Pages

01 April 2017

Mari Berkebun

En Suami dah siapkan kotak sayur seperti yang diidamkan. Terima kasih ya, doakan kita berjaya menikmati hasil kebun sendiri nanti. 

Untuk permulaan, aku cuba tanam jagung. Kelakar ke? Tgk kat fb kebun bandar, ramai je yg tanam jagung tepi rumah. Dalam pasu pun ada ya.. So kira aku ok lagi la kan sbb tanam atas tanah terus.. 😁.

Husband bgtau kat org nursery masa dia beli tanah,  yg aku nak tanam jagung, org nursery tu terus buat muka pelik. Choi la u uncle. Org skrg kalau boleh pokok balak tu nak tanam tepi rumah tau.. Kau apa tau.... 😆😆😆

Inilah barisan kitaa... 


Semoga membesar dengan subur dan sihat 

Jagung je yg tanam dari biji benih. Pokok herba lain semua instant. Beli kat  nursery, senang kerja mak. 


Pokol delima. Tak tahula variasi delima apa, merah ka, kuning ka.. Tapi yg pasti delima. 



Haa.. Oleh kerana ada peminat tomyam dan  siakap 3 rasa kat rumah ni, pokok ni wajib ada. Limau purut. 



Limau sambal/limau kasturi. Bahan utama sambal belacan. Eh, tomyam pun guna jugak. Buat air pun sedap.. 



Haa.. Ni pokok kari, bagi siapa yg tak kenal. Tak semestinya guna dlm masakan kari, guna juga dlm masakan lain, contohnya ketam telur masin, ayam goreng  rempah, kuih vadey.. Byk lagi kot. 



Ni fav kitorang sekeluarga. Kategori buah eksotik kot ni. Buah Nona. Abah ada tanam kat selayang, dulu punya la lebat berbuah. Manis.. Skrg dah jarang2 berbuah. Tanah dah tak subur agaknya. Mudah2an pokok ni berhasil nanti.. Dpt bagi abah rasa pulak buah nona dari bsp.😁 



Daun sup lebihan masakan. 


Beginilah rupa kotak sayurku. 

Kunyit dah tanam, belum bercambah lagi. Tinggal nak cari pokok pandan dan semai daun kesum. Cukuplah tu kot. Tanaman herba basic yg kena ada... 

Bye! 

No comments: