Semenjak WGS kerja di KL, laman kitorang sudah tidak terurus. Rumput semakin meninggi, sesuai dijadikan makanan lembu / kambing bertaraf bayi.
Dulu-dulu kitorang rajin gunting sendiri je. Tapi makan masa la. Kadang2 seminggu baru siap. Tu pun kalau terlebih rajin, WGS akan sambung menggunting rumput petang2 bila balik dari kerja. Terleeeeeebih rajin lagi, malam2 bila boring tengok tv, dia keluar sambung gunting rumput. Menggunting rumput di bawah cahaya bulan purnama. Hebat bukan?
Tapi, itu duluuuuuuuuu punya cerita. Sekarang tidak lagi.
Penyelesaian terkahir, Abg BangLa le yang tolong mesin. Eh, bukan tolong percuma. Berbayar tau. Mula2 dia mintak RM60 untuk laman sekangkang kera ni. WGS potong, jadi RM30 je. Terpaksa le setuju, sebab mesin rumput dah pun tersangkut di bahunya… hahahha. Masam mencuka le Abg Bangla itu.
Dia nih main belasah je, buat cepat2. Tak kemas.
Tunjuk perasaan le tu, nak mintak RM60 tak dapat.
Piiirah.
Tu dia.. Rambut panjang macam bintang Bollywood. Muka ada sikit gengster. Cuak gak aku masaWGS ber-tawar-menawar dengan dia. Dia mula tinggikan suara. Tapi WGS tinggiiii kan lagi suara WGS… baru le dia slow down. Kadang2 orang macam ni takleh kasi can. Diorang ni cari makan kat negara kita, tapi cara macam gengster. Dah banyak kali kitorang jumpa, nak2 yang berniaga karpet kat Nilai 3 tu… huh.
Gambar atas tu, dia tengah guna penyapu lidi kan? Sebenarnya, dia nak guna garpu (tak tahu nama saintifik dia apa) yang kat belakang dia tu. Tapi WGS suruh jugak guna penyapu lidi, supaya lebih bersih. Dia taknak. Dia kata, kalo nak guna penyapu, tambah lagi RM5.
Ewah2, suruh tukar alat pun nak caj?? Sombong betul dia. Last2, WGS cakap.. “No!! No!! Sapu sekarang!!!”. Umpama seorang bapak yang marahkan anaknya… Abg Bangla terkedu, lalu menurut perintah. Hehehe. Kan dah kata. Kita kena berani!! Jangan bagi muka kat diorang ni.
Sambil2 dia menyapu, WGS tanya. Nak minum tak? Dia geleng. Okla, taknak sudah.
Selesai menyapu, ketika dia mengemas peralatannya.. dia tanya pulak. “Air ada???”.. Eh, tadi bukan ko geleng ke? Geleng tu tandanya taknak kan?? Ke, sudah tukar. Geleng tandanya setuju. Ape2 la Abg BangLa oi.. Aku pun siapkan air utk dia.
Habis minum.. RM30 bertukar tangan. Sebelum balik, dia berikan no hp kepada WGS tanpa diminta. Berhajat nak datang berkhidmat lagi disini ye. Kalo sanggup mendengar arahan WGS yang ala tentera tu, boleh la. Kalau tak, boleh blah!
Eh, cerita pasal Bangla pun sampi 385 patah perkataan. Tak sangka. ^_^
28 February 2011
Laman = Hutan
02 April 2010
Laman
Lama tak cerita pasal pokok-pokok di laman. Jom teropong laman kami.
Anak buloh betung
Pokok buloh ni sangat subur..
Asalnya cuma sebatang, now dah jadi berbatang-batang.
Eh, lain macam je bunyi nya..hehe
Orkid
Tumpang bergayut di pokok buloh.
Beli di Taman Warisan Pertanian Putrajaya.
Masa beli, ada bunga kuning dan ungu yang sangat cantik.
Tapi lepas tu dah tak berbunga lagi. Nape ntah?
Limau kasturi
Tanam dalam pasu je.
Beli kat nursery Sg. Buloh. Aktif berbuah.
Dah byk kali juga merasa hasilnya.
Kaktus bunga (nama sebenar tidak diketahui)
Cilok dari taman bunga Pak Lah di Selayang.
Banyak kali bertukar tempat, dari dalam pasu ke tanah, pastu pindah masuk dlm pasu semula.. Steady je dia. Lasak pokok ni, sentiasa berbunga pulak tu
Daun Kari
Beli kat Ekspo Mardi. Masa beli tingginya lebih kurang separuh dari dalam gambar.
Serasi agaknya dengan baja ta*i kambing tu…Eh, patutla kalo guna daun ni ada bau hamis-hamis sikit. Cheh..
Pokok Longan
Tanam dalam pasu je. Juga beli di Ekspo Mardi. Dah banyak daun baru yang tumbuh. Tak sabar nak menanti hasil buahnya..
Limau Manis
Pak Lah yang hadiahkan. Lately nampak semakin tinggi. Dulu macam hidup dengan mati tak mahu… Agaknya serasi dengan Pn. Surirumah.
Kiri: Pokok Nona. Kanan tu pulak buahnya (utk sape yang tak tahu).
Ni buah fav kitorang sekeluarga. Hasil didikan Pak Lah yang telah menanam pokok ini di Selayang. Semoga cepat berbuah ye Cik Nona yang manis.
Pokok 7 Jarum / Pokok Kanser
Diperolehi dari nursery ayam klok-klok. Senang je nak tanam pokok ni, guna keratan batang. Daun elok di buat ulam, makan 1-3 helai sehari. Aku nak petik, En. Suami tak bagi, takut selepas seminggu pokok tu botak. Tunggu besar sikit katanya…
Helicornia di tepi-belakang rumah
Subur menghijau.. tak perasan rupa-rupanya dah ada…
.
.
.
.
.
.
.
.
…BUNGA!!!
Ish.. camana boleh tak tahu ni. Tau2 je dah besar ni.
Musykil..Musykil.
Ni pulak pokok Halia.
Puncanya dari halia kat dapur yang dah bertunas. So campak je kat atas tanah, hidup pulak dia.. heheh. Boleh buat stok raya nih.
Pokok panjat dinding (nama sebenar tak tahu)
Macam pokok duit2 tu le. Tapi cantik sikit.
Tak tahu bile agaknya dinding tu semua akan dipenuhi oleh pokok itu.
Baru betul, rumah dalam taman…
Water feature
Cantik kan air tu? Kaler hijau. Memang sengaja kitorang hijaukan air tu guna pewarna hijau dan esen pandan. Bagi efek spesial sikit..
Cheh, tipu je sebenarnya. Hijau sbb lumut ler.. dah 2 bulan tak cuci. hehehe
Dan akhir sekali nak berterima kasih kepada tukang kebun yang bersusah payah memastikan semua tanaman di atas subur..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
“Eh, pakcik nak kemana tu?”
Sebok betul pakcik nih. Nak bergambar dengan dia pun susah…
Sekian.