Assalamualaikum.
Untuk pengetahuan, Teratak Pak Lah terletak di Selayang. Ianya ialah umah abah saya, juga tempat di mana saya dilahirkan. Maka dengan ini saya telah menjawab dengan terang lagi bersuluh, bahawa Teratak Pak Lah yang saya ceritakan sebelum ini adalah tidak ada kena mengena dengan mantan PM kita.
:)
Seronoknya berkumpul bersama-sama keluarga Pak Lah pada Sabtu yang lepas.
1. Kaklong telah berjaya mengenakan saya. Kata tak balik, tapi kejap-kejap dia SMS, tanya dah sampai mana? Awatnya…?? Ko kata tak dapat datang kan??? Telah syak sesuatu disitu. Tapi biarkan aje la…. :P
2. Menu spesial tanpa dirancang telah menjadi menu utama. Iaitu PECAL. Puncanya, saya telah ternampak kelibat kewujudan sambal pecal segera di Pasar Borong Selayang. Call Kaklong, tanya apekah rakan-rakan sayuran untuk dibuat pecal. Dan beliau juga lah yang telah mem-baiki & menyedapkan lagi sambal pecal segera itu. Buat style arwah Mak.. Oh, rindunya Mak.
3. Rupa-rupanya mereka2 di Selayang bz menyiapkan kek karot untuk tuan umah (kak Zura). Kesian dia, dah lama sangat mengidam. Sejak dah abes pantang ni, macam2 dia request. Sambal belacan la.. ape la. Jgn request kepala ketapi sudah.
4. Kehadiran tetamu VIP meja persidangan di saat-saat akhir memeriahkan majlis. Beliau adalah Kak Faridah, sepupu sebelah abah. Kenapa digelar “tetamu VIP meja persidangan”…? Oh, hanya jauhari yang mengenal manikam…. hahaha.
Jom tengok gambar.
Incik Krab Masak lomak cili api
Pecal
(Kangkung + Timun + Taugeh + Tauhu + Sengkuang + Kacang Panjang + Telur Rebus)
Kuah pecal. Sangat sedap kebabom.
Incik Krab mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Maka terpaksa top-up Incik Udang ni pula. Terima kasih kepada chef kerana bertindak pantas.
Ikan jeket sumbat kelapa. Entah kenapa gambar ni kusam, tak berseri langsung.
Pencuci mulut pada hari itu, Carrot Cake.
Sila jangan komen hiasan kek yang canggih itu. Ianya perlu dibanggakan kerana tukang hias kek tidak pernah menghadiri mana-mana kelas menghias kek secara percuma atau berbayar di Malaysia.. Kelas Wilton kat US je dia penah pegi.
:P
Cukup manis, cukup rasa, cukup isi (carrot + kismis + wallnut)
I like!!!
Khusyuk betul. Ntah ape yang sedang mereka perhatikan. Sehinggakan Encik Drebar melopong….
Makan time!!
Baca doa dulu ye tuan2 dan puan2.
Saat makan sebegini memang menjadi trademark keluarga Pak Lah. Al-maklumla, meja persidangan cuma muat2 tuan umah sekeluarga aje.
Aik?? Orang lain belum duduk, rupanya Encik Drebar dah menjala dulu ye. Patutla Incik Krab banyak yang hilang. Ciss…
Eh?? Macam sama pulak pose Kaklong dengan Incik Drebar kat atas tu. Ini baru le sehati sejiwa namanya.
Kekenyangan nampaknya tetamu VIP kita.
Acara kemuncak pada hari itu. Nyanyian lagu Selamat Panjang Umur untuk Kak Zura. Diiringi petikan gitar oleh 2 orang seniman jalanan.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walau tanpa sebarang perancangan. Lepas sesi potong kek, sambung jamming pulak. Kepada jiran sebelah menyebelah, mintak ampun mintak maaf jika tidur anda terganggu. Juga kepada ternakan abah, Cik Yam, Cik Nab dan Cik Ti.. Sesekali mendengar konsert percuma best jugak kan?
Sekian.
(Cik Yam = Ayam, Cik Nab = Arnab, Cik Ti = Merpati)
1 comment:
ALHAMDULILLAH..keseronokkan yg tak d jangka masa d Selayang..yg tak d plan pulak jadi..hehehe..apa2pun SYABAS sbb kuah pecal mmg sedap kebabom..nx time kita pekena dgn pucuk ubi kat belakang rmh pak lah la pulak..baru la lg lengkap juadah pecal.. ;)
Post a Comment