Pages

28 February 2011

Laman = Hutan

Semenjak WGS kerja di KL, laman kitorang sudah tidak terurus. Rumput semakin meninggi, sesuai dijadikan makanan lembu / kambing bertaraf bayi.

Dulu-dulu kitorang rajin gunting sendiri je. Tapi makan masa la. Kadang2 seminggu baru siap. Tu pun kalau terlebih rajin, WGS akan sambung menggunting rumput petang2 bila balik dari kerja. Terleeeeeebih rajin lagi, malam2 bila boring tengok tv, dia keluar sambung gunting rumput. Menggunting rumput di bawah cahaya bulan purnama. Hebat bukan?

Tapi, itu duluuuuuuuuu punya cerita. Sekarang tidak lagi.

Penyelesaian terkahir, Abg BangLa le yang tolong mesin. Eh, bukan tolong percuma. Berbayar tau. Mula2 dia mintak RM60 untuk laman sekangkang kera ni. WGS potong, jadi RM30 je. Terpaksa le setuju, sebab mesin rumput dah pun tersangkut di bahunya… hahahha. Masam mencuka le Abg Bangla itu.

IMG_4872
Dia nih main belasah je, buat cepat2. Tak kemas.
Tunjuk perasaan le tu, nak mintak RM60 tak dapat.
Piiirah.


IMG_4890
Tu dia.. Rambut panjang macam bintang Bollywood. Muka ada sikit gengster. Cuak gak aku masaWGS ber-tawar-menawar dengan dia. Dia mula tinggikan suara. Tapi WGS tinggiiii kan lagi suara WGS… baru le dia slow down. Kadang2 orang macam ni takleh kasi can. Diorang ni cari makan kat negara kita, tapi cara macam gengster. Dah banyak kali kitorang jumpa, nak2 yang berniaga karpet kat Nilai 3 tu… huh.

Gambar atas tu, dia tengah guna penyapu lidi kan? Sebenarnya, dia nak guna garpu (tak tahu nama saintifik dia apa) yang kat belakang dia tu. Tapi WGS suruh jugak guna penyapu lidi, supaya lebih bersih. Dia taknak. Dia kata, kalo nak guna penyapu, tambah lagi RM5.

Ewah2, suruh tukar alat pun nak caj?? Sombong betul dia. Last2, WGS cakap.. “No!! No!! Sapu sekarang!!!”. Umpama seorang bapak yang marahkan anaknya… Abg Bangla terkedu, lalu menurut perintah. Hehehe. Kan dah kata. Kita kena berani!! Jangan bagi muka kat diorang ni.

Sambil2 dia menyapu, WGS tanya. Nak minum tak? Dia geleng. Okla, taknak sudah.

Selesai menyapu, ketika dia mengemas peralatannya.. dia tanya pulak. “Air ada???”.. Eh, tadi bukan ko geleng ke? Geleng tu tandanya taknak kan?? Ke, sudah tukar. Geleng tandanya setuju.  Ape2 la Abg BangLa oi.. Aku pun siapkan air utk dia.

Habis minum.. RM30 bertukar tangan. Sebelum balik, dia berikan no hp kepada WGS tanpa diminta. Berhajat nak datang berkhidmat lagi disini ye. Kalo sanggup mendengar arahan WGS yang ala tentera tu, boleh la. Kalau tak, boleh blah!

Eh, cerita pasal Bangla pun sampi 385 patah perkataan. Tak sangka. ^_^

10 comments:

k.long said...

hehe..bagus gak cara WGS ngajo mat bangla tu..bukan apa,kita bukan anti perkauman,tak semestinya mat bangla je,kalau melayu,indon atau tk kira bangsa manapun,kalau mmg bnyak cekadak,cara mcm ni le patut ajo..dah bagi betis nk peha..kalau dia tk sanggup tak pyg paksa,logikla sekangkang kera ko bagi rm30..bukan bnyak rumputpun,rumput kapet lg,kalah kapet kat nilai 3 tu..hehe.Sedangkan kat area rmh aku d BCH nipun,rumput+ lalang,beso jg dari kangkang gorilla,setakat nk main bdminton pun lepas..Servis mmg mantap..siap sapu,kaut sampah lg..aku cuma perlu bayar rm20..dulu biasa ambil mat indon je,bayar harga sama,tp cuma mesin rumput je,itupun ada pnjang pendek,tak kemas,padahal buat dua org skali lak tu..sampah pun aku yg sapu sndiri..skng ni mmg cnfrm dh sain kontrak dgn mat bangla ni..alhmdulillah..mmg dia buat pun bersih je..no hp dia pun dh save,ada harapan blh naik gaji mat bangla ni,mmndangkan servis dia cukup bagus,kalau dok dekat blh ko rekemenkan mat bangla ni,aku snggup jd ejen ko...hehehe..;P

Mami-Sue said...

Sayang betul dengan Mat Bangla ko tu ye. Siap sanggup jadi ejen. Bangla yg dalam citer aku ni ko taknak ambik sekali ke? hehe

Dr Singa said...

psssttt..
ada bauketiak tak..
heh heh hehhh...
,
opsss..

Mami-Sue said...

DrSinga: Ohoo.. tak dapat dipastikan sebab sentiasa menjauhkan diri sejauh mungkin dari 'dia'.. kalo dekat2 dah tahan napas. well, sendiri mau ingat lah ye? hahaha..

Hasbuna said...
This comment has been removed by the author.
Hasbuna said...

Bagus, bagus...kasi ajar sama dia...pndi2 mintk RM60. Kite org upah mamat Bangla yg biasa kat area sini...RM40 (air sendri bwk). Dia ni kira official gardener at a fw hses kat sini...alah, yg psg air 2-3 jam utk siram rumput neighbor sebelah ni. Dah x buat dah sbb I busy body asyik ngadu kat tuan rmh je :D
Btw, Maniam dulu lagi terer...RM80...kalau panjang RM 100. Ikut hati bior je lah pnjg, bole BJ & KJ main sorok2

Hasbuna said...

Oh yes...Mamat tu tak suspen ke u ambk gmbr dia? Jgn dia ingat ade peminat dah lah

Kujie said...

Biasanya tunggu kontraktor majlis yang potong rumput tiap bulan tu...

bagi rm 10 je utk sekangkang cucu kera.

tapi...............

dah 2 bulan lebih orang potong rumput tak lalu...ni mesti masa tukar tender ni


tak faham...tiap tahun jadi mcm ni..time depa nak tukar kontraktor, kita yg jadi mangsa...cukai bayar tak pernah dpt diskaun.


erk...mcm luahan hati tak kena gaya je..tapi nak bagi tau..rumput dlm laman rumah pun dah tinggi..anak gayah, rimau rusa semua dah ada.

Mami-Sue said...

Kak Has: Oh, itu Maniam memang melampo betul. Cekik darah. Now dah tak pernah nampak dia, kan? Dah pencen agaknya.. :)

Kitorang tak pernah ada tukang kebun tetap. Saper2 yang lalu pada masa yang tepat, dia lah yang kami terima. I snap gambar dia dari jauh. Dia tak perasan. Kalau dia perasan, dah mintak bayaran extra RM5.00 pulak sbb jadi model..hehe.

k.long said...

beruntung betul mat bangla tu..tak sia2 dtg,sbb dpt jd model blog mami-aue skali..hehe