Pages

20 February 2014

Legoland

Assalamualaikum...

Trip yang tidak dirancang. Biasanya memang macam tu. Sbb tuan besar tu sangatlah sibuk, nak plan cuti pun payah, takut2 ada mesyuarat penting. Maka kebanyakkan trip perjalanan hanya dirancang pada malam sebelumnya. Lagi hebat kalau dirancang sejam sebelumnya... 






Kebetulan cuti panjang sempena CNY dan hari Wilayah. Pagi Jumaat 2hb Feb 2014 booking hotel, dan kemudian terus bergerak ke JB. Last min booking, dapatlah Hotel Selesa yang selesa lah jugak. Selesa ye, selesa aje. Takde la kebabom. Takat selesa aje la. Eh, panjang pulak eksplain nama hotel, sesuatu sungguh.


Hotel lama di tengah bandar JB. TV pun tv lama. No flat screen, tapi tv empat segi seketul tu. Macam kelakar pulak bila tengok tv tu. Dah tahap barang antik. Tapi boleh la kan buat ada-ada. Bukan nak lepak kat bilik sangat pun.



Swimming pool hotel ni terletak di tingkat 11. Ada kolam dewasa dan kanak2. Angin bertiup kuat betul. Yela, tempat tinggi kan. Air kolam sejuk ya hampun. Mcm air dalam peti sejuk. Betul2 sejuk. Ha, dah bape kali aku ulang perkataan sejuk? Patutla budak2 ni masuk pool kejap, lepas tu lari keluar selubung badan dengan tuala. Aku mula2 pelik, apehal pulak budak2 ni. Selalu kalo dah masuk pool bukan main susah nak suruh naik. Ni aku pulak bising suruh diorang masuk pool. Tapi sekali aku rendam kaki dalam kolam tu... perghh. Sejuk tahap cipan. Surrender terus aku. Tak jadi masuk... hahah. Nadhirah tensen je, dia ajak aku mandi sama2. Sorry la nak, mak ko ni kumur ngan air sejuk pun dah gigil. 

Besoknya baru bergerak je Legoland. Perjalanan lebih kurang 30min. The best part is, aku bawak kamera yg dah  abes bateri. Lepas tu charger kamera pulak tertinggal. Bagus betul. GPS kereta boss pulak problem, jadi kitorang guna google maps kat note 3 dia. Sampai2 je kat Legoland, bateri Note 3 tu pulak tinggal 16%. Guna GPS punya pasal. Syabas... Memang takde harapan la nak bergambar-gambaran kejap lagi. Terpaksa la guna hp cap ayam aku  nih.





Beratur nak main ni punye lama, lebih setengah jam. Tapi mainnya sekejap aje. Alahaiii.. sabar aje la. Utk mereka yang sukakan kelajuan, ini bukan pilihan yang baik. Mainan ni utk mengajar kanak2 memandu cara berhemah. Patuhi lampu isyarat. 





Ada tempat yang disediakan lego utk kita main. Itu je yang mampu mummy buat. Kerusi n kuda/kucing/anjing. Or ape sahaja binatang yg korang nak panggil. 


Ada banyak binaan haiwan daripada lego. Comel2 belaka. 










Malas pulak nak letak caption. Biasala, taman mini legoland. Ada banyak binaan lego yang ikut sama serupa dengan tempat2 yang terkenal. Angkor Watt, Taj Mahal, KLCC dan banyak lagi. Tak rajin nak ambik gambar banyak2 since kamera cabuk gambar pun hampeh.

Ape permainan yang kitorang main kat sini?

Macam-macam. Most rides safe for kids. Ada la satu dua yang extreme.  Roller coaster pun Danish boleh naik. Cuma mak je yang malas nak naik. Bukan apa, segan. Nanti kang orang lain rilex je main gelak2, tapi aku sorang dah histeria kat atas tu. Contoh macam rides kat bawah ni. Ala2 solero shot, tapi utk kanak2. Tak tinggi mana pun..

Kitorang semua naik ni, duduk sebaris. Aku duduk tepi sekali, dekat dengan audiens. Ceh, audien konon. Aku memang gayat dengan ketinggian and hempas2 ni. Naik buai laju2 pun gayat. Lagi la naik menatang enjut2 mcm ni. Sekuat hati aku jerit kat atas tu. Memang orang ketawakan aku, Siot betul la. Tak boleh kontrol beb. Pedulik la, aku pejam mata and tiap kali dia turun2 aku jerit. macam bongok pun ada. Malu jugak la, tapi apa boleh buat... hadap aje la kegedikkan melampau aku ni. Turun je rides ni, laju2 ambik beg dan lari menyorok. Malu kot... 10 min selepas turun dari rides tu, tangan aku masih menggigil. Hebat tak? Boss gelak aje sambil menahan malu masa aku histeria kat atas tu. Aku konfem la, lepas ni mesti dia taknak paksa2 aku naik rides macam ni lagi dah.

Orang sangatlah ramai... dengan cuaca yang panas berdenting. Kesian kat family yang datang dengan baby. Untung anak2 aku semua dah besor, boleh jalan sendiri.  Tapi tu la kan, orang ramai. Beratur nak main lebih lama dari main rides tu. Beratur 30 min, main 5 min je. Boring betul.

Bagus nya pegi masa CNY ni, Legoland buat pertunjukkan bunga api malam tu. Sebelum tu staff legoland edarkan cermin mata 3D utk tgk bunga api. Rupanya setiap cahaya yang dilihat akan nampak bentuk lego brick. Tengok youtube nih..


Video dari youtube. Kepada owner, pinjam sekejap ye.


Sekian cerita legoland. Gambar yang diambil kurang dari 20 keping je kot. Takpela, yang penting the moment we spent with familia. Gambar2 semua terpahat di memori aje la. Di hardisk ade la sikit... 


No comments: