat di mana saya dilahirkan. Maka dengan ini saya telah menjawab dengan terang lagi bersuluh, bahawa Teratak Pak Lah yang saya ceritakan sebelum ini adalah tidak ada kena mengena dengan mantan PM kita.
:)

Seronoknya berkumpul bersama-sama keluarga Pak Lah pada Sabtu yang lepas.

1. Kaklong telah berjaya mengenakan saya. Kata tak balik, tapi kejap-kejap dia SMS, tanya dah sampai mana? Awatnya…?? Ko kata tak dapat datang kan??? Telah syak sesuatu disitu. Tapi biarkan aje la…. :P

2. Menu spesial tanpa dirancang telah menjadi menu utama. Iaitu PECAL. Puncanya, saya telah ternampak kelibat kewujudan sambal pecal segera di Pasar Borong Selayang. Call Kaklong, tanya apekah rakan-rakan sayuran untuk dibuat pecal. Dan beliau juga lah yang telah mem-baiki & menyedapkan lagi sambal pecal segera itu. Buat style arwah Mak.. Oh, rindunya Mak.

3. Rupa-rupanya mereka2 di Selayang bz menyiapkan kek karot untuk tuan umah (kak Zura). Kesian dia, dah lama sangat mengidam. Sejak dah abes pantang ni, macam2 dia request. Sambal belacan la.. ape la. Jgn request kepala ketapi sudah.

4. Kehadiran tetamu VIP meja persidangan di saat-saat akhir memeriahkan majlis. Beliau adalah Kak Faridah, sepupu sebelah abah. Kenapa digelar “tetamu VIP meja persidangan”…? Oh, hanya jauhari yang mengenal manikam…. hahaha.

Jom tengok gambar.

IMG_4808Incik Krab Masak lomak cili api  


IMG_4811
Pecal
(Kangkung + Timun + Taugeh + Tauhu + Sengkuang + Kacang Panjang + Telur Rebus)


IMG_4815 
Kuah pecal. Sangat sedap kebabom.


IMG_4835
Incik Krab mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Maka terpaksa top-up Incik Udang ni pula. Terima kasih kepada chef kerana bertindak pantas.


IMG_4836
Ikan jeket sumbat kelapa. Entah kenapa gambar ni kusam, tak berseri langsung.


IMG_4818
Pencuci mulut pada hari itu, Carrot Cake.
Sila jangan komen  hiasan kek yang canggih itu. Ianya perlu dibanggakan kerana tukang hias kek tidak pernah menghadiri mana-mana kelas menghias kek secara percuma atau berbayar di Malaysia.. Kelas Wilton kat US je dia penah pegi.
:P


IMG_4859 
Cukup manis, cukup rasa, cukup isi (carrot + kismis + wallnut)
I like!!!


IMG_4832
Khusyuk betul. Ntah ape yang sedang mereka perhatikan. Sehinggakan Encik Drebar melopong….


IMG_4839
Makan time!!
Baca doa dulu ye tuan2 dan puan2.
Saat makan sebegini memang menjadi trademark keluarga Pak Lah. Al-maklumla, meja persidangan cuma muat2 tuan umah sekeluarga aje.


IMG_4838
Aik?? Orang lain belum duduk, rupanya Encik Drebar dah menjala dulu ye. Patutla Incik Krab banyak yang hilang. Ciss…


IMG_4844a
Eh?? Macam sama pulak pose Kaklong dengan Incik Drebar kat atas tu. Ini baru le sehati sejiwa namanya.


IMG_4849
Kekenyangan nampaknya tetamu VIP kita.


 IMG_4855a
Acara kemuncak pada hari itu. Nyanyian lagu Selamat Panjang Umur untuk Kak Zura. Diiringi petikan gitar oleh 2 orang seniman jalanan.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walau tanpa sebarang perancangan. Lepas sesi potong kek, sambung jamming pulak. Kepada jiran sebelah menyebelah, mintak ampun mintak maaf jika tidur anda terganggu. Juga kepada ternakan abah, Cik Yam, Cik Nab dan Cik Ti.. Sesekali mendengar konsert percuma best jugak kan?

Sekian.

(Cik Yam = Ayam, Cik Nab = Arnab, Cik Ti = Merpati)

08 July 2009

Cerita di hujung minggu yang lalu

Cerita mungkin yang telah sedikit basi terlewat. Agak bz di awal minggu ini. Ape benda yang dibzkan pun tak tahu ler..


Alhamdulillah, planning makan² sambil bergossip di Selayang berjalan dengan jayanya. Ditambah pula dengan kehadiran tetamu tambahan, maka bertambah havoc umpama pasar borong jadinya. Tak rugi korang datang wei, licin menu kitorang hari tu. Kalo tak mau 2-3 hari jugak mkn menu yang sama...hehe. Cuma kami selaku tuan tanah kedaung rumah mintak mahap le kalo ada yang sakit perut gara² sambal kicap aku tu.. melampo pedasnya. hahaha.. saya belum layak dpt sijil sambal kicap, fail!




Sebelum acara melantak makan², kena nyanyi lagu hepi besday dulu. Sempena belated besday si kecik manis Humairah Putri yang ke-2 tahun, exact date: 19 Jun. Overall, semua seronok.. cuma rasa ralat sket sbb tak der belikan hadiah utk besday girl. Yela, mama + papa dia buat secara mengejut.. kan dah rugi disitu. Kalo tak kompem jimat bajet utk beli baju raya selai dua... selamat poket aku...hehehe


Seronok kalau selalu dapat macam ni. Gathering together-gether. Mengeratkan hubungan silaturrahim gitu... peace!

13 April 2009

Ooo Balik Kampung...!

Sarapan pagi kami, Nasi goreng.. nampak mcm sedap ke, macam tak sedap?? Rupanya bukan setakat untuk sarapan, makan tengahari pun nasi goreng yang sama... heheh.


Ayam goreng rempah, sedap! Resepi dari Raub.


Abah bancuh air sendiri.. hmm, kita nak bancuhkan dia takmo. Isk.



Ni pemandangan laman kat tepi rumah. Banyak betul pokok2 hiasan. Abah saya memang green fingers... skarang ni tgh cuba tanam angggur pulak..


Riang rasa hati tatkala tanaman mengeluarkan hasil.. alhamdulillah!


Silalah terliur. Bayangkan mkn buah ni cicah kicap+gula+cili padi. Wallah!


Tokei dusun di atas pokok. Cucu2 dia kat bawah kecoh suruh turun. Takut atok jatuh..


Budak2 ni sangat teruja dpt petik buah jambu sendiri..


Sebahagian dari hasil yang berjaya diturunkan.. yum..yum.


Belimbing buloh, buat masak lemak cili api + ikan sungai... pergh.


Tgk muka Danial... sampai ternganga mulut dia tgk buah cermai.. jakun yer Danial?? huhuhu


Durian belanda.. apesal belanda yg dapat nama?


Danial dah muka seposen sbb dia terbau sumthing yg busuk.. Arisya kata, "tu bau getah la Danial".. hehe. Arisya oi.., kat sini mana ada pokok getah!! Tu bau tahi ayam la... Sure dia teringat bau getah macam kat kampung dia tu... heheh. Lawak la korang nih.


Danial bersama bunga kantan. Hmm, terus teringin nak mkn laksa. Esok boleh la beli kat pasar malam... Buat sendiri?? Sorila. Tak rajin aku nak buang tulang ikan tuh.. beli lagi senang.


Ni pokok peberet aku. Tiap kalo balik Slyg, g petik cili dulu.. Jimat seh, tak yah beli kat kedai.