Raja apa? Raja Kaporrrrrrrr!!!
Eh, bukan.. raja buah le.
Danish sangat-sangat-sangat sukakan durian. Pantang tercium bau, dan-dan tu jugak suruh beli.
Tadi selepas hantar Nadhirah and the gang ke sekolah, pusing2 cari buah jambu batu. Aleh2 terserempak pulak dengan penjual durian. Gaya cerita macam jalan kaki aje pulak…
Syukur peniaga tu adalah Melayu, air muka pun bersih je. Durian kampung RM9/kg. Yang lain2 ada yang mencecah sehingga RM19/kg. Tu jenis yang gemok-gemok.. ntah ape nama spisis durian tu.
Maka saya pun telah membeli 2 biji durian kampung, berharga RM37.00. Fuhhh… kenangkan Danish aje yg dah lama sangat nak mkn durian. Beli lah jugak. Sambil dalam hati berdoa banyak2 supaya isi durian ni semuanya elok dan sedap…
Alhamdulillah! Ianya tidak mengecewakan. Sangat-sangat sedap, segar dan rasanya yang lemak manis itu sangat menambat selera.
Tengok budak 2 orang ni. Sangat gumbira dapat makan durian. Danial makan 3 ulas, Danish pulak 2 ulas. Tu pun sebab dah sampai waktu tido. Kalau tak selamber je 5 ulas sekali hadap.
Yang sebiji lagi, jenis isi tebal dan kulit nipis. Semuanya elok, takde satu pun yang rosak.
Ok. Sekarang saya hendak men-gugel resipi pulut pula. Untuk dimakan bersama bubur durian. Ada orang tu mengidam nak mkn pulut + bubur durian… ^_^
Sekian.
6 comments:
Danish...boleh geng dgn Aunty & Abg Naim kat rumah dpn tu hah! Lain kali bole buat parti durian...yea!!!
Suspen betul nak baca episod Durian ni,teringat tragedi buah durian ko d episod lalu..hehehe..ALhamdulillah..rzki ko dan budak2 dapat buah yg elok dan cantik2..Akupun kemaruk nak beli durian ni,tak sabar nk buat bubur dan cekodok durian..
emmm.... sama la ngan aku sue... cuma aku dapat bau jer... hehehe... sejak ada myfitnespal nie.. rasa bersalah pulak bila termakan lebih kalori.. huahuahuahua... semalam pergi pasar malam amik bau jer, tadi pergi jusco pun amik bau jer... jadi lah
uish terliurnyer tgk..
teringinlah sangat nak makan durian
tapi segan nak berenti beli
kalaulah ada orang lelaki dalam rumah ni.... nak minta derang tolong beli
entah...rasa segan silu nk beli durian..pelik pula perangai
Kak Jie... Saya juga seperti Kak Jie. Oleh kerana anak-anak, ku tebalkan muka jua. Tu pun mula2 cuma bertanya dari dalam kereta. Bila dah konfem yang menjual tu Melayu dan agak berbudi bahasa, baru lah proceed to the next step. :)
Post a Comment