See??
Hidung kami adalah hampir-hampir sama. Panjang, lebar malah mungkin diameternya juga sepadan… hehehe.
Ini atok saya. Ibu kepada Allahyarhamah Bonda saya. Ketika masih belajar dulu, saya pernah membawa teman baik saya bercuti di kampung. Kitorang ni boleh kata sepanjang masa lepak2 di dalam bilik aje.
Maka, di suatu hari.. Atok pun tegur. “Huh!! Tempat tido dah macam tempat kucing beranak!!!”… dengan tidak semena-mena, kawan baik saya pulak menjawab, “Ni kucing dah abes pantang la, Atok…”… Hahaha. Macam orang gila kitorang ketawa lepas tu. Tak sangka ayat tu boleh terkeluar dari mulut dia…
Semoga Atok diberikah kesihatan yang baik dan berhagia selalu di samping anak2, cucu2 dan cicit2 tersayang.
25 February 2011
Sama tapi tak serupa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
Hehehe..meaw meaw meaaaawwww...awwww..!!!ala2 bunyi kucing gatal dan manja.. ;P
" Ehh..ame la.." ikut style Umairah ngajukkan Hariz dulu.. ;)) maksudnya mmg ada iras2 jg la..manala tumpahnya kuah kalau tak ke pinggan...sbb atok cun la ko pun cun gak,hehe,Ok la tu..sure atok bangga sbb ada salah sorang cucu yg punya iras spt dia,smga atok d berikan kesihatan yg baik,d lindungi allah selalu dn d pnjngkan umur hendaknya..amin..!!!
Miss Anoi:
Amboiih, gatai nya kucing. Ni kucing jantan ke betina?? :P
k.long:
iyela..iyela. saya bersyukur dengan segala nikmat yang diberi oleh Nya. Atok, i lap u so much. Mode Insap: ON. :)
tang kedut yg lain...he..he.. moga atok sihat selalu.. seronok sekali-sekala berborak dgn atok ni.. ada bykkkk... sejarah.
ALHAMDULILLAH..SYUKURLAH KO DAH INSAP..HEHEHE..SEMOGA SNTIASA MENDAPAT HIDAYAH... ;p
Adzriel: hehehe.. kedut yang menbezakan kami.
K.Long: Hari jumaat ni banyakkanlah berzikir. Hari lain dah banyak buat ketupat.. huhu. Astaghfirullah...
kucing jantan kucing betina,
kalau pandai cubala teka,
pemerhati bebas antara benua,
Blogmu sentiasa menjadi teman hiburanku di kala duka..
siapakah saya,Biarlah ianya menjadi rahsia..
wahai kucing jantan,
wahai kucing betina,
mengapa identitimu sungguh sukar aku nak teka,
tidak mengapa andai ingin berahsia,
walau berteman cuma di alam cyber sahaja...
ceewaaah!!! jawab cik anoi, jawab!
:)
status kucing yang penuh tanda tanya,
biarkan saja dengan misterinya,
suka mengikuti ceritamu dari mula hingga selama2nya,
seronok melihat gelagat anak2 Pak Lah dan keluarganya,
Ada saja aktiviti yg mencuit rasa,
Kalaulah aku salah seorang dari ahli keluarganya,
Tapi apa kan daya,
Aku cuma insan biasa seadanya...
alololo... sedihnya.
meh sini aku belanje Friskies nak?
hehehe
kucing bukan sebarang kucing,
setakat friskies dia tak main,
bagi je yg `branded' pasti tak berpaling,
yang penting kepuasan dan kualiti terjamin..
Buat mami-Sue,teruskan berkarya,
idea dan ceritamu amat berharga buat saya,
Doa saya semoga berjaya,
sekurang2nya boleh menjadi inspirasi dalam hidup saya,
untuk lebih tabah dengan setiap dugaan-NYA..doakan ye.. -salam dari seorang sahabat cyber-
wahai kucing, yang bukan sebarang kucing,
komen mu ini menyedarkan saya,
yang saya bukan syok sendiri bercerita,
terima kasih atas doa dan ucapan,
semoga saya terus diberikan ilham olehNya,
untuk berkongsi cerita dengan anda semua,
yang baik dijadikan contoh,
yang buruk ditiru jangan,
kelak akan merana badan,
sendiri tanggung la ye tuan/puan.
selamat hari jumaat.
saya merangkap kawan baik yg di maksud kan didalam cerita ini menyokong 100% kesahihan cerita nie..
teringat zaman cuti sem... naik bas balik segamat.. then naik bas gie melaka... jalan2... dan naik motor gie PD ngan Ulu Bendul...
wah.. memori kita berdua kan mummy sue...
i really miss that memories
Kami: Ko igt tak, kita naik moto dari Selayang, nak ke KLCC untuk tengok wayang. Sekali tayar pancit kat Jalan Kuching.. Malam pulak tu! Terpaksa call bodyguard, Abg Nan. Ni bukan kenangan manis, tapi kenangan pahit. hehehe
dengan tudung melayang dari bakul la.. dah la tudung tu tudung ko kan hahaha... semua aku igt beb...
winduuuu sesangat...
yup, mmg tudung kesayangan aku. tu la, jahil. sape suruh pakai tudung, pastu bukak tudung tengah jalan?? hahaha. (sekarang sudah insaf.. )
wei, satu lagi. selalu kita g beli barang dapor kat care4 wangsa maju. and beli ikan/ayam/sayur kat pasar keramat. bila benti kat traffic light, brader motor sebelah gelak2 kita bawak sayur dlm bakul motor. hawau betul...
Post a Comment